Cari Something?

Wednesday, March 06, 2019

Trip To Pulau Pangkor

What's up everyone?

Semenjak dua menjak ni rasa macam nak revive balik blog ni.. So, kita start je la dengan trip ke Pangkor masa bulan 12 tahun lepas. Hahaha. Basi tak basi dah trip ni? Nasibb..

So, kami pergi masa weekdays. Rabu pergi, Jumaat dah balik. Korang pun tau la time-time cuti sekolah ni kalau pergi time weekend camne crowdnya kan.

Day #1
Gerak dari KL dalam 0933hrs gitu. Kitorang keluar kat Sungkai dan ikut jalan dalam sampai la ke Teluk Intan. Berhenti makan kat situ sambil ambil-ambil gambar kat Menara Condong. Gambarnya mana? Hahahaha. Dalam kepala je kesahnyaaaa..

Makan sangatlah murah sebab kami terjah kedai yang jual Nasi Bajet. Ayam, kuah, sayur, nasi dengan teh o ais RM5 je uols.

Later on, kami meneruskan perjalanan ke Jeti Marina. Parking adalah RM15/sehari. Harga tiket ke Pulau Pangkor RM14 untuk dewasa manakala untuk budak-budak RM5. Ini untuk pergi dan balik ye. Maknanya lepas naik feri tu, jangan pulak dibuang tiketnya buk..


Rakyat ramai, beginilah. Bawah 2 tahun tak payah bayar OK. Above 12 consider adult.

Ini pulak jadual perjalanan.  Kami amik yang pukul 12.00pm tu..

Perjalanan tak sampai 15 minit. Tak sempat la nak mabuk laut bagai. Hahahaha. Sampai je kat Pulau Pangkor, maka naiklah Van warna pink yang terdapat baaaaanyak di situ. Untuk ke hotel penginapan kami, bayarannya RM25.

Tengokla wei.. gambar van pink pun aku takde. Haru betul..

Sampai di hotel dalam 12.45pm. Ngam-ngam je kan untuk makan tengah hari. Di Pangkor ni, kami tinggal di Pangkor Bay View Beach Resort. Reason? Senang nak pergi makan. Jalan kaki je sampai. LOL



Day #2

Kami ke pantai mandi, balik, ke pantai lagi. Hahaha. Disulami dengan aktiviti makan dan makan dan makan. Sebelah malam tu kami makan di Zul Corner (kedai no 7) Kalau rajin nak meronda, boleh je sewa skuter ataupun motor kat hotel/resort. Range harga dalam RM50 untuk 24 jam. Depends la kat mana korang sewa..


Day #3

Hari untuk balik. Pukul 0933hrs kami dah gerak dari hotel. Pihak hotel panggilkan van pink. Kali ni, kami nak pusing pulau sebelum balik. 

Antara tempat yang kami berhenti -- Tempat beli barang makanan laut - sotong kering, keropok dan macam-macam lagi. Rambang mata. Ada offer beli 3, sekian harga.

Uncle Van turut bawa kami ke Tokong. Kami tak naik ke atas pun. Jalan-jalan makan aiskrim je kat bawah. Dasarrrr. Haha

Then ada ke muzium. Budak-budak suka la nak melawat. Aku layan yang kecik je kat luar. 

Lepas tu ke Kota Belanda. Kat sini aku beli sate ikan. 8 bungkus RM10. Puas hati.



Nah, 2 keping gambar kat Kota Belanda. Jadila kan?


Last stop - Pergi Masjid 1000 Selawat. Sementara yang lelaki pi buat solat tahiyatul masjid, kami ni berjalan-jalan di sekitar kawasan masjid. Amik gamba. 


Salah satu tempat dalam kawasan masjid 1000 Selawat. Magnificent masjidnya.

Oh ye, untuk round pulau, caj nya adalah RM80 ya. 

So, rasanya tu je la nak cerita. Harap dapat bantu la bab2 harga tiket feri dan teksi di Pulau Pangkor.


2 comments:

Masayu Ahmad said...

Kami pun dah kembali berblog semula hehe.

Unknown said...

As reported by Stanford Medical, It's in fact the one and ONLY reason women in this country live 10 years more and weigh an average of 19 kilos lighter than we do.

(And by the way, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING related to "how" they eat.)

P.S, I said "HOW", not "WHAT"...

Tap on this link to find out if this easy quiz can help you find out your true weight loss potential