Cari Something?

Showing posts with label Azri. Show all posts
Showing posts with label Azri. Show all posts

Tuesday, April 09, 2013

Sampai Bilakah Harus Begini?

Azri & Arissa ni ada love-hate relationship tau. Kalau ada depan mata, nak bergaaaaaaaaaduh je kejenya. Kalau Azri pi sekolah, ni la keje Arissa.


Zeri yang no 2 di belakang dari kiri.


Ngadap youtube kat atas ni. Ulang-ulang. Ulang-ulang. Kadang tak cukup tengok kat iPad, dia suh bukak kat TV. There were a few times, benda ni dok ulang-ulang kat TV sampai aku rasa nak muntah. Hahahaha. Bukan dia tengok, tapi time aku nak tukar channel tu laaaaaa dia gedik kata nak tengok Zeri.

Dah nak dekat sebulan macam ni. Apakah?


Nota kaki: Muzik memang slow ya. Youtube kata sebab ada copyright lagu. Gitu kau.


Thursday, March 21, 2013

Bukak Akaun GIRO Untuk Elaun Murid Khas

Since anakanda ketiga termasuk dalam kategori orang kelainan upaya, maka dia layak untuk mendapat bantuan elaun murid khas. EMK namanya. Elaun Murid Khas. Boleh baca lanjut kat sini


Meh baca syarat-syaratnya dulu.

Murid yang layak menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia - checked
  • Berdaftar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan - checked
  • Murid berkeperluan khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi sekolah-sekolah berikut:
    • Prasekolah -- checked
    • Sekolah-sekolah rendah dan menengah
    • Sekolah agama
    • Kolej Matrikulasi
  • Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) - checked
  • Tidak/belum menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan. -- checked

Yang belum check, bab kat bawah ni

Pembayaran 
EMK dibayar melalui akaun bank murid iaitu akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Hahaha. Belum bukak akaun BSN yo. Sakan aku menggodek website BSN. Tapi takde permohonan online, KECUALI untuk Giro e-Saver. Minimum RM500 kau.

Makanya, haruslah kita berbondong-bondong ke branch untuk merealisasikan pembukaan akaun ini. Ada 2 choice, either BSN GIRO-i Savings Account ataupun BSN Basic Savings Account - i. We'll see mana yang akan sangkut nanti.


Tuesday, March 19, 2013

Bila Anak Keluar TV

Mak bapak yang over excited. Haha.

No 3 masuk MHI pagi tadi. So, malam tadi sibuk abahnya cari barang untuk rekod appearance anak kat TV. 2 kali keluar. First time, dia buat persembahan dengan kawan-kawan. Menari. Something yang dia tak tunjuk dengan kami di rumah.

2nd slot, kawan-kawan yang lain menari. Then ada sesi interview dengan cikgu-cikgu. So this time memang clear la sangat nampak muka. Awal-awal tu Fedtri Yahya pegang dia. Plus, he's the only one yang pakai baju warna lain. Dengan tanjak somemore. Hahaha.

Tersenyum-senyum kitorang husband & wife menengok. NaniNani pun sama excited tengok abang dia.

Semoga satu hari nanti no3 dapat bercakap macam salah seorang kawan kat situ tadi. Ibu tunggu.

Thursday, March 07, 2013

Dua Puluh Tujuh Minit

Setelah 2 malam tak jumpa Azri, malam tadi masa dia nak hantar baju tambahan, aku IKUT! Hahaha.

Walaupun dia kata, kita pergi sana nak bagi baju kat cikgu je. Tak boleh jumpa Azri. Takut dia nak ikut kita balik. Aku kata, takpe. Dapat tengok bumbung hostel pun jadilah.

Sampai sana almost 10pm. Dari jauh aku tengok je dia passkan beg baju kat cikgu. Tapi tiba-tiba aku nampak kelibat budak kecik dok salam tangan dia. Ada kereta tengah hadang so aku tak berapa jelas. Sekali datang ke kereta berpimpin-pimpin.

"Dah boleh balik ke? Dah boleh balik?"
"Takde lah.Cikgu kata bawak jalan-jalan kejap je."

Jadilah.

Merasalah round-round kejap dalam kawasan UKM. Besar jugak UKM ni. Haha.. dan-dan aku rasa tempat aku belajar dulu kecik.

Sepanjang dalam kereta, macam2 bunyi dia buat. Bercerita la tu. Sepatah apa pun memang la tak paham. Kitorang angguk je. Bawak pi Petronas, belikan Ribena. Pastu kitorang gerak balik.

It was a good twenty seven minutes.




Aku pandang je dia balik ke hostel. Sekali terjatuh la pulak. Dia excited nak tunjuk tingkat mana dia duduk sekali tak pandang bawah. Nangis-nangis peluk abahnya. Abahnya dukung naik atas. Lama. Aku dah pikir macam-macam. Teruk ke dia jatuh tadi? Dalam dok risau tu, dapat SMS dari dia. Azri tak bagi lepas. Nangis-nangis mintak abah tido sebelah dia macam biasa. .........


Almost one hour baru abahnya turun.

Cikgu pun kata dia memang terbangun malam-malam menangis. Mana la taknya.. dia tertidur kat mana sekalipun, once dia bangun memang dia cari kitorang. Tau-tau ada je kat sebelah. Tau-tau ada je kat hujung kaki..

Tak lama je lagi Zeri.. Weekend ni kita qadha' balik ya.

Monday, March 04, 2013

First Time Duduk Hostel

Last weekend, no3 tak lekat pun kat rumah. Sibuk prektis menari. Semalam, dia bagitahu, malam ni, Azri nak kena tido hostel. Lepas Maghrib kita hantar ramai-ramai.


Just to find out, tengah hari ni dia dah tak balik. Pergi terus ke sana. Wuwuwuwuwuwu. Pro nya, aku takde nak nangis-nangis tinggalkan dia. Tapi rasa macam, tak tau nak describe. Aku dah siap masakkan lauk favorite dia.. tapi...


Arif terus rupa nak nangis dah tadi. Hahaha.. Terus rasa taknak pergi sekolah sebab nak temankan adik tu kat hostel. Halahhh halahh..

Dari tentatif program yang kitorang baru dapat ni, seems like 2 malam la dia tido kat sana. Moga ALLAH mudahkan urusan cikgu-cikgu yang menjaga. Maklum la budak-budak ni special.



Monday, February 25, 2013

I Guess It's Official

that #3 dah berhenti susu botol fully.

Dia dah takde tanya-tanya. Dan dia tidak lah juga minum susu guna mug. Nampak gaya aku kena google resipi yang menggunakan susu tepung. Hahaha. Dah la paket tu baru bukak hari tu. Hai hai haii.. Tak pun, bancuh je la bagi kucing belakang rumah minum.


Tak sangka pulak mudah transisinya. Alhamdulillah. Apa pun, kami tak berani lagi nak buang botol tu. Just. In. Case. Buatnya tengah-tengah malam dia buat peel, mana ekau nak cokau yo.


Untuk kawan-kawan yang masih sedang berusaha memberhentikan minum susu thru botol, aku harap korang dipermudahkan. Aamiin. Aku tak ada petua nak share..



Tuesday, February 19, 2013

Dah Boleh Sebut IBU

Lama dah tak cerita tentang anak bujang no3 ni.





Azri dah boleh sebut IBU with signs :) Muncung-muncung mulut nak sebut BU tu. Haha.



Tak kesahlah walaupun dia belum paham lagi "IBU" tu merujuk kepada apa/siapa. Setiap kali aku ajar, aku tunjuk diri aku. Dia senyum je. Haha. Memang ni antara er, kekangan dengan anak-anak begini. Sebut tau, tapi apa maksudnya, diorang tak tau. Kau sebut pokok. Dia sebut pokok. Kau tanya mana pokok? Dia tak tau apa ke benda pokok tu. Macam tu la.


Few days back dia cerita, mak bapak yang hantar anak-anak kat situ dapat pop kuiz dengan cikgu. Bagi salam dengan signs. Kahkahkah. Nganga OK. Kami ni guna suku kata terbuka boleh la lagi. Contoh : foto, mama, ibu, mana, yada yada yada. Masuk bab "Assalamualaikum". Peh, mau bersilat jari tangan semua ke atas ke bawah nak nyebut.


Aku baru master 4 gesture.
1st, untuk huruf F, T, M
2nd untuk huruf B, N
3rd untuk huruf S, H, R
4th untuk SY, W, L

ada lagi 4. Meh la aku tempek kat sini. Senang aku nak rujuk in future. Master la sangat. Buat perkataan panjang2, mau blur kejap aku nak pikir.


Pic credit to http://www.homepages.dsu.edu/mortensd/PersonalInterests.htm

Anyway, placement untuk bahasa melayu bagi huruf vokal tak sama macam dalam gambar kat atas ni. Konsonan wise, OK. Benda ni berbeza letak kat mana sebab nak mudahkan orang yang buat Cued Speech ni boleh kenal kau tengah cakap BM ke, cakap omputeh. Gitu.

Thursday, January 10, 2013

Tak Lama Lagi, Insya-ALLAH

Semalam ada kelas Cued Speech untuk parents. Dia tolong amikkan video untuk aku. Aku ni memang jenis yang agak slow kalau belajar ikut kertas. Nak buat kapal layar pun tengok youtube :P In this case, Cued Speech untuk Bahasa Melayu agak berbeza dengan English. So, yang aku dok perhati kat youtube, bila aku nak bajet eksen kejap dengan dia, memang lain. Kahkahkahkah. Adoi la hai.

So, Azri pun dah mula ada homework. Dia memang boleh menulis. Tapi all this while, kami train dia guna huruf besar. Sudahnya bila ada huruf kecik, dia punya tulisan tu agak kelakar. Slowly ye Azri. You can do it!   Bab2 mewarna dia OK. Macam style aku. Buat garisan keliling then baru kaler. Haha.


Bila practise buat Cued Speech dengan abahnya, dia boleh ikut. So far baru bab2 vokal. "aa" ke depan. "ee" dan "uu" kat dada, "oo" dan "ae" kat bawah bibir. Harap aku tak silap. Nanti kalau ada yang tak betul, aku edit balik posting ni.


I believe in the next few days, aku boleh dengar perkataan "Ibu". Been waiting for so long. Insya-ALLAH. Makbulkan lah ya ALLAH.


From now on, nak practise konsonan pulak. Ada 8 je pergerakan. TAPI, ada 2-3 huruf dan kadang-kadang lebih untuk 1 pergerakan. Dasar dah lemau lama tak belajar, a bit slow la untuk aku. Buat gesture "Ini tomato. Ini foto mama." pun kelam kabut. Dah macam apa je tangan aku terkelepai kelepai. Sebab bila perasan salah, nak cepat-cepat betulkan. Karang tak sampai maksud aku kang. Hahaha.


OK lah. Semoga yang baik-baik aje untuk korang hari ni. Take care!

Tuesday, January 08, 2013

Ada Orang Merajuk

Balik dari kelas semalam, dia bagitahu Azri patutnya naik kelas Kiu 2. Sebab dia tau menulis. Kiu 2 dah banyak fokus benda lain. Tapi dia taknak. Mungkin dah attach dengan kawan-kawan dalam Kiu 1 ataupun taknak jumpa cikgu baru.

Speech therapy pun dia tak berapa nak bagi kerjasama. Sebab cikgu lain. Hahaha. Adoi la hai. Letih la nak kalau satu cikgu nak buat semua benda. Nak tak nak kena terima benda ni dengan cikgu lain, benda tu dengan cikgu lain. Harap sangat sesi berikutnya nanti dia OK.


Hari ni, dia tak pergi sekolah. Puncanya hari ni kena pakai baju putih sebab ada taekwando. Tapi dia pilih baju warna lain. Terus merajuk. Merah mata hidung semua. Hempas pintu somemore. Kau boleh bayangkan budak tak dapat nak luahkan ikut percakapan, dia luah ikut bentuk lain.








Aku pun tak tau nak tutup post ni macam mana. -____-.

Thursday, January 03, 2013

First Day Azri di PDK Kiu

So, semalam adalah first day untuk Azri ke PDK Kiu. Ada 8 orang dalam kelasnya. Ada yang pakai hearing aid sebelah, ada yang dua-dua belah macam dia. Ada juga yang tak pakai langsung. Mungkin dah buat implan.


Dia cerita memula Azri malu-malu. Duduk tepi je sambil sengih-sengih. Hahaha. Aku boleh bayangkan la keadaan dia. Pastu once dah "panas", tu diaaa... time rehat dia yang dok kejar budak-budak lain. Konon-konon dia sergah la. Ada yang OK, ada yang marah. Dia cerita lagi, ada parent hantar dari Puchong. Memang tunggu je anak dia sampai sudah. Ye la, jauh kot dari Puchong ke Maluri. Takkan nak pergi balik. Seems like banyak je parent yang berkorban kerja bila ada anak-anak special need macam ni.


Balik semalam budak sorang ni nampak happy. Then ada satu sign yang dia dok buat kat aku. Sadly, aku tak boleh decode kali ni. Nak cari dalam internet pun aku tak tau camne nak mula. Dengan abahnya lain pulak sign yang dia bagi. Wuwuwuwuwu. Semalam KPI nak belajar A E I O U pun ke laut. Signing ni kau kena mahir dengan apa yang kau nak sampaikan kena selari dengan tangan. Semalam sempat jugak aku tengok Youtube. Nak sebut "HIM" pun ya amponnnnnn.. sampai skarang terkial-kial. Kahkahkahkah. Adoi la hai. Tu bajet English tu. Hat BM nya nak kena improvise la kot. Sebab Cued Speech ni guna phonic. Bukan mengeja. Aku akan cuba sharekan serba sedikit la (kalau sempat) tentang Cued Speech ni.


The thing is, semua dalam family member harus la belajar benda ni. Buatnya Azri bercakap dengan abang dia guna sign, kena la dengan cara yang dia paham, ye dak? Anyway, ada jugak budak kat situ yang memang tak bercakap, tapi skill lain excel bagai nak rak. Kurang kat sini, lebih berganda kat tempat lain.

Petang semalam, nak dekat Maghrib camtu, dia mintak susu. Terus pengsan kau sampai pagi ni. Kejut pun tak boleh bangun. Penat sangat gamaknya. Kesian pun ada.. sure lapar sebab tak dinner. Memang terbuang je la nasi & lauk yang kitorang tinggalkan malam tadi.


Nota: "Dia" dalam posting di atas merujuk kepada suamiku. Haha.

Thursday, December 27, 2012

Lawatan Mendapatkan Signature

Isnin lepas, aku call HUKM untuk set appointment. Ding dong ding dong, assistant doc cuti and schedule on 14/1 yang konon-konon boleh selitkan kami pun tak boleh nak confirm. Makanya, staf kaunter minta call balik hari Rabu.

So, semalam pagi aku call HUKM lagi. Dengan harapan dapat set appointment dengan Dr Raja untuk dapatkan signature dia atas borang permohonan OKU. Lepas dipasskan kepada assistantnya, tup2 dia tanya, "datang hari ni boleh?"

Vah. Ini dah bagus. Terus la kata OK kan.
Pukul berapa?
Pukul 3.


Alhamdulillah. Kitorang sampai sana around 2.35pm. Aku angkut #1 sekali. Lepas dia drop aku, #1 dengan Zeri, dia bawak anak-anak yang lain parking kat stadium. Korang pun tau la hazabnya parking kat hospital ni. Aku rasa OK kot nak pukul rata kata semua hospital parkingnya hazab. Hahaha.

Naik je tangga lobi HUKM, Zeri dah buat muka cuak. Ah, sudah. Nak dekat 2 tahun kita tak jejak sini pun kau ingat lagi? Tsk. Yea, dia memang trauma masuk hospital lepas buat MRI kat Ampang Puteri. Aku pun tak tau la kenapa. Rasa takde pun ada berlaku sebarang keganasan kat situ, except cucuk dia ubat tidur & the likes. Tapi, ye la, budak. Kita rasa takde apa, tapi bagi dia...

Sambung kecuakan dia tadi, aku buat sign konon-konon kita ke sini sebab nak hantar Amir. Boleh? Hahaha.. So, dia follow, tapi tak nak berpegang tangan. Dia jalan lambat-lambat kat belakang. Aku la tertoleh-toleh berjalan takut karang dia kena sauk dengan sesapa. Paranoid much.


Jumpa Doc Raja, dia isikan borang sambil discuss apa yang patut. Sesambil tu dia reassess Zeri. Buat lukisan la, tulis ABC, susun-susun blok etc. Dia terkejut kenapa kami tak diberi cadangan untuk buat implan sebab Zeri OK dalam kebanyakan benda lain. Pandai makan sendiri. Pandai pakai baju sendiri. OCD pun ye kot. Baju nak kena matching kaler dengan seluar. Tak matching bab kaler, at least kena ada satu faktor yang menyebabkan kedua-dua tu matching. Letih nak describe. Hahaha..

Well, how do we know? Memang last time audiologist suruh buat hearing aid saja.


To cut it short, borang settle. Dan ada appointment dengan audiologist Januari nanti.


Monday, December 24, 2012

Persiapan Istimewa

Persiapan untuk #1 dengan #2 memang banyak dah siap. Untuk #3, baru nak mula.

Banyak rupanya benda yang nak kena settle sebelum dia mula tadika. Tak tersangka pulak dia eligible untuk kad OKU and the likes sebab sebelum ni bila aku tanya, doktor kata payah nak declare sebab hearing dia bukan total loss. Akan tetapi syarat kat website JKM ni memberikan harapan.

Dah nampak dah busynya schedule kami sefamily tahun depan. Since #3 adalah seorang yang special, maka ada waktunya salah seorang dari kami kena ada dengannya dalam sesetengah perkara. Speech therapy, contohnya.

And the most important thing is, we cant afford to make mistake. Kalau tetiba dia trauma taknak masuk sekolah situ, pilihan adalah sangat terhad. Moga ALLAH mudahkan urusan, amiin.

Semoga shopping baju dan seluar untuk sekolah tadika nanti akan buatkan dia excited :) Aku berharap sangat dia senang nak bergaul dengan kawan-kawan kat sana. Maklumla, sejak aku jadik SAHM, dia memang jarang jumpa orang. Adik-beradik je la kawan yang dia ada.







Serius. Aku tak sabar nak dengar dia sebut Ibu, Abah. Berbual dengan abang-abang & adik. Perkenankanlah, ya ALLAH.

Friday, March 05, 2010

Insiden Yang Tidak Diingini


We reached An-Nur almost 3pm. Dari PD le katakan.. Sampai-sampai, dengan excited tahap gaban, berbondong-bondong la kami terus ke Level 2..


"Saya ada call untuk buat appointment ENT.."

"Sekarang orto puan.. ENT pukul 5.30pm"

"Aik, memang saya tengok kat website pukul 5.30pm.. tapi time saya call, orang tu kata timing dah tukar.. 2.30 sampai 4.30.."

"Maaf la.. Memang 5.30 nanti.."

bla bla bla.. kitorang terus blah :P



Dang.. mmg takde rezeki nak jumpa specialist kat an-Nur.. sesia je mak call 2-3 kali nak set appointment.. Camne bley silap? Hmmm.. Anyway, since si dia ada hal kat Putrajaya at 4pm, kami membuat keputusan untuk ke satu lagi klinik ENT di hujung bangunan.. orang yang well verse area Seksyen 9 Bangi tau la..



To cut it short, hasil ujian awal, anakanda yang handsome dan comel itu didapati er, camne nak cakap? Telinga di sebelah kiri adalah fail dalam test tersebut.. Telinga kanan seems OK..

Apapun, Dr berkenaan telah mengeluarkan surat referral untuk kami bawa ke Hospital Serdang.. ada abbr yang dok disebut.. AVR? ABR? I guess AVR.. (eh, aku pun nak kena ada hearing aid jugak gamaknya)..


Aku cerita la salasilahnya sket.. time aku preggykan Azri @ 5 weeks, aku kena chicken pox.. time tu, ALLAH je yang tahu perasaan yang berkecamuk dalam hati.. wah, tinggi plak bahasa time2 ni.. scan from week to week menunjukkan Azri OK.. lebih menenangkan jiwa, bila hearing test dia masa newborn adalah PASS..








Tapi, siapalah tahu kan impaknya di kemudian hari.. La ni rasa macam sayu je la plak time cakap2 dengan dia..


Thursday, March 04, 2010

Berjumpa Dengan Pakar Ear/Nose/Throat (ENT)


Semasa anda membaca posting ini (bergantung kepada masa anda baca la kan), kami sedang berada di Bangi (atau masih). Di An-Nur secara umumnya (ke, secara spesifik?) Hahaha..


Sementelah anak bujang yang hensem dan comel itu masih belum menuturkan perkataan kecuali "abah", maka kami telah sepakat untuk membawanya bertemu ENT.


Dah 2 tahun 7 bulan nok.. Ujian tak rasmi menggunakan iPhone - bukak game yang dia suka main, tapi iPhone disorokkan, tidak berjaya membawa dia ke iPhone yang dimaksudkan. (Tak agak-agak nak sebut jugak iPhone.. macam la kau je yang ada).. Sapa la yang tak risau..


Agak musykil jugak la sebab kalau dia tak dengar, camne plak dia bley sebut "abah"?.. Sesuatu di situ..


Semoga pertemuan dengan ENT bakal memberitahu kami permasalahan sebenar yang melanda anak bujang yang hensem dan comel itu.



Monday, December 14, 2009

Hak Eksklusif

Tajuk x agak2 :P

Zeri telah menerima kenyataan bahawa ibu dh ada orang baru.


TAPI, ya, TAPI, jgn la abah coba2 nk dukung Arissa. Confirm dia nangis / jerit bagai nak rak.

Abah tu hak dia sorang kaedahnya.

Tuesday, June 23, 2009

Azri @ 23 months

Hari ni dah genap Azri aka Zeri 23 bulan.. kalau dulu2 saya tunggu2 tarikh keramat 23hb utk ceritakan perjalanan penyusuan kami, ataupun untuk mengemaskini purata $$$ yg dibelanjakan sepanjang penyusuan utk saya jadikan motivasi kepada ibu2 di luar sana, (yes girls, sepanjang 20 bulan pertama nan indah tu, saya belanjakan RM28.92/sebulan), sekarang, nampaknya saya perlu pasrah dan aspek penceritaan perlulah berubah kepada hal-hal lain pulak..

  • Masih belum ada tanda2 untuk bercakap.. puas juga saya baca pasal tanda-tanda autisme dan sebagainya, tp Azri tersasar dari ciri-ciri yg dinyatakan. Deep inside, saya ada terfikir mungkinkah chicken pox yg saya alami ketika mengandungkannya dulu memberi kesan? Deria dengarnya berfungsi.. cuma saya teringin sangat nak dengar dia sebut "abah" ataupun "bu.."

  • Sekali-sekala dia ada menunjukkan reaksi rindu nak menyusu lagi.. sebak hati ni.. isk.. mampu pujuk je la dengan ayat "sayang... sayang.." sambil saya cium ubun2 dia..

  • Recently, ketika anak kepada mak sedara my other half datang kepada saya, dan mengoffer diri untuk dipeluk, tak semena-mena Zeri yg ada kat sebelah menangis dengan kuat.. teresak-esak.. alalalalala.. jenuh jugak nak pujuk.. jeles gamaknya.. dah la yg datang nak peluk ibu tu ppuan :P

  • Ada juga percubaan memberikan FM Dutch Lady 1 2 3 kepadanya.. tapi tak habis.. susu ibu masih yg tersedap dalam dunia ye sayang? How ibu wish, once adik #4 dah kuar nanti, Zeri sudi nak sambung nyusu dengan ibu..

  • Gemar pakai kasut yg lebih besar dari kaki dia.. abis kasut Amir & Arif jadik eksperimen.. kasut sendiri tolak tepi..

  • Makin menjadi-jadi tido dalam buai.. since dia tak bercakap lagi kan, dok tunjukkk je la.. ha ha ha..

Cukup2 la tu kan..

Wednesday, June 17, 2009

Terjatuh Hati Katil

Sudah 2 malam, Amir & Arif tido di bilik yg 1 lagi.. ditemani oleh abah mereka.. Saya? wahhh.. sejak katil kat bilik kitorang dah FREE, maka saya amik inisiatif utk tido di katil bersama-sama dengan Zeri.. ditemani oleh susunan bantal di sekeliling.. di atas katil.. dan di bawah katil.. eh, di atas lantai di keliling katil..

Bley bayangkan tak kaedahnya? Mmg bley jadi tokey bantal la kiranya..



Malam pertama, cun! Walaupun saya kerap terjaga takut Zeri terjatuh katil.. Malam tadi, mmg tido pengsan.. tapi pkl berapa ntah, saya terjaga sbb ada bunyi macam kain telekung jatuh dari penyangkut.. tup2, Zeri daaa.. nasib jatuh atas bantal.. ha ha ha..



Kelam kabut member panjat katil balik.. terus snuggle kat celah ketiak ibu.. then sambung zzZzzZzzz..


Tak sakit kan Zeri? Landing atas bantal empuk lagi kannn..



Makanya, setakat ini, tamatlah sekejap episod Zeri-tido-di-bawah-katil-atau-di-bawah-almari..




Friday, June 12, 2009

*muahs* *muahs* *cup* *cup*



Cantek sangat la muncung tu..
On the other note, please excuse kaler kulit yg begitu kontra antara saya dan Zeri.. ahahAHahhaHAHa..



Friday, May 22, 2009

Arif & Azri punya turn pulak

Masih berkisar tentang anak-anak saya yg down tanpa diketahui sebab musabab.

Malam tadi, dalam pkl 10pm, semedang tengah dok lap2 badan Arif yg kejap 37, kejap 38 darjah celcius, tetiba Zeri pulak muntah.. ya ALLAH.. apakah ini?

Menangis-nangis budak kecik ni.. kalau saya pun bley nangis gamaknya.. dengan kuar dari hidung berbagai.. I swore he was well that evening.. senyum-senyum, gelak-gelak jumpa abang Amir yg dah 2 hari dia tak jumpa.. dah bersihkan, tukar diaper sume.. dia start senyum2.. saya plak turun ke bawah utk dinner.. yeah, selera jugak turut hilang bila mana anak2 kurang sihat kan..


Dalam pada menyuap slow2 tu, Amir jerit dari bilik,

"Abah! Ibu! Zeri muntah lagi!!"


Dengar la budak kecik ni nangis2.. my other half dah berlari naik atas.. when I reached upstairs, dia masih menangis..

"Dia nak you yang.."


Maka bermula lah lagi sesi pujukan dalam bilik air..








----

Pagi tadi, saya lihat dua2 macam dah beransur pulih.. Saya fikir saya perlu ke ofis.. sementelah punch card record saya yang SANGAT TIDAK hensem bulan ni.. maklumlah, sejak 2 minggu lepas asik MC sbb bahu saya tu.. minggu ni, MC sbb Amir masuk wad.. seems like, saya cuma keje 3 hari seminggu sahaja..



Saya dah bersiap, berbaju kurung bila mana tiba2 badan Azri panas semula.. this cant be. my sons, my family is much more important than anything else.


Lantas saya capai handset dan SMS manager saya.. saya cuti lagi hari ni.. apa guna ke ofis kalau hati tak senang mengenangkan anak2 yg kurang sihat di rumah..

Saya + si dia jugak agak weng.. maklumlah, dok berjaga malam kan.. bagi ubat2 pada Arif yg timing ubatnya ada yg 6 jam sekali, 8 jam sekali dan 12 jam sekali.. Azri? saya cuba teruskan sesi penyusuan secara direct sepanjang malam (dan juga sepanjang hari ini) dengan harapan supaya apa saja yg mengganggu gugat sistem imun dalam badannya nyah dengan CEPAT!!




On the other note, is it sign for me to quit my job? Ha ha ha..

Friday, March 27, 2009

Let Us Complete This Journey

Collection aku nowdays, 2.5oz utk 2 kali pump.. selalu bila pump dgn bantuan Zeri, I can manage to get 4oz.. but, this time, nak cecah 3oz pun berchenta.. ha ha ha.. gelak la lagi kan..

Stocks can lasted till 8/4/2009.. hua hua hua..








Zeri, ibu akan pump selagi ada titisan air hikmat ni utk Zeri.. sehingga titisan yg terakhir.. harapan ibu, titisan terakhir tidak akan wujud dalam kamus kita berdua sampailah Zeri grad.. takpun, Zeri minum sebotol je instead of 2.. bley tak Zeri? Zeri pun dah kuat makan kan.. nanti bley la stock ibu lasting lama sket.. sambil2 kita berdua cuba utk produce lebih daripada apa yg kita dapat sekarang.. bley Zeri?



"Bley bu.."



Alangkah bahagianya kalau aku dengar dia cakap camtu :P


8 comments