Begitulah antara inti pati memo yang kami dapat masa ke sana baru-baru ini. Equatorial (aku rasa semua rangkaian Equatorial kat Malaysia) akan bertukar jadi Copthorne Hotel by January 2014 nanti.
Ya, we went there, again. Macam takde tempat lain dah nak bawak budak-budak ni time cuti sekolah. Cumanya, walaupun ini kali kedua cik Nisa dibawa ke sana, kali ni memang dia tak betah duduk dalam cuaca sejuk.
Malam-malam tidur menangis. Nak dibungkus, dia marah. Nak dibiar, memang sejuk. Tidur nak berpangku. Sedap berpeluk gitu. Aku rasa macam dah dalam pantang balik. Hahahahaha. Mujurlah dua malam sahaja. Memang time tu rasa nak balik ke KL dan-dan tu jugak. Katanya 16C kat sana. Dah macam duduk dalam aircond yang paling rendah. Amik kau.
Sepanjang Jumaat boleh dikatakan hujan. Mujur budak-budak bawak Monopoly. Takdelah bosan sangat nak terperap dalam bilik. Walaupun cuti-cuti katanya, aku tetaplah kena ke "dapur". Kukus jagung la. Kukus ubi manis la. Dah sejuk kan. Kejenya nak maaaakan je la.
Hari nak balik baru cerah. Matahari menampakkan diri. Merasalah bawak budak-budak ni jalan-jalan sekitar hotel.
Verdictnya, selagi Nisa tak reti nak tahan sejuk (sebab dibungkus dia taknak) aku rasa next year kena bawak ke tempat yang panas berdentang. Sekian.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
2 days ago
No comments:
Post a Comment