Salam semua :)
Kembali bersiaran hari ni. So many things happened in past week.
Firstly, Nisa demam. Memula selsema. Pastu demam. Aku ingatkan demam rindu abahnya. Outstation 2 hari je pun. Hahaha. Khamis pagi aku perasan ada red spots kat few places. Belakang tengkuk. Kat badan sikit. Panas badannya, jenis kita letak bibir kat dahi tu rasa terbakar.
Dalam perjalanan bawak pi klinik, aku check temp - 38.4. Sampai klinik, doc kata badan tak panas. Biar betul. Sebab kena tala aircond kaw2 before masuk jumpa doc kot. Tapi aku insist kata dia demam. Sudahnya masuk ubat vonvon. Aku tanya jugak doc, campak ke ni? Dia kata bukan. Tanya mak sedara yang dulunya nurse, dia kata campak biasa start kat muka dan turun ke bawah. Dan merata-rata. Yang ni kat situ sikit. Kat sini sikit. Ada 2 tempat yang paling outstanding, satu kat peha dan satu lagi belakang lengan. Menjelang petang, dia kebah.
Kita nak kenduri ni dik. Dah gitu ceritanya yang Tuhan buat ye dak. So, bila dah tak berapa sihat ni, dia nak berdukunggg je. Taknak langsung dengan abahnya. Aku ni pulak bangsa jenis reti dukung anak sebelah kiri je, memang naik ah muscle. 9kg OK.
Esoknya, tu diaaa. The whole belakang merah. Tapi depan takde. Confuse sungguh aku. Tala la calamine lotion kaedahnya. Dia diamm je masa kita sapu tu. Good girl BamBam. Time kenduri memang dia saja la bertepek-tepek putih sana sini. Hahaha.
DUA, kenduri. Ya, adik iparku kahwin. Jumaat ada khatam quran. Malamnya nikah. Esoknya kenduri. Alhamdulillah semuanya selamat. Hujan pun turun lepas abis majlis. Cantik sungguh timing. Gambar memang takde la dalam simpanan aku. Terjah ikut mana nak amik gambar. Hahaha.
So, sekarang lepas 4 hari berkampung, kami pulang ke KL. Moh le ngadap timbunan baju yang entah berapa kali round baru nak settle tu.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
1 day ago
No comments:
Post a Comment