Cari Something?

Jumaat, Julai 04, 2014

Projek Selimut Guna Cadar dan T-Shirt Lama

Bulan lepas (atau mungkin 2 bulan lepas) datang angin rajin mengemas almari.

Kemas-kemas-kemas, aku sort out beberapa helai T-shirt lama yang memang takkan pakai punya. Leher dah gelebeh, badan baju dah lusuh dan macam-macam lagi la keadaannya. Kumpul-kumpul ada 7-8 helai. T-shirt macam-macam ada. Made in Thailand ada. Cheetah ada. Step in Langkawi ada. Hahaha. 

Tetiba, teringat cadar kesayangan aku yang dah tak boleh pakai sebab dah reput. LOL. Kalau dah namanya favorite, asal kering karang, repeat guna. Asal kering, guna lagi. Abis camno.


So, sudahnya, aku amik 6 helai T-shirt tadi,

First, aku gunting lurus kat bahagian bawah lengan tu.
Kemudian, cantumkan 3 untuk bahagian atas, 3 untuk bahagian bawah

6 helai T-shirt bakal bertukar jadi selimut. 

Then cantumkan lagi. Macam gambar kat atas ni.
Lepas tu cover dengan cadar.

Proses cover dengan cadar sedang berlangsung.


Tadaaaa.. Jadilah selimut t-shirt bercoverkan cadar. Jahit tangan uols. Memang memerlukan kerajinan extra lebih sampaikan dia ingat aku ada apa-apa. LOL.


Sedap dipakai (sapa lagi nak puji) sebab berat. Cumanya kecik la. 6 keping T-shirt apa yang boleh diharapkan. Mungkin kena ada 9 helai baru OK besar & lebarnya.


Tiada ulasan: