Cari Something?

Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Monday, November 30, 2015

Semakan Bil Air Secara Online Menerusi Apps MySYABAS

Tahukah anda bahawa anda sudah boleh berbuat demikian menerusi telefon pintar anda?

Yang sebenarnya, aku install apps kat atas untuk buat semakan tentang gangguan air yang berjadual mahupun tidak. Kalau tiba-tiba paip air tak keluar apa-apa tu, zasss aku bukak apps MySYABAS. Biasanya ada la tercongok kat situ.. Dan staff diorang jugak rajin buat update bila kerja-kerja pembaikan dijangka siap. Most of the time, siap awal dari yang dijangkakan. I LIKE!



Kat mana nak download? KLIK SINI




Tuesday, December 02, 2014

Aplikasi Mobile Kiu di Play Store

We have Mobile Kiu apps now. Dah sedia ada kat PlayStore. Bolehlah parents yang ada anak-anak yang tengah belajar tentang Cued Speech berlatih sama-sama lepas ni. Termasuklah yours truly yang tak habis2 lagi nak master 8 hand gestures yang ada tu.


Untuk yang berminat nak tau apakah Mobile Kiu ni, boleh download kat sini

Cued Speech ni digunapakai oleh anak-anak yang kurang pendengaran supaya dia boleh bercakap dengan kita sambil gunakan 'cue'. Kita pun boleh berkomunikasi dengan dia guna 'cue' yang sama.

Description dari playstore bunyi macam ni

Cued Speech is a visual mode of communication in which mouth movements of speech combine with “cues” to make the sounds (phonemes) of traditional spoken languages look different. Cueing allows users who are deaf, hard of hearing or who have language / communication disorders to access the basic, fundamental properties of spoken languages through the use of vision.

Mobile Kiu


Post khidmat masyarakat ini ditulis oleh

Friday, July 11, 2014

Sumbangan untuk Palestin Menerusi SMS


Hanya taipkan PALESTIN < 10 / 5 / 3 > dan hantarkan kepada 39111




Contoh disediakan.

Monday, June 23, 2014

Cara Semak Slip dan Markah Peperiksaan Sekolah Anak

Merayau-rayau di FB, ternampak posting kawan tentang Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Before this memang ternampak ada beberapa kawan mention pasal boleh cek markah exam anak-anak, tapi aku tak dan nak amik port. Apa yang sibuk sangat entah.

Kali ni, dah duduk depan PC, makaaaa aku terus terjah link tersebut.


http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/


Tadaaaaa!


Sila klik untuk paparan yang lebih jelas dan teghang :)


http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/


Untuk masa ni, aku dah try no MyKid anak no 1 dengan no 2. Memasing darjah 4 dengan darjah 3. Paparan untuk pilihan tahun ada dari 2011. Tapi nampaknya, kat sekolah anak-anak aku, untuk tahun 2014 data Peperiksaan Pertengahan Tahun saja yang ada. Terima kasih cikgu sebab keyin kan markah!

Ada 2 jenis paparan yang boleh kita pilih.


  • Papar Slip Keputusan
  • Papar Markah Peperiksaan


Lepas ni takde excuse dah kata cikgu belum tanda la. Kertas belum dapat la. Hahahaha.


Selamat Check Markah Peperiksaan Anak-Anak!

Tuesday, May 20, 2014

Cerap Bulan, Marikh, Zuhal & Musytari di Tasik Titiwangsa

Dalam pada usha web Planetarium Negara, ternampak pulak benda ni.

Nama programnya -- Program Sidewalk Astronomy Night 2014 


Jom Cerap Bulan, Marikh, Zuhal dan Musytari!
Anda dan keluarga dijemput untuk menyertai program Sidewalk Astronomy Night pada
31 Mei 2014
Sabtu 
8.00 malam hingga 10.00 malam 
di Tepian Pantai, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Pihak Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menyediakan beberapa buah teleskop bagi kemudahan orang ramai untuk mencerap objek-objek cakerawala ini. Jadi, jangan lupa tandakan kalendar anda hari ini juga!
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03 - 2273 4303.

Bila lagi nak merasa, ye tak? Haha. Minta-minta tak hujanlah time tu hendaknya.

Monday, May 19, 2014

Cadangan Program Cuti Sekolah - Ke Planetarium Negara

Saja usha-usha web Planetarium Negara. Tujuan asalnya nak tengok Admission Fee dan aktiviti-aktiviti yang ada. Maklumlah, cuti sekolah dah dekat. Anak-anak ramai. Haruslah cari tempat yang agak berpatutan kaedahnya. LOL.


So, here we are.

Planetarium Negara buka dari 9 pagi sampai 4.30 petang.

Dari Selasa sampai Ahad, ada show kat bawah ni.

Screenshot dari web Planetarium Negara


Macam menarik je. Macam tertarik je. Haha. Kiranya kalau bawak budak-budak dari pukul 9.30 pagi ke, by 3.00 petang dah boleh complete layan semua show yang ada.


Anyway, ticket price are as below. Tak pastilah harga tu untuk SETIAP show atau SEMUA show sekali.


Screenshot dari web Planetarium Negara


Untuk anak-anak yang tak nak tengok show, either ibunya atau abahnya boleh la jalan-jalan kat Exhibition Area. Nak masuk situ FREE. FREE. Diulang, FREE.

Friday, May 16, 2014

Cara Link Tabung Haji dengan Maybank


Kita cerita straight to the point sajalah ya.

What do you need?


  • Buku Tabung Haji yang nak dilink
  • Kad ATM Maybank


So, pergilah ke ATM Maybank yang berdekatan, cucuk kad, pilih menu Tabung Haji.

Apa2 je yang ada kaitan dengan Tabung Haji, simply pilih menu ni.


Screenshot dari website Maybank 



Please bear in mind, ada sedikit caj dikenakan ya untuk bab2 fund transfer. Whilst kita guna interbank, depa charge 10sen je sekarang, untuk transaksi Tabung Haji, cajnya adalah RM1.


Senarai caj yang dikenakan. Again, screenshot dari website Maybank.



Untuk makluman, akaun-akaun Tabung Haji anak(-anak) yang dibuka menggunakan nama kita juga boleh dilinkkan. Macam biasa, bawa

BUKU TABUNG HAJI diorang. Sebab untuk proses link ni, kena masukkan No Siri buku yang ditampal kat dalam buku akaun Tabung Haji tu.


So, lepas ni kalau nak check balance Tabung Haji ke, nak transfer fund dari/ke Tabung Haji ke, atau nak daftar Haji, simply


  1. Login ke Maybank2u
  2. Klik Accounts and Banking
  3. Klik Transfers (menu belah kiri tu)


Nanti akan keluar page lebih kurang macam ni


Nampak tak baris kedua paling kanan tu?

Klik menu Tabung Haji tu.


Tadaaa.

Sekian saja buat masa ini.



Tuesday, April 29, 2014

Pengalaman Terima Wang dari Western Union

Lanjutan dari post A Payment from Google Adsense tempoh hari, 2 hari lepas dapat MTCN, kami tuju ke bank yang tawarkan khidmat Western Union.


Mula-mula nampak Kuwait Finance House. Dah isi-isi borang, tunggu punya tunggu, selagi bila sampai giliran aku, teller kata "Maaf, kami tak process untuk company."

Duh.

Next pi CIMB (only later aku realise CIMB tak carry lagi service Western Union. LOL). Pastu pi BSN. Tapi bila aku mention pasal Google, memasing geleng kepala.

Takpelah. Belum rezeki nak cash out.


Balik rumah, google lagi sana sini. Sudahnya aku siap post kat forum tanya area rumah aku ni, hat mana yang senang nak cash out.


So, akhirnya ke RHB. Pi kat kaunter nombor, sebut Western Union, amik borang warna kuning - TO RECEIVE MONEY. Isi-isi.. then bila nak amik nombor, staf situ check borang aku. Tu diaaaa.. banyak lagi aku tak isi. Kahkahkah.


Dah dapat nombor, satu hal lagi nak kena soal jawab kat kaunter.


Betul tak keje?
Betul..
Ha, tulis surirumah.

*tulis*

Dah kawin?
Abis tu, saya nak jadik suri kat rumah sapa?
Mana la tau.


Tak agak-agak soalan.


Anyway, untuk panduan pada masa akan datang, khasnya untuk yang datang baca posting ini, kat bahagian Pengirim/Sender tu,

Nama Penuh/Full Name - Google Ireland Ltd
Nama Keluarga/Sur Name - *tinggalkan kosong*
Bandar/Negara - IRELAND

Kat bahagian bawah-bawah tu, ada lagi soalan. Tanya ID, Nature of Business. Untuk apa bayaran ni. Aku tulis je Adsense. Bila staf tanya, aku jawab je..

Anyway, kat borang tu, bila diorang dah print, nampaknya duit short USD0.50. Takpelah, yang penting dah dapat duitnya.

Oh, exchange rate adalah pada kadar 3.2.

Sekian.

Monday, April 07, 2014

Cara Upload Gambar ke Instagram Dari PC


Apakah cara-caranya?

1. Download Gramblr di sini


Dah install, buatlah benda-benda ini

1. Sign in to Instagram
2. Choose the photo you would like to upload
3. Add a caption
4. Hit upload
5. If the text boxes are empty on the confirmation window, something went wrong... try again and it should work!


One thing, gambar kena 650px X 650px. Masak nak crop bagai. But, thanks to webresizer.com :)

Selamat mengupload gambar!

Wednesday, March 26, 2014

Cara Terima Wang Dari Western Union Menerusi Bank di Malaysia

Sedang study tentang cara-cara menerima wang dari Western Union. Saja riki-riki bank kat Malaysia yang ada service Western Union ni. So, dalam pada google-google, keluarla website Western Union

Dari website tu, dapat disimpulkan, ada bebebeberapa bank yang offer servis Western Union ni. Mereka adalah....


  • AGRO BANK
  • BANK ISLAM
  • BANK MUAMALAT
  • BANK RAKYAT
  • BANK SIMPANAN NASIONAL
  • HONG LEONG BANK
  • KUWAIT FINANCE HOUSE
  • PUBLIC BANK BERHAD
  • RHB BANK BERHAD
  • UNITED OVERSEAS BANK


OK, macam mana nak claim RM dari Western Union? Kita perlukan


  1. borang RECEIVE MONEY yang lengkap diisi dengan
    Nama pengirim,
    jumlah,
    negara pengirim dan
    10-digit Money Transfer Control Number (MTCN)
  2. Then, kemukakan borang tadi beserta dokumen pengenalan. Dalam kes kita ni, IC lah biasanya. Tak pun, lesen memandu.
  3. Step last, ambil duit dan resit :)


Semoga ada manfaat.

Tuesday, March 25, 2014

Cara Semak dan Daftar Skim Insurans Murid Sekolah SPAD

Apakah SIMS? Bukan game tu ya. Hahaha.

SIMS aka Skim Insurans Murid Sekolah SPAD ni skim perlindungan insurans kemalanagan berkelompok takaful untuk pelajar sekolah dari pra sampailah ke Tingkatan 6 yang bersekolah di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran DAN menaiki bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Semenanjung dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah & Sarawak.

Yang penting, perlindungan ini tiada bayaran premium tahunan. Skim ni ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Apakah perlindungannya?
jika terjadi kemalangan yang melibatkan kematian dan kecederaan semasa naik bas sekolah
perlindungan meliputi perjalanan menaiki bas sekolah untuk aktiviti-aktiviti luar -- rombongan, lawatan sambil belajar dan sebarang kurikulum yang disahkan oleh pihak sekolah.

Kat mana nak daftar ni?
Boleh layari http://www.spad.gov.my/sbcs/registration . Daftar sekali je ok.


Boleh klik untuk besarkan. Silalah..


Macam mana nak semak status bas sekolah anak saya?
Pergi ke laman web http://www.spad.gov.my/sbcs atau muat turun aplikasi pintar mySPAD - ada untuk iOS dan Android.

Yang bestnya, siap ada senarai pengusaha bas yang berdaftar siap dengan no telefon lagi. Klik sini -- http://www.spad.gov.my/sbcs/search/bus/7935  Just pilih negeri dan daerah and tadaaaaa. .Senarai adalah tepat sehingga 13 Januari 2014.


Monday, May 13, 2013

Online Groceries Shopping @ Matruncit.MY

Ni sampai kat rumah pagi Sabtu lepas.



Gatal tangan nak buat groceries shopping online kaedahnya. Nak layan TESCO online, belum cover lagi area rumah aku. Makanya, kita try MatRuncit.MY. Cover the whole Semenanjung Malaysia dengan minimum shipping fee @ RM5.00. Kalau beli barang lebih RM200, free shipping.


Cumanya, dah namanya hantar by pos, takde la kita order pagi ni, 2 jam lepas tu sampai. Macam order yang tiba Sabtu pagi ni, aku buat hari Khamis petang. Apa yang aku beli?


IndoCafe Refill Pack. Munchy's Lexus Choc, Munchy's (lagi) dan lagi. Anak2 aku suka makan biskut Marie Munchy's. Memang produk Munchy's yang dok ada dalam shopping cart. All in all, untuk produk yang sama, kalau dibanding-banding, aku dapat jimat dekat RM3 beli kat MatRuncit.MY banding beli kat tempat lain.


Banyak lagi brand kat MatRuncit. Ayam Brand ada, Milo ada, Lipton, BOH, Indocafe. Hup Seng. Banyaklah.


So, kalau korang nak try, boleh register kat sini. By the way, ehem, jika tuan puan masukkan email address  -- azelina@gmail.com dalam ruangan sponsor, tuan puan akan dapat voucher bernilai RM2 yang boleh digunapakai untuk shopping ataupun untuk offset sedikit shipping fee (kalau beli less than RM200).

Selamat membeli dan membelah dompet.

Thursday, May 02, 2013

New Fee For Interbank Giro Transaction (IBG)

Start hari ni yo!

Kalau dulu MBB nak transfer duit ke bank lain, it costs us RM2.00.

Kalau dulu CIMB nak transfer duit ke bank lain, it costs us RM1.00.

Sekarang? SEPULUH SEN SAHAJA. 10 sen. Ten cents. WOW.

By the way, aku ada akaun (yang aktif) kat 2 bank tu je. Hahahaha. Benda ni apply kat bank lain pun sama jugak. 10 sen per transaction.

Thank you to Bank Negara. Nak encourage online banking katanya. Ya, dengan kata lainnya, nak encourage online shopping secara berleluasa.


Friday, April 26, 2013

Pengalaman Repurchase di Public Mutual Online

Alkisah, mudah saja ya. Pantas juga.


Hari Isnin before 4pm aku buat transaction, hari ni dah selamat ada dalam bank. Cuma, ya, cuma jika anda ada akaun Maybank ataupun Public Bank sahaja. Kerana dua bank ini sahaja yang ada fasiliti Direct Credit. Otherwise, kena guna check.


Oh ya, kalau ada 100K investment, segala mala bank pun boleh. Kecumaan tadi hanya tertakluk kepada investor kecil-kecilan macam aku je. Hehehe


Maklumat gaya kaedah nak bukak Public Mutual Online ada aku kongsikan di sini.

Friday, April 19, 2013

Cara Daftar/Register Public Mutual Online

Benda dah lama wujud, tapi baru hari ni aku hegeh-hegeh nak apply username & password :P Kalau benda ni boleh apply online, dah lama bikin. tapi sebab nak kena hadap orang di branch, lemaunya laaa hai.


For security reasons, you need to submit the application form personally at Public Mutual HQ and branches or Public Bank branches.  
You may also register through Public Bank's Automated Teller Machines (ATMs) if you are a Public Bank ATM user, or via www.pbebank.com if you are a PBeBank subscriber.



Syukurlah akhirnya pagi tadi ada kesempatan nak melawat branch. Orang yang berurusan benda lain ramai, tapi bab-bab customer service ni, aku sorang je kot. Sebab lepas amik number, terus panggil. Heee.

Bagi IC, isi borang, sign-sign. Tunggu. Tunggu slip yang ada username & password ni yang lama.

Dapat slip username & password, sign kat buku. Balik.

All in all less than 20 minutes.



Balik rumah, terus bukak laptop. Ketidaksabaran di situ. Yang paling utama aku tukar alamat yo. Dah bertahun pindah rumah ni tetap la statement aku ke tempat lain. Semoga penduduk di rumah lama aman selepas ini.


Ya, sekarang sudah senang ya kawan-kawan. Semuanya boleh buat online. Nak beli fund baru? Nak tambah? Nak repurchase? Nak buat switching? Semua ada.

Nak banyak info lagi boleh gali kat sini --


Untuk repurchase aka selling your units, kita boleh pilih nak dapat duit guna cek ataupun Direct Credit. The thing is, direct credit ke bank hanya boleh dibuat kalau kita ada akaun Maybank dan/atau Public Bank sahaja. Ni untuk golongan marhaen la. Hahahahaha. Kalau kita ni bajet Mutual Gold Member (tak silap aku, ada investment 100K), ha, ni segala mala bapak bank kita boleh guna. Bertuah body :)

Semoga ada manfaat :)



Tuesday, April 09, 2013

Kamus Rakyat


Sejak ada smartphone ni, segala-malanya boleh jadi.

Sekarang, instead of bawak kamus besar, tebal besar godang, macam Kamus Dewan (sekadar contoh), isi kandungan kamus ada dalam phone dan sangatlah senang nak dibawa ke mana-mana.

Aku ada jugak install apps kamus lain, omputeh punya. tapi tetapla nak ada connection bila nak guna. Tapi Kamus Rakyat ni boleh running offline yo.

Description tak boleh blah. Haha

Selain daftar kata, ada fungsi untuk 'bercakap' oleh android. Walaubagaimana pun sebutannya agak pelat sedikit kerana bahasa ibunda android ini adalah Bahasa Inggeris.
Untuk makluman, Kamus Rakyat ini tiada sebarang kaitan dengan Bank Rakyat cawangan Putrajaya atau mana-mana cawangan. Kita tidak boleh meminta wang di dalam Bank Rakyat pada bila-bila masa, tetapi kita boleh menggunakan Kamus Rakyat dengan percuma pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Kamus Rakyat is free and offline.

boleh download and try Kamus Rakyat di sini.

Wednesday, April 03, 2013

TESCO Online Shopping

Aku baru tahu.


TESCO dah bikin online shopping. Klik-klik barang kau nak kat sini, bayar then tunggulah diorang datang hantar.

For the time being hanya certain tempat dalam Klang Valley saja yang diorang cover. Tempat aku BELUM termasuk. Hahaha

Ni saja je la aku gatal browse.




Of course yang paling best bab2 tab Promotions itu. Hahaha.

Dari Fresh Food, barang Baby, Chilled & Frozen, sume ada. Memang tak keluar rumah laaaaaaa kalau ada benda ni kat tempat aku hoi!

Dah, sapa yang bernasib baik benda ni ada kat tempat korang, boleh check, register dan membelah poket. URL http://eshop.tesco.com.my/


yang bitter,

Thursday, March 21, 2013

Bukak Akaun GIRO Untuk Elaun Murid Khas

Since anakanda ketiga termasuk dalam kategori orang kelainan upaya, maka dia layak untuk mendapat bantuan elaun murid khas. EMK namanya. Elaun Murid Khas. Boleh baca lanjut kat sini


Meh baca syarat-syaratnya dulu.

Murid yang layak menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia - checked
  • Berdaftar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan - checked
  • Murid berkeperluan khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi sekolah-sekolah berikut:
    • Prasekolah -- checked
    • Sekolah-sekolah rendah dan menengah
    • Sekolah agama
    • Kolej Matrikulasi
  • Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) - checked
  • Tidak/belum menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan. -- checked

Yang belum check, bab kat bawah ni

Pembayaran 
EMK dibayar melalui akaun bank murid iaitu akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Hahaha. Belum bukak akaun BSN yo. Sakan aku menggodek website BSN. Tapi takde permohonan online, KECUALI untuk Giro e-Saver. Minimum RM500 kau.

Makanya, haruslah kita berbondong-bondong ke branch untuk merealisasikan pembukaan akaun ini. Ada 2 choice, either BSN GIRO-i Savings Account ataupun BSN Basic Savings Account - i. We'll see mana yang akan sangkut nanti.


Wednesday, March 06, 2013

e-filing Datang Lagi : Kod Fail

Well, well, well.. Seems like ini tahun ke-3 aku submit e-filing sebagai seorang yang tidak bekerja. Memang pantas. Kau letak je 0 kat area Pendapatan Berkanun Penggajian, pastu submit.

The thing is, kod fail aku berubah-ubah saban tahun. Masa kerja, SG. Pastu OG. Ni tadi aku check balik, SG semula. Yang mana satu benarnya pun aku tak pasti. Bila check kat sini pun, aku masih rasa blur



01 SG (Orang Perseorangan - Tanpa punca pendapatan perniagaan)
02 OG (Orang Perseorangan) 


Whatever. Anyway, aku tetap kena kosongkan ruang majikan tadi. Tak savekah setting aku dari tahun lepas-lepas? Wallahualam.

Anyway, untuk kawan-kawan yang bekerja di luar sana, adalah untung jika anda mengambil taksiran berasingan. Kau amik sikit, husband kau amik sikit. Kat newspaper pun ada cerita pasal benda ni. Its an old article though. Aku C&P dan letak link sebagai rujukan, ya.

Taken from http://www.bharian.com.my/articles/LHDNmenindaswanita_/Article/print_html


-----

LHDN menindas wanita?

Oleh Jami'ah Shukri
jamia@bharian.com.my
2011/03/03

Lelaki, wanita tanggungjawab sama

RAMAI yang rasa kurang senang apabila menerima borang penilaian cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ada saja yang tidak puas hati dengan kaedah pemotongan cukai mereka dan ada yang menganggap agensi itu hanya tahu mengikis duit rakyat.

Hakikatnya, saban tahun, semua rakyat yang makan gaji atau bekerja sendiri wajib mengisytiharkan cukai pendapatan mereka sebagai tanggungjawab kepada negara. Kini musim taksiran pendapatan sudah bermula. Justeru bagi warga pekerja yang mempunyai pendapatan melebihi RM2,500 sebulan perlu mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan Individu (pendapatan selain perniagaan), selewat-lewatnya 30 April manakala mereka yang terbabit dalam aktiviti perniagaan dikembalikan sebelum 30 Jun.

Justeru, orang ramai perlu mengisi borang cukai pendapatan termasuk boleh juga menggunakan kaedah e-filing untuk mengelakkan penalti. Bagi mereka yang gagal mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan sebelum tarikh berkenaan, bakal berhadapan dengan tindakan serius iaitu boleh dikenakan denda antara RM200 hingga RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

Apa juga alasannya tidak kira lelaki atau wanita sesibuk mana juga urusan seharian mereka, tanggungjawab sebagai pembayar cukai perlu ditunaikan. Menyentuh mengenai pembayar cukai wanita, sejauh mana kepatuhan mereka terhadap tanggungjawab itu terutama kini dengan peningkatan jumlah penyertaan golongan hawa dalam pasaran pekerja, sudah pasti mereka juga tidak terlepas menjadi sasaran.

Ketika ini, kira-kira 40 peratus daripada 1.5 juta pembayar cukai individu adalah wanita. Tidak kira wanita berkahwin, bujang atau ibu tunggal, cukai pendapatan perlu dilunaskan. Persoalannya, adakah penilaian taksiran bayaran cukai itu adil, tiada diskriminasi dan tidak menindas wanita.

Ketika diajukan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Shukor Mahfar, menjelaskan semua rakyat, tidak kira lelaki atau wanita, tanggungjawab membayar cukai adalah sama dan tiada perbezaan dari segi gender.

Dulu, kaedah penilaian itu mungkin dilihat wujud ketidakseimbangan dari segi penilaiannya terutama kepada wanita yang sudah berkahwin apabila rekod pendapatan mereka disatukan bersama suami.

Sebelum Tahun Taksiran 2004, jelasnya, Borang Nyata Cukai Pendapatan dikeluarkan atas nama suami dan isteri dikehendaki mengisi pendapatan di ruangan yang disediakan pada borang berkenaan.

Jika suami atau isteri ingin memilih Taksiran Bersama, mereka boleh membuat pilihan di ruang yang disediakan, memilih Taksiran Bersama sama ada atas nama suami atau atas nama isteri. Jika suami atau isteri tidak membuat pilihan, maka akan dianggap sebagai Taksiran Berasingan.

Bagaimanapun, apabila Sistem Taksir Sendiri diperkenalkan kepada pembayar cukai individu mulai Tahun Taksiran 2004, suami dan isteri menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan atas nama masing-masing.

Suami dan isteri dikehendaki mengisi borang masing-masing dan taksiran dilakukan secara berasingan. Namun begitu, suami atau isteri masih boleh memilih Taksiran Bersama dengan memaklumkannya dalam ruangan tertentu di borang masing-masing.

“Dengan adanya fail sendiri di kalangan isteri, mereka melakukan taksiran sendiri. Ini sekali gus meringankan beban masing-masing. Tanggungjawab suami dan isteri terhadap pendidikan anak atau lain-lain berkaitan keluarga yang mendapat pengecualian cukai boleh dibahagi dua.

“Bagi memastikan sama ada Taksiran Bersama atau Taksiran Berasingan, mana satu lebih menguntungkan, suami dan isteri perlu membuat perbandingan terlebih dulu sebelum membuat pilihan jenis taksiran.

“Masing-masing boleh memilih mana potongan cukai secara berasingan. Contohnya bagi insurans perubatan dan pendidikan anak, jika isteri sudah menuntut pengecualian cukai, maka suami tidak perlu,” katanya yang turut mengingatkan semua pembayar cukai supaya menunaikan tanggungjawab menghantar borang itu secepat mungkin dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan kesesakan di kaunter.

Mengulas mengenai kepatuhan dalam membayar cukai, Mohd Shukor berkata, berdasarkan pemerhatiannya memperlihatkan wanita lebih bagus menjalankan tanggungjawab itu. Mungkin ia boleh dikaitkan dengan sifat kewanitaan yang menyebabkan golongan itu lebih patuh.

LHDN mensasarkan kutipan hasil pendapatan lebih tinggi tahun ini iaitu sebanyak RM91 bilion berbanding RM86 tahun lalu.

INFO:

WANITA berkahwin boleh memilih membuat taksiran cukai secara bersama suami atau secara berasingan. Bagaimanapun, isteri digalakkan memilih taksiran berasingan. Ini kerana taksiran cukai secara berasingan, isteri mempunyai tanggungan dan hak yang sama seperti suami, dari segi tuntutan potongan, rebat cukai dan pengenaan cukai.

Tuntutan yang layak dibuat isteri:

1. Potongan untuk diri sendiri RM9,000. Jika individu itu kurang upaya, potongan tambahan dibenarkan sebanyak RM6,000 sejak 2006.

2. Potongan bagi yuran pendidikan untuk diri sendiri bagi mendapat kemahiran atau kelayakan dalam bidang teknikal, vokasional, industri, sains atau teknologi, termasuk teknologi maklumat dan komunikasi di institusi yang diiktiraf kerajaan.

Bagi peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (sebarang bidang atau kursus pengajian), potongan yang dibenarkan adalah sehingga maksimum RM5,000 dan tuntutan perlu disokong dengan resit asal.

3. Potongan perbelanjaan rawatan perubatan ibu bapa sehingga maksimum RM5,000 dan tuntutan disokong dengan resit asal.

4. Potongan perbelanjaan pembelian alat sokongan asas untuk diri sendiri, suami, anak atau ibu bapa yang cacat atau hilang upaya sehingga maksimum RM5,000.

5. Potongan perbelanjaan rawatan penyakit serius untuk diri sendiri, suami atau anak sehingga maksimum RM5,000. Isteri juga boleh menuntut potongan perbelanjaan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh yang dihadkan, maksimum RM500. Jumlah tuntutan belanja pemeriksaan kesihatan ini termasuk sebahagian daripada had potongan maksimum untuk belanja rawatan penyakit serius RM5,000.

6. Potongan RM6,000 bagi:
a) Caruman kepada kumpulan wang simpanan atau kumpulan wang pencen yang diluluskan, seperti Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP).
b) Bayaran premium atas polisi insurans nyawa yang diambil atas nama diri sendiri, suami atau kedua-duanya.

7. Potongan bayaran premium insurans untuk pendidikan atau manfaat perubatan yang dihadkan tuntutan kepada maksimum RM3,000. Polisi insurans pendidikan atau manfaat perubatan adalah untuk diri sendiri, suami dan anak.

8. Potongan bagi perbelanjaan membeli buku, jurnal, majalah dengan had maksimum RM1,000.

9. Potongan atas faedah yang dibelanjakan untuk faedah pinjaman perumahan. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi tahun taksiran berturut-turut, bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
a) Pemastautin warga negara Malaysia.
b) Pembelian rumah kediaman terhad pada satu unit saja.
c) Perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
d) Rumah kediaman tidak boleh disewakan.

10. Isteri boleh memilih menuntut keseluruhan atau sebahagian potongan untuk anak.

11. Isteri boleh membuat tuntutan potongan bagi bayaran premium anuiti yang dibeli melalui skim anuiti, yang disahkan oleh KWSP yang dihadkan kepada maksimum RM1,000.

12. Tuntutan rebat cukai sebanyak RM400 jika pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000.

13. Isteri layak menuntut rebat cukai atas bayaran zakat dan fitrah terhad kepada jumlah cukai dikenakan.

Jika seorang wanita itu bercerai dengan suaminya:

a) Status beliau akan kembali sebagai individu sebelum berkahwin. Fail cukai pendapatan sebelum dia berkahwin akan dibuka semula jika fail itu wujud sebelum perkahwinan. Jika tiada nombor rujukan lagi, wanita terbabit akan didaftarkan nombor rujukan yang baru.

b) Selepas mempunyai nombor fail pendapatan sendiri, dia akan mengisytiharkan pendapatannya sendiri (termasuk bayaran nafkah daripada bekas suami, jika ada) dan dikenakan cukai secara berasingan.

c) Jika bekas suami sama-sama menanggung perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak, masing-masing layak diberi potongan anak pada kadar 50 peratus daripada pelepasan anak yang layak dengan syarat mereka menyara anak itu dalam tahun asas tahun taksiran berkenaan.



Diskaun 15% Mutiara Minda MPH

This came in early this morning.


Sapa yang tengah aim buku Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam ke, Biografi Syed Mokhtar alBukhary ke, ataupun Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad ke, now its a good time yo!

Bestsellers tu. Nak lebih-lebih boleh klik kat sini

From now till March 31st. 

Selamat membelah poket :)