Cari Something?

Showing posts with label $$$. Show all posts
Showing posts with label $$$. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Pengalaman Terima Wang dari Western Union

Lanjutan dari post A Payment from Google Adsense tempoh hari, 2 hari lepas dapat MTCN, kami tuju ke bank yang tawarkan khidmat Western Union.


Mula-mula nampak Kuwait Finance House. Dah isi-isi borang, tunggu punya tunggu, selagi bila sampai giliran aku, teller kata "Maaf, kami tak process untuk company."

Duh.

Next pi CIMB (only later aku realise CIMB tak carry lagi service Western Union. LOL). Pastu pi BSN. Tapi bila aku mention pasal Google, memasing geleng kepala.

Takpelah. Belum rezeki nak cash out.


Balik rumah, google lagi sana sini. Sudahnya aku siap post kat forum tanya area rumah aku ni, hat mana yang senang nak cash out.


So, akhirnya ke RHB. Pi kat kaunter nombor, sebut Western Union, amik borang warna kuning - TO RECEIVE MONEY. Isi-isi.. then bila nak amik nombor, staf situ check borang aku. Tu diaaaa.. banyak lagi aku tak isi. Kahkahkah.


Dah dapat nombor, satu hal lagi nak kena soal jawab kat kaunter.


Betul tak keje?
Betul..
Ha, tulis surirumah.

*tulis*

Dah kawin?
Abis tu, saya nak jadik suri kat rumah sapa?
Mana la tau.


Tak agak-agak soalan.


Anyway, untuk panduan pada masa akan datang, khasnya untuk yang datang baca posting ini, kat bahagian Pengirim/Sender tu,

Nama Penuh/Full Name - Google Ireland Ltd
Nama Keluarga/Sur Name - *tinggalkan kosong*
Bandar/Negara - IRELAND

Kat bahagian bawah-bawah tu, ada lagi soalan. Tanya ID, Nature of Business. Untuk apa bayaran ni. Aku tulis je Adsense. Bila staf tanya, aku jawab je..

Anyway, kat borang tu, bila diorang dah print, nampaknya duit short USD0.50. Takpelah, yang penting dah dapat duitnya.

Oh, exchange rate adalah pada kadar 3.2.

Sekian.

Thursday, September 10, 2009

PruCash by Prudential


Tengah hari tadi, saya menerima kunjungan ejen utk memberikan Medical Card yg company bayarkan utk saya. Makin bertambah le kad kat dalam purse :P

Dah abis sume bagai, ejen menyambung pulak cerita pasal pruCash.



Anyway, ada sapa² pernah dengar pasal PruCash? Atau ada antara kawan² yg dah amik? Since saya pun baru dengar, so sementara fresh lagi dalam kepala, saya nak jot down utk maklumat sejagat :D

  • Boleh pilih plan 20 tahun atau 30 tahun. Cerita selanjut kat bawah ni based on plan 30 tahun.

  • Simpan 200/bulan. Setiap 2 tahun, dapat 1.8K.. vadevasss.. Boleh pilih nak amik buat joli atau biarkan saja dia beranak.

  • Lepas tamat tempoh, dapat RM80K+ utk retirement, + bonus yg tak diamik (kalau ada)

  • If anything happen (kena any of 36 critical illness) dapat 30K sedebuk, tak payah bayar apa² dah.

  • Kalau meninggal, waris dapat another 30K + saving & bonus yg ada.. ni kalau tak silap.. ntah mana² plak kertas tu tadi.. hmmmphh..

Apapun, point² kat atas tadi merujuk kepada pruCash.. Ejen kata tadi, pruBSN Takaful pun ada similar product dan baru je launch.. cumanya, kalau Takaful Cash, lepas 3 tahun baru bley start dapat bonus.. later, every 2 years baru dapat.. tp tak fix la amount macam pruCash kaedahnya..

Takaful Cash first of its kind in the market which offers a regular cash payout from 6% - 10% of sum cover for every 2 years from 3rd cert year.

Menarik kan?


Monday, June 08, 2009

10 Tips Pengurusan Kewangan

Got it from email. Ayat aku adalah yg berwarna biru kuning merah... TV Tigaaaa.. takdelah, yg berkaler tu, aku lah..

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan.

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan. Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda.

Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang. Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

Aku takde komen. Sebab, mmg kita patut berbelanja KURANG daripada pendapatan.


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul. Anda perlu bajet walaupun pendapatan anda adalah beberapa ribu atau beratus ribu setahun.

I've practised this for several years. Mula-mula kerja dulu, aku practise letak duit dalam sampul surat yg dilabel - Makan, Sewa, Entertainment (boleh?) dan apa2 lagi la.. Bila buat macam ni, once dapat gaji, sekelepuk duit aku keluarkan dan isi dalam sampul-sampul tu.

But as time goes by, aku stop guna sampul.. instead, aku just letak nilai2 ni atas kertas/note dalam handset.. once aku belanja dari akaun tersebut, aku tolak.. so by end of the day, aku tahu berapa nilai yang tinggal dalam satu2 akaun..

Selain tu, aku juga ada file xls.. Sebelum dapat gaji lagi dah rancang budget utk bulan depan.. Berapa untuk parents, berapa untuk anak2.. berapa nak bayar babysitter.. bla bla bla.. sesetengah value adalah constant, dan ada sesetengah lagi variable mengikut baki bulan lepas dan sebagainya.

Style aku simple je. Aku peruntukkan sejumlah wang utk A. By end of the month, check, ada baki tak untuk peruntukan tersebut. Jika ada, separuh aku bawa ke depan, separuh lagi aku simpan dalam akaun A bersama-sama dengan peruntukan simpanan utk A pada bulan tersebut. Separuh yang aku bawa ke depan, aku satukan dengan peruntukan bulan hadapan. Aku buat macam ni sbb once ada duit lebih2 tu, bley la belikan baju ka, mainan ka.. apa ka..

Agak2 bley paham tak?

3. Lunaskan hutang kad kredit secepat mungkin

Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang yang BESAR! Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Datuk Dr Hilmi Yahaya – Tahun 2004 - 1,397 pemegang kad kredit di isytihar muflis, 1,152 dalam 2003 dan 1,117 dalam 2002. Angka setiap tahun kian meningkat. Terdapat 150,000 bankrap setakat Februari 2005.

Aku sangat setuju dengan pernyataan ini. Berbelanjalah mengikut kemampuan kewangan kita. Kalau ada 1K dalam bank, belanjalah setakat itu, ataupun kurang, so that kita ada duit utk membayar balik CC apabila tiba masa yang ditetapkan.

Aku sendiri adalah pengguna CC sejak tahun 2004. Biasanya aku gunakan untuk dapatkan points so that lepas tu dapat redeem barang FREE.. :P dan juga mengelakkan bawak cash money yang berlebih-lebihan. Sekarang pun dah ada Debit Card, so mmg penggunaan CC bley la dikurangkan sangat-sangat.. Please aware, kalau kita amik installment berbagai, MAKE SURE kita ada duit utk bley bayar bulan2.. kalau takde, jangan beli.



4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja. Buka akaun dengan KWSP hari ini jika anda masih belum berbuat demikian.

Most of us dah ada KWSP kan? refer my posting b4 this, kalau takat ada beberapa ratus ribu dalam KWSP masa bersara nanti, mmg tak cukup.. considering kalau umur panjang and what nots.. Kita hidup mmg bukan nak menongkat langit ataupun nak bagi anak2 senang sampai ke tua.. TAPI at least, kita ada something, atau persediaan anak2 nak ke sekolah, ke universiti.. dan yg penting, kita tak guna duit persaraan kita utk tujuan biaya anak ke universiti. Duit utk hal2 ni, duit lain yg kita patut simpan dari sekarang.

5. Menabung

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5 peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun berbeza.

Its suppose to be at least 10% and MORE. 5% is way too little.. TAPI, lebih baik ada, daripada takde langsung. Kalau masih belum menabung, do it NOW. Start NOW.
I myself over enjoyed for the 1st year keje dulu.. Sesal tak menyimpan time tu, ada sampai sekarang.. ha ha ha.. imagine la, kalau simpan sebulan seratus, dah ada 1200, kan? Tak tau lah kenapa, aku masih rasa, simpanlah banyak mana sekarang pun, still macam takley nak ganti 1200 yg hilang tu..
Menyimpan dahulu. Berbelanja kemudian. Dapat tu?

6. Melabur

Pastikan anda membuat pelaburan – jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim pesaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan dan saham amanah.

Please diversify places where you can put your money dan pastikan dapat pulangan yg lebih dari kadar inflasi. He he he.. Cite inflasi la pulak..

7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja
Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja seperti KWSP. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.

Semak balik borang BE korang.. apa yg bley kita belanjakan atau buat utk kurangkan potongan cukai.. Bukan lah nak ngelat dari bayar cukai, tapi kalau ia membawa kebaikan kepada kita, apa salahnya.. kan? kan? Bayar zakat adalah salah satu bentuk pengecualian cukai yg sangat digemari ramai.


8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.

I dont have much knowledge about this. TAPI apa yg aku tahu, insurans utk Amir yang aku ambil setahun lepas, mmg dah balik modal sangat2 masa dia kena hospitalised the other day. Perhaps this is applicable utk orang2 yg tak ditanggung oleh kompeni apabila tiba kepada perihal medical anak-anak.. Kalau korang ditanggung, lain cerita, ye? Then duit yg sepatutnya boleh ditumpukan utk hal2 education & what nots.


9. Kemas kini wasiat
Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 90 peratus warga Malaysia tidak mempunyai wasiat. Masalah besar ialah tahap pemikiran yang beranggapan jika tulis wasiat hari ini, esok akan mati. Sebab itu masih ramai yang tidak membuat wasiat.

Damn, I dont have this yet. Ha ha ha.. Ketuk sket!

Last time masa AmanahRaya buat promotion, tak jugak pi buat2.. Yes, I seriously need to be ketuk-ed on this. Anyways, dekat website AmanahRaya ada link Will Online.. can be our 1st step towards will writing. No? They charge us RM350 per will writing.. Kalau ada tempat lain yg offer service yg sama with minimal fee (if any) please share :)



10. Simpan rekod kewangan dengan baik
Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu. Contoh yang baik adalah resit untuk pembelian buku-buku di mana pemotongan cukai dibenarkan.

Yes, truly true.. Simpanlah segala mala resit yg berkaitan dalam satu file.. senang cite, file yg sama dengan file yg menyimpan pay slip kita.. pasal benda2 ni sume berkaitan dengan pembayaran cukai.. Resit bayar zakat, resit bayar education plan, resit beli buku.. resit.. resit buat thorough medical checkup.. dan macam-macam lagi..


Sekian dari aku yang bukanlah pakar kewangan yg bertauliah ataupun seorang graduan dalam bidang berkaitan.. Aku cuma share apa yang aku praktikkan dan sedikit sebanyak apa yang aku tahu.. Kot ada yang tersalah fakta, terkucil sana-sini, I'm open for discussion :)



---------------


Tuesday, May 05, 2009

Entry Sakit Dada

Pernahkah anda menggunakan kalkulator ini? Ala.. yg saya share kat belah kanan tu.. yg kat bawah logo breastfeeding tu + ticker kaler pink tu.. hehehe..

Baru-baru ini ada artikel menyatakan 1 juta tak cukup untuk bersara.. 

RM1 juta tidak cukup selepas bersara

Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.

Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.

''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini. 
Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

lama sebelum itu ada artikel yg menyatakan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000. 

Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yangbersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun. 

Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan. 

Pendapatan orang yang dikategorikan miskin di Semenanjung kini ditetapkan RM530 sebulan, Sarawak (RM585) dan Sabah (RM685). 

Sudahkah kita bersedia?

Kalau kita guna kalkulator yg ini, kalau saya ada 10K sekarang, dan saya mendisiplinkan diri simpan RM250 sebulan, selama 10 tahun (dengan harapan dan impian nak benti keje by the age of 40) dengan kadar dividen 5% (bley bayangkan la simpan kat mana ni kan), lepas tu tak kuar2kan duit tu selama 30 tahun, pada usia 60 tahun, saya cuma ada RM149,983.68.. 
mmg la tak masuk duit KWSP berbagai.. tp, TETAP tak sampai sejuta.. ha ha ha..


Mari kita berpindah kepada kalkulator yg ini pula..

Let say saya nak ada sejuta ketika usia saya 60 tahun, dan sementara saya keje dalam 10 tahun lagi (sbb masih berangan nak keje sampai umur 40 tahun saja), dengan kadar dividen 5%, saya harus membuat simpanan secara lumpsum sebanyak RM223,826.60 ATAU simpan bulan2 sebanyak RM2,374.03.. 4 figure tu ye kawan2.. jauh bebenar dari RM250 yg saya letak awal2 tadi.. 













Maaf la atas entry sakit dada pagi2 ni.. Saya cuma ingin berkongsi dengan kawan2 tentang kalkulator tersebut..

Anyway, care to share where you invest? Be it UT, emas atau sebagainya.. Sebab, sudah terang lagi bersuluh menyimpan di institusi yg memberikan kadar 5% setahun tidak memadai..

Thursday, March 26, 2009

Dari Meja Seorang Mata Duitan


Semalam ada surat dari Public Mutual.. ha.. nak bagi aku statement PIOF la tu.. ihiks.. syahdu je tengok balance RM.. dulu kuar banyak ni.. la ni dah tinggal banyak ni.. mmg tengah merudum ye kawan-kawan.. tp jangan lah bimbang.. itu bermakna JANGAN DIJUAL unit2 yg ada itu..

Malah, ini adalah waktu yg sangat cantek utk membeli.. ala2 sale gitu.. tapi tak pasti la berapa % sale.. biasa lah.. ekonomi ada ups & downs.. jangan kata ekonomi, hidup kita yg sementara ni pun kan.. Jika anda ingin membeli, sila hubungi ejen terdekat anda.. TAPI saya bukanlah salah seorang daripadanya.. ni kira iklan khidmat masyarakat gitu :P


Zaman ekonomi tengah cantek dulu, mak pernah untung 30%+.. kalau dijual time tu, mmg dah merasa.. TAPI since my aim is for long term, mak biarkan saja.. Kalau dikira dari segi unit, sket lagi.. skettt lagi nak cecah 6 figure.. UNIT.. bukan RM :P bak kata my other half, kalau setiap unit jadik singgit, FUH.. joli katak mak! but its possible right? ngeh ngeh ngeh.. *mode berangan jadik kaya raya*

Duit KWSP mak yg boleh dilaburkan pun dah makin berkurang la dari yg biasa.. Maklum le.. dah masuk 31 :P Limit pun sudah naik lorr..




Sekian cerita $ dari saya yg tak seberapa.


Nota kaki: Ni kalau jual kijang mak ni, dah untung jugak.. kah kah kah.. nak beli yg lain, kejung plak nak cari $$$ :P bila emas mau turun lagi??




11 comments

Tuesday, November 11, 2008

Sapa nak trade?


I have a few USD in my Paypal.. memandangkan mak ni bukannya jenis yg shopping oversea, makanya duit2 yg mak terima thru customer terperuk je kat dalam tu.. b4 this ada jugak la beli movie kat sini.. tp banyak mana sangat la nak mendownload kan..

Ada sesapa nak tukar dgn RM tak? Current rate based on XE.COM is 3.57898.. kira cincai 3.60 la :P

10 comments

Friday, September 19, 2008

Joli katak

Kesahnya, tiap kali nak raya, kompeni tempat ku bekerja ini.akan memberikan duit raya.. selalunya sekian2 ratus la.. ala2 saguhati la gitu..

Tapi sebentar tadi, HR Exec telah memberikan khabar menarik.. besar kemungkinan dapat sebulan gaji.. kalau dah sebulan gaji, campur lagi dengan gaji, tak ke mak patut joli katak camtu?

Mekasey for this good news bos.. Amin, nanti akak belanja la Toblerone besaq sket noOOo..

/tak boleh tulis panjang2.. tetiba ada let down reflex!


18 comments

Tuesday, August 05, 2008

Turun lagi


I bought this last week due to frustration tak dapat bukak GSPA kat Maybank SOGO.. Macam2 hal la pulak kaedahnya nak bukak account.. nak kena dekat dengan alamat ofis la.. kena dekat dengan alamat rumah la.. otherwise mak kena mintak surat dari majikan.. Aiks? Kita nak bukak account personal pun kena mintak surat ke? Sangat confuse dan sangat frust..

Anyway, thanks to BIL & his friend sbb tolong belikan.. Tp mak beli bukan le hak yang paling besar tu.. hehehe..

Kesahnya hari ni, turun lagi.. last week, a quarter dijual pada RM815, hari ni RM801!!! And, and half was sold at RM1601 last week, tapi hari ni RM1574!!! Not to mention la yg paling besaq tu kan.. hmmph..

Akan tetapi, duit mak dah abis OK.. jadinya, untuk kawan2 yg ada duit dalam bank tu, PERGILAH BELI.

Korang takkan menyesal.. tih tih tih..

Update on 6/8/2008
Turun lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. RM790 je suku hari ni.. beli laa.. beli laaaaa..


31 comments

Wednesday, July 02, 2008

Gold Investment

Lanjutan dari post saya yg terdahulu, macam biasa - kita straight to the point :)

Gold price, back in 2003, it was RM49/gm.. (mak check resit beli rantai tangan masa nak kawen dulu.. kah kah kah)

La ni? You may check here according to Maybank or here, according to Public Bank..

So far kat Malaysia, as what I'm aware of, ada 2 bank yang offer utk pelaburan emas ni.

Maybank

Kijang Emas Gold Coin

Beli & simpan sendiri Gold Coin tu.. seriau tak? hehehe.. ada dalam bentuk 1oz (31.105g), 1/2oz(15.550g) and 1/4oz(7.780g).. 99.9% gold.. kalau dah 31g, satu gram say RM100, so you do the math! You may get the coins from 30 selected branches only.. biasanya yg besar2 la tu..

Maybank ada jugak offer GSPA which means Gold Savings Passbook Account

whilst Public Bank pulak offer Gold Investment Account















































Banks
Public Bank Maybank
Eligibility

  • Individuals (resident or non-resident) aged 18 years and above.

  • Personal or joint


  • Individuals

  • Joint account - maximum of 4 persons.


Minimum Initial Purchase 20gms5gms
Minimum Balance in the Account 2gms 1gms
Minimum Subsequent Purchase/ Sale 5 grams and must be in multiple of 1 gramMust not be less than 5 grams
Gold Purchase

  • Gold purchase will be based on the Bank's prevailing gold SELLING price quoted in RM per gram.

  • The mode of payment accepted for purchase of gold are :
  • - cash
    - debiting of account
    - house cheque

  • No physical gold deposit is allowed.

Takde la plak cakap. Maybe sama kot macam kat sebelah ni..

Apapun, ada FAQ
Gold Sale/ Withdrawal

  • Gold sale will be based on the Bank's prevailing gold BUYING price quoted in RM per gram.

  • Withdrawal options available are :
  • - Cash
    - Crediting of account
    - Physical gold withdrawal*

  • The withdrawal of gold from GSPA will be converted into Ringgit Malaysia at prevailing gold price.

  • GSPA account holders are allowed to withdraw the gold in below format:

  • • Physical gold
    Gold Wafers @ 10, 20, and 50 can be withdrawn at selected branches. A conversion charge to cover the shipping and insurance will be charged for the physical gold withdrawal.

    • Cash
    The amount of gold holdings can be converted to Ringgit Malaysia equivalent at the prevailing market (gold) price. The amount in RM will be credited into a Maybank deposit account of customer.
Account Opening RequirementCustomer is required to maintain either a savings account or current account prior to opening a GIA to facilitate the debiting of service fee, if any.
A GSPA passbook will be given to the account holders upon complete the procedure of opening the GSPA account.

The passbook is for deposit and withdrawal purposes. Deposit, withdrawal and closing of GSPA are available at any of the Maybank branches.
Service FeeAn annual fee of RM10 will be levied on the designated deposit account on the first day of the calendar year if the account balance is below 10gms as at year end.Withdrawal of physical gold is subject to conversion charge to cover the shipping and insurance. The fee is various and depending on total physical gold to be withdrawn.

So, take your pick -)

Wednesday, June 25, 2008

Rule 72

I just finished reading a book - Rancang Hidup Rancang Wang by Mr Hamdy.. dalam buku tu ada la sebut tentang Rule 72..

Apakah itu Rule 72 atau nama Melayunya Peraturan 72 (maaf cikgu kalau saya salah translate).

Basically, benda yg ni org gunapakai utk tentukan bilakah duit yg kita simpan sekarang akan berganda..

Contoh: Setiap tahun dapat dividen at the rate of 4%, so, kalau kita ada 10K sekarang,

72/4 = 18.

Means, kita akan ambil masa +- 18 tahun untuk 10K menjadi 20K.. do we have the time? No? so, camne ke gayanya kalau saya nak 20K in the next 5 years?

72/5 = 14.4

Means, kita kena la simpan duit di tempat yg boleh bagi 14 - 15% dividen per year.. (syoknya la hai sapa yg ada share dalam Bank Rakyat.. kah kah kah)

Apart from that, ada jugak email yg menyatakan, Rule 72 boleh digunakan untuk melihat nilai duit kita pada masa hadapan.. yg ni mak share je ye.. hopefully tak betul la..

Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.
I'm looking fwd to start invest in gold. Will post about this later. Till then, take care everyone!

Friday, February 22, 2008

Finally..


Finally, the search is over.. pada hari Jumaat yang mulia ni, aku dah selamat sign up Takafulink utk aku + hubby, whilst Takaful Cerdik utk Husaini bertiga.. tak lah banyak, tapi cukup la sebagai permulaan.. tunjang / asas utama aku amik benda ni sbb Medical Card depa.. boleh? keh keh keh.. aku opt for basic rider je - .. ada rezeki lebih, bley la tambah tang MMC tu..

BTW, any of you dah start invest EPF dengan unit trust? aku tengah tunggu fund baru yg Public Mutual nak launch next Tuesday.. sapa yang belum start, guess ni la masanya.. service charge pun 3% je.. cumanya tak dapat la nak merasa untung berbagai sbb sume tu masuk balik dalam KWSP.. jadinya, impian untuk retire rich makin cerah dan terang benderang gitu.. keh keh keh..

Jadinya, sapa yg muda2 jelita + remaja tu, start la sekarang.. amik peluang ni.. zaman2 tondan, once ada 50K (ke 55K?) dalam acct #1 baru bley invest.. ni tak payah dah weii.. umur mak ni, kena ada simpanan asas RM18K je.. (je? ceh!) kalau umur kome 29 ke, basic kena ada RM16K.. 2K beza tu.. jauh tak jauh? kalau lagi muda dari mak ni? Hinssh.. Senang cite nak tengok bpa min kena ada dalam akaun korang, klik sini..

Minimum initial investment is 1K.. kalau ada banyak K, bley la diversify ke fund2 yg lain.. Jangan letak telur anda dalam satu bakul je, ingat tu..

Oh yes, its quite late, tp still ada masa.. since Public Mutual ada menang KLIFF Awards hari tu, depa offer service charge @ 5% utk selected Islamic funds.. The offer will lasted till 29/2 ni.. go grab your chance okkay! Tambah2 tang PCIF yg tengah jatuh tu..

Sekian, khidmat masyarakat saya untuk hari ini..
Saya-yang-bukan-ejen-mana-mana-pihak.

25/2 : A short update ~ Congratulations to kak Laili aka mamaampang on her new born baby girl.. 3.12kg @ 12.22pm..

31 comments

Thursday, January 17, 2008

Temptation


Aku baru je balik dari Maybank.. niat hati nak tutup ASB dan pindahkan sume duit tu ke dalam akaun Maybank.. Kesannya, takley tutup ASB.. boleh keluarkan duit semua sekali, waima 1 sen. Tapi takley tutup? Ni aku confuse.. so, buku ASB aku still ada.. tak kena kerat, tak kena gunting.. hehehe..

Kenapa aku keluarkan duit ASB? Part of the answers can be found here --> sila klik sini, okkay

B4 aku ke bank, sempat lagi SMS dengan HR ofis, mintak tolong hentikan potongan gaji aku ke sana.. Guess this is my biggest hijrah so far.. dah lama aku dengan ASB ni.. since 2001.. lama tak lama, kalau beranak, dah masuk darjah 1 weh..

B4 this, aku some kind of ignorant.. pada pendapat aku, once aku dah bayar zakat, maknanya harta2 simpanan aku akan dibersihkan.. suka hati aku je bagi pendapat.. tp tu la, sudahnya, nak bagi senang hati.. jalan tadi la yang aku pilih..

Bila tengok kira-kira dividen + bonus yg aku pernah dapat dari ASB sejak 2001 sampai la recently.. peh, aku serius tak nafikan.. mmg ada rasa berat hati.. its part of my hard earned money.. tapi aku cakap kat diri aku - anggap je la ni salah satu ujian.. mmg duit ni salah satu ujian berat weh.. bukan senang nak avoid temptation dia..

Aku berdoa semoga duit2 tu selamat sampai ke channel yg sepatutnya.. Amiin.


25 comments

Wednesday, January 16, 2008

Sesak nafas

Update : link tu dah up up and awayyyy..

Pagi tadi, around 5.30am aku terjaga.. Belek2 Zeri yg tido kat sebelah aku.. tenang je dia tido.. hinssh..

Dalam kegelapan malam, cewah.. aku belek2 handset.. Notes yg aku dok tulis dalam handset, TODO list.. sume aku baca.. aspirasi sepanjang tahun 2008.. tekan2 calculator.. pk mana nak cekau RM nak start buat education fund utk bebudak ni.. selama ni aku simpan dalam TH je weh.. so rasanya tu tak patut masuk buku laa kan..

Aku ni konon2 plan nak bukak akaun Takaful untuk setiap Husaini.. sbb kat website depa kata, once kita takde, the contribution will continue.. tak tau le camne ke gayanya kan.. oh well.. aku ni mmg hampas bab2 mendigest information.. in the same time, nak invest dalam satu lagi UT utk education depa.. kalau dapat 20% dividen setiap tahun pun dah bersyukur sangat.. please rujuk link ini untuk buat calculation anda..

As for ourselves, meantime baru ada 2 akaun.. satu aku punya which as of now dah bagi return 30%, lagi satu share dengan hubby - tp portion dia lagi besar dari aku.. ni satu hal jugak nak kena kejar target bagi balance 50:50.. memula plan nak buat satu je.. tapi omputeh kata jangan letakkan semua telur anda dalam satu bakul :P walaupun telur tu ada sket, asingkan jugak la adanya..

Sat tadi dok browse2 etiqa website.. but me, bak kata hubby "you ni tak Google la yang.." which means, i always have trouble in finding information.. aku click kat Health, tup2 macam takde link lain.. ala2 tergantung gitu.. pi kat My First Baby - cite pasal Sarjana.. tp takde cite advantage, bpa contribution and such.. ke ada, tapi aku tak jumpa? Hehehe..

Pening kan dok pk pasal benda2 ni.. ye la, let say Amir nak jadik pilot.. as of 2007, course tu makan 30K.. and thats to become a private pilot.. kalau jadik commercial punya.. ngeh ngeh ngeh.. what would it be in the next 15 years? tu baru Amir.. yahahhaa.. baru ni aku follow discussion pasal Q-Dees berbagai, tertelan air liur tengok fee dia..

Tetiba terus rasa sesak nafas! Bley ke aku teruskan impian aku nak retire at the age of 40?

Nota kaki : dan2 je time aku nak share link tu, dia down plak.. cet!

16 comments