Cari Something?

Showing posts with label Arif. Show all posts
Showing posts with label Arif. Show all posts

Sunday, November 06, 2011

6


Anakanda no 2 dah genap 6 tahun hari ni.. was born on raya Aidilfitri yang keempat.. and today, dia sambut ulangtahun time hari raya AidilAdha :)


Surprisingly, dia request carrot cake :) 2 kali aku buat nok. sekali tu lupa satu ingredient.. dah selamat bakar baru teringat.. MIL kata "ini dah macam bingka" amik ko :P


Well, selamat hari lahir Arif Husaini. Cepat2 la berhenti nyusu dalam botol tu dik.. tak abis2 ngaku kecik lagi..



To all, Selamat Hari Raya AidilAdha :)

Monday, September 12, 2011

Kena Jahit


Jam kat laptop tunjuk pukul 3.15 pagi.. Aku masih berjaga. apa kes? terlebih dos kopi gamaknya.

Dalam pukul 11pm+ tadi, sesambil aku dengan si dia dok buat kerja sket, tetiba Arif nangis. Gaduh dengan Amir. Sabar je laa.. dari pukul 10 lagi dah suruh tido, still.. memula kitorang buat tak kesah je. sekali kau, berdarah ropanya! Aaaaaaa.. mula la start aku punya panic mode :P


Tengok gaya, dalam lukanya. Dalam havoc2 tu la anak dara amik keputusan nak bangun dari tido & join the scene.. haha.. sabar je la tuan puteri sorang ni.. masa si dia nak bawak Arif pi klinik, dia sibuk nak ikut.. sudahnya, dengan aku sekali kena angkut :P


Sampai turn, si dia suh aku tunggu kat luar. Masuk dalam karang, ada plak anak dara jadik pembantu extra. Mujur le kami ni last. Anak bujang tu menjerit sekuat-kuat hati kat dalam. Aiiii.. seriau aku mendengarnya.. serius la, aku boleh tengok darah, tapi aku akan terasa-rasa seolah-olah aku yang kena.. hahaha..


Lepas dah abis drama jerit, nangis, jerit, Arif keluar bilik doc dengan kepala berbalut bagai. Dua jahit kau. Rasakan. Muka sengih je plak. Cover malu dok nangis kat dalam tadi kot. Pastu sibuk tak sabar nak balik.. keluar je dari pintu klinik, bley melompat-lompat.. Memang jenis tak reti nak serik.. kan Arif kan?


16 ni nak kena follow up. Semoga sihat hendaknya.






Eh, lupa. Selamat Hari Raya pada semua. Maaf Zahir & Batin.


Monday, July 18, 2011

Jauh Berjalan Luas Pemandangan :P

Sabtu lepas, aku outing dengan Arif. Ikut rombongan tadika dia kaedahnya. First destination, Domino's Pizza at Kajang. Tengok cara2 buat pizza. Heee..





Mula-mula stretchkan doh atas lambakan tepung jagung. Then, sapukan sos tomato. Then letak la apa jenis flora dan fauna. Akhir sekali, dari kejauhan, aku rasa diorang letak pizza tu atas scale. Kemudian tabur cheese atas tu. Bajet ikut berat la gamaknya. Lepas tu bakarr..


Lepas tu makannnn.. That was our first time with Domino's. Sedap jugak. Sampai Arif mintak aku belikan lagi. Yang FREE orang tu bagi, tak cukup :P




Next, kita ke Kilang Beras Sunflower. Di Kajang juga. Merasa la tengok diorang demo dari padi menjadi beras perang. Dari beras perang menjadi beras putih. Apakah sekam. Apakah dedak. Apakah bahan yang digunapakai untuk salut telur asin. Apakah, apakah. Apakahhhh.







Dah abis demo bagai, diorang bagi rasa nasi yang dimasak menggunakan beras depa. Tak tau la jenis yang mana tapi Arif boleh makan abis, nasi kosong gitu je! FYI, Arif bukanlah pemakan tegar nasi.




Nexttt, pi Taman Rama-Rama. Apa aku nak cite kat sini? Heee.. Tengok gambar sudah..




















Kemdian, pegi Taman Rusa dan Kancil.






But first, we were greeted with this.



Bapak besar punya pokok. Kau nak terus ke depan tu, kena lalu tepi2 longkang.. eeeee.. seram mak nyahhh.








Not well maintained. Bau busuk tu, biasa la. Kau pegi zoo pun macam2 bau. Hahaha.






Pagar tepi-tepi laluan ada yang dah terkopak bagai. Jalan very the steep dan takde pemegang di kiri dan kanan. Kalau budak2 lari-lari dan tersadung, aku rasa mau tergolek-golek macam cite Hindustan. Cuma yang ni atas aspal. Bukannya atas rumput ataupun padang. Haih.. Kiranya, dengan aku sekali takut kalau tergelincir. Memanggggg seriau.





Masa kat sini, bajet nak naik tram. Tapi disebabkan pokok yang tumbang kat laluan masuk tadi, macam agak tergendala dan kami terpaksa tunggu. so, disebabkan semua malas nak tunggu, kami jalan kaki untuk kembali ke bas.



Dan ini yang menunggu.
















Bapak sayup! Aku tak kira berapa anak tangga. Tapi aku rasa lepas 3/4 jalan, dah terasa gigil peha sume. Penat! Penat sepenat-penatnya. Peeeeenaaaaattttt. Kau rasa penat sampai rasa nak muntah. Boleh bayangkan?

Oh, lepas tu balik. Haha.

Semedang on the way balik, aku call si dia siap2. B dah bengkak. Maka, kena jemput aku dengan membawa NaniNani bersama. Moral, kalau nak shopping (eh, tetiba) max boleh lupa daratan adalah 6 jam sahaja.


Sekian lah cerita buat masa ini. Daaaa..

Tuesday, June 01, 2010

Apa Kes La..


Time bajet2 macam blog ni nak kena tutup, tetiba ada plak benda nak diceritakan.. as if important la sangat.. haha..


Gigi Amir tercabut untuk pertama kalinya.. surprisingly mamat sorang ni tak nangis.. relaks je.. tapi Arif yang nampak muka risau sangat.. dia takut gigi dia plak tercabut next.. I was like, "relaks la dik.." haha.. tapi memang tak dapat nak buang rupa takut/risau dia tu.. berkerut-kerut dahi.. tinggal tak cebik-cebik je..



On the other note,


Nama adik sapa?
Arif (sila sebut dengan pelat R..)


Akhirnya.. haha.. when later I realised, oh my, I'm gonna miss "Alis" then..


Saturday, April 17, 2010

Budak Besar Boleh Kawen


Yeah, I heard that from Arif. Eeeii, belum 5 tahun dah cite pasal kawen-kawen.. sentap mak!


Adik budak besar ke budak kecik?

Alis budak kecik.

Budak besar umur berapa?

Mmm... mmm.. aaaa.. 300!


Fuh! Nasib tak 13.. kot 30 mak terima lagi :P

Monday, March 01, 2010

Transisi Seorang Arif

Nampaknya anak bujang kedua yang bakal mencecah usia 4 tahun 4 bulan sedikit masa lagi telah mengambil keputusan untuk minum susu dari mug / cawan.



"Ibu, nak susu milo.. Nak dalam cawan. Alis dah besar."



Tetapppp Alis.. sepanjang hari Ahad memang tak sentuh botol.. we'll see how it goes :)



Wonder when Azri nak diaperless pulak.. ngaaa..

Wednesday, January 20, 2010

Ada Apa Dengan Alis

Mengejutkan Arif untuk ke tadika adalah antara perkara yg menyeronokkan.

"Arif, bangun. Pegi sekolah."

"Alis tak boleh bangun. Alis sakit."

"Tak baik cakap macam tu. Sakit betul2 nanti baru tau."

Bila kita bukak lampu, sakit mata. Bila terlanggar pintu, sakit kepala. Ada lagi satu. Sakit lidah. Yang ni tak dapat dikenalpasti sebab musabab.

Latest tactic dia, pejam mata & buat bunyi berdengkur. Hee. Ikut sapa la ni.

Seronok la sangat kan. Kot ibu kau ni kejar time bersiap nak pi keje, confirm jadi simba tiap2 pagi.

Friday, November 06, 2009

Arif is 4 today

Tepat 9.33pagi ni, genaplah usia Arif yg ke-4 tahun.. Ampat tahun laa.. :D

Alhamdulillah.

Kami bercadang nak buat besday celebrationnya yg pertama.. beli kek, bagi dia chance potong-potong kek bagai.. as for hadiah, dia ada request heli.. tak agak-agak.. ngeeee..


Happy Birthday Husaini 2 :) Semoga segala yg terbaik berlaku dalam hidupmu.

Friday, May 22, 2009

Arif & Azri punya turn pulak

Masih berkisar tentang anak-anak saya yg down tanpa diketahui sebab musabab.

Malam tadi, dalam pkl 10pm, semedang tengah dok lap2 badan Arif yg kejap 37, kejap 38 darjah celcius, tetiba Zeri pulak muntah.. ya ALLAH.. apakah ini?

Menangis-nangis budak kecik ni.. kalau saya pun bley nangis gamaknya.. dengan kuar dari hidung berbagai.. I swore he was well that evening.. senyum-senyum, gelak-gelak jumpa abang Amir yg dah 2 hari dia tak jumpa.. dah bersihkan, tukar diaper sume.. dia start senyum2.. saya plak turun ke bawah utk dinner.. yeah, selera jugak turut hilang bila mana anak2 kurang sihat kan..


Dalam pada menyuap slow2 tu, Amir jerit dari bilik,

"Abah! Ibu! Zeri muntah lagi!!"


Dengar la budak kecik ni nangis2.. my other half dah berlari naik atas.. when I reached upstairs, dia masih menangis..

"Dia nak you yang.."


Maka bermula lah lagi sesi pujukan dalam bilik air..








----

Pagi tadi, saya lihat dua2 macam dah beransur pulih.. Saya fikir saya perlu ke ofis.. sementelah punch card record saya yang SANGAT TIDAK hensem bulan ni.. maklumlah, sejak 2 minggu lepas asik MC sbb bahu saya tu.. minggu ni, MC sbb Amir masuk wad.. seems like, saya cuma keje 3 hari seminggu sahaja..



Saya dah bersiap, berbaju kurung bila mana tiba2 badan Azri panas semula.. this cant be. my sons, my family is much more important than anything else.


Lantas saya capai handset dan SMS manager saya.. saya cuti lagi hari ni.. apa guna ke ofis kalau hati tak senang mengenangkan anak2 yg kurang sihat di rumah..

Saya + si dia jugak agak weng.. maklumlah, dok berjaga malam kan.. bagi ubat2 pada Arif yg timing ubatnya ada yg 6 jam sekali, 8 jam sekali dan 12 jam sekali.. Azri? saya cuba teruskan sesi penyusuan secara direct sepanjang malam (dan juga sepanjang hari ini) dengan harapan supaya apa saja yg mengganggu gugat sistem imun dalam badannya nyah dengan CEPAT!!




On the other note, is it sign for me to quit my job? Ha ha ha..

Thursday, May 21, 2009

:) dan :(

:) sebab Amir dah discharged.. alhamdulillah. Terima kasih atas wish kawan2 dalam posting yang lepas.. aku akan cuba reply satu-persatu apabila masa mengizinkan.. btw, k Ana,, anak2ku namanya mengikut alphabetical order.. hihihi.. means, Amir adalah abang, Arif adalah adik.. Zeri, mmg lah adik bongsu (utk masa ni).. sbb tu kalau #4 lelaki, jenuh la mak nak carik nama.. ahahahHAhahaha..

and, :( sebab, awal pagi tadi, Arif mengadu sakit kepala (which later doc kata signs of dehydration).. but still, dia gedik2 nak tengok Amir kat hospital.. makanya dalam lif hospital, selamat dia muntah sekali.. dalam bilik wad Amir, selamat muntah lagi sekali..

Tak tahan tengok dia muntah2, kitorang terus ke suite paed kat Ground Floor.. sekali tengok, klinik paed yg attend Arif masa dia dilahirkan bukak.. kitorang terjah terus la.. selamat dapat 5 jenis ubat sekaligus.. 

Lepas balik dari klinik tu, Arif muntah lagi.. huaaaa.. apa kes anak2 aku nii.. dengan Amir yg puncanya masih tidak diketahui.. sbb, kalau food poisoning, doc kata, 1st day muntah2.. 2nd day cirit birit.. but he wasnt. 

Arif? Baru berapa jam ni ha.. yg pelik, minum ciput je.. tp muntah yang keluar, macam 2-3 kali ganda.. last dia minum susu malam tadi around 11pm.. and till now, memang la tak minum apa sangat.. kitorang tengah bagi 100 plus utk flush apa yang patut.. Hopefully nothing serious.. walaupun way b4 that, dia ada kata nak duduk spital sbb ada cartoon network.. bley? Arif.. Arif..


Nota kaki: Terjojol jugak bijik mata tengok bil hospital Amir.. alhamdulillah ada insurans.. walaupun masih kena keluar duit, at least tidaklah begitu rasa terbeban.

Tuesday, April 07, 2009

Borak-borak

Beberapa hari lepas, saya terdengar perbualan antara Amir & Arif.. 


Adik, kenapa adik pakai pampers?

Eh, kenapa adik tak nak pakai spender macam Amir? (sempat rephrase.. bley?)

Sebab Alis kecik lagi.. Nanti Alis kencing..

Kencing je la kat tandas..

Rasanya lepas tu Arif senyap tak tau nak jawab apa.. ataupun mungkin mak dah lost in space..  :P 








And guess what? Malam tadi si abang terkencing atas tilam.. huargh!! Letih mak!

Monday, February 23, 2009

Berapa inci?


Agak2 kalau aku buat quiz -- berapa incikah muncung Arif, ada org nak participate? kah kah kah..

Ni le rupa dia merajuk tahap gaban last week.. Nak ikut aku sangat tengok baby, terkinja-kinja tinggalkan Amir.. dia plak tak berapa geng dengan Zeri.. so bila dah takde kawan.. muncung je la ajak balik.. 

Pictures credit to K Ida.. aku kan takdak camera :P



19 comments

Thursday, November 06, 2008

3 tahun la..


Hari ni hari jadi Arif Husaini.. Tepat 9.33 am tadi, dah 3 tahun dah kau dik..

I was menggali my own archive to see whether aku pernah post pasal journey aku ke labor room masa nak melahirkan dia.. tp takde.. seems like aku mmg cuti habis-habisan time tu.. maklum le.. tengah raya la katakan..

-- ketika post ini ditulis, aku masih meneruskan misi menggali --

Kesahnya, aku tulis setahun kemudian..

Sejujurnya, aku lupa nak wish dia pagi tadi.. My other half sibuk2 nak pi awal sbb dia nak bergegas ke Tanjung Malim.. Anyways, since malam tadi Amir & Zeri dok tertido kat umah makcik, we brought Arif to a restaurant utk sesi makan2 a-la early celebration.. tp dia tak makan pun.. sibuk mengulit fresh orange yg abah dia orderkan utk dia..

Apa pun, selamat hari jadi adik.. yes, yes, yes.. kitorang masih panggil dia adik.. Amir pun panggil dia adik jugak.. sometimes Arif, with silent R.. bley?

semoga panjang umur, murah rezeki & dalam rahmat ALLAH sampai bila2.. amiin..

Ibu sayang adik tau.. *muahs*

24 comments

Friday, October 31, 2008

Nose Bleed

Semenjak dua menjak ni, aku serius takde mood nak keje.. Rabu petang, aku pi booth hubby.. semalam, ingat nak menyibukkan diri dgn kawan2 seperjuangan kat puduraya, alih2 dapat call dari makcik kata hidung Arif berdarah dgn banyaknya..

Mak sangat cemas.



Mak terus google.. kalau lebih 15 minit darah tak berhenti, haruslah berjumpa doktor ye kawan2..

Kata pakcik Google lagi,

The most common causes are dryness (often caused by indoor heat in the winter) and nose picking. These two things work together--nose picking occurs more often when mucus in the nose is dry and crusty.

Other, less common, causes include injuries, colds, allergies or cocaine use. Children may stick small objects up the nose. Older people may have atherosclerosis ("hardening of the arteries"), infections, high blood pressure and blood clotting disorders, or they may be taking drugs like aspirin that interfere with blood clotting. The cause of nosebleeds often can't be determined.

Adakah nose bleed ini serious?

Most aren't. Most nosebleeds occur in the front part of the nose and stop in a few minutes.

A few nosebleeds stem from large vessels in the back of the nose. These nosebleeds can be dangerous. They may occur after an injury. This type of nosebleed is more common in the elderly and is often due to high blood pressure, atherosclerosis, daily aspirin use or bleeding disorders. Usually, the older the patient, the more serious the nosebleed.

You'll need to get medical attention if a nosebleed goes on for more than 15 minutes or if it occurs after an injury, such as a punch in the face, especially if you think you may have a broken nose. A nosebleed after a fall or car wreck could be a sign of internal bleeding.

Frequent nosebleeds may mean you have a more serious problem. For example, nosebleeds and bruising can be early signs of leukemia. Nosebleeds can also be a sign of blood clotting disorders and nasal tumors (cancerous and non-cancerous).

Ni link yg mak simpan dalam bookmark..

Walaupun begitu kata pakcik Google, sudahnya, hubby blah dari booth, dan aku pun balik umah jugakla kaedahnya..

Apa yg aku temui?

Arif yg sangat ceria.. macam takde pape.. tp time aku basuh baju dia, mmg merah la air tu.. tak tau la bpa banyak darah yg keluar sebenarnya.. idung dia tetiba berdarah masa tengah main2 dgn Amir..

Esok dah masuk bulan 11.. wargh, bulan yg tiada cuti umum langsung.. kah kah kah.. tak sabar nak tunggu bulan 12.. at least ada 3 kali public holidays, namely - Raya Haji, Krismas & Awal Muharam..

Sekian lah bebelan aku utk posting kali ini.. Selamat menyambut kedatangan bulan Zulkaedah & November..


15 comments

Friday, September 12, 2008

Muncung Sedepa

Pagi tadi, lepas Subuh, my other half terus shoot ke Pahang. I beg him to stay with me (utk menguruskan anak2) at least till 7am ke.. tapi dia telah memberikan ayat ini

"Kalau i pergi cepat, I settle cepat, kita boleh berbuka sama-sama.."

Since mak takley nak bayangkan camne gaya nak berbuka sorang2 ditemani dengan 3 Husaini itu, maka mak pun angguk la..

Kesahnya, 6.45am mak dah start kejut Amir & Arif.. Zeri tak payah okkay.. time aku mandi dia dah melalak kat depan pintu bilik air.. time aku nak solat subuh dia dah tersedu-sedu.. hik hik.. very the melekat! abis idung mata merah semua..

Paling challenging, nak mengejutkan Amir la..

"Mata Amir tak boleh bukak la bu.."

Argh! Malam tadi ibu suh tido cepat takmo.. nak jugak layan Kungfu Panda tu.. (see frens? aku dah start membebel pada pukul berapakah itu?)

Arif? Ha, mamat ni la punca tajuk posting kali ni.. muncungnya.. ya ALLAH!!! Time aku baru nak pegang dia nak kejut, tetiba dia bangun (sudahnya aku yg terkejut!) dan menyatakan ini..

"Alis taknak ibu! Alis nak abah!"

Huwaaaa.. abah takde la dik.. abah keje..

"Alis taknak ibu! Alis nak abah!"

Dia turun dari katil.. dok memperosokkan diri kat sudut dinding.. masa aku nak pujuk, tup2 dia berdiri.. terus turun bawah.. masa nak tutup pintu bilik, sempat lagi..

"Alis nak abah!"

sukati kau la dik..

Amir cooperate la sudahnya bila aku bagitau yg Zeri dah lama bangun.. kah kah kah.. mata + idung still merah tu.. hinsh.. macam pakai blusher! (aku pun takde pakai blusher2 ni.. tak nampak nyah!.. mak kan gelap!)

Dah settle sume.. kitorang anak beranak turun la beramai-ramai.. tengok2 si Arif dok tido lagi atas sofa bed.. tapi bila dia dengar kitorang bising2, dia pun bangun..

versi muncung masih ada hinggalah naik kereta adik aku, hinggalah nak turun kereta, hinggalah masuk lif, keluar lif, masuk umah makcik.. dan akhir sekali masa aku nak blah.. eee.. rasa nak geget je muncung tu!

masa aku nak blah, selalunya both Amir & Arif akan cium tangan + cium pipi ibu.. but this time, Amir je.. Arif? salam pun taknak.. uhuks.. apa la yg dia anti sangat dgn ibu ni..

so, sapa yg berkenan kat Arif tu, think twice.. kah kah kah.. merajuknya? ya rabbi.. tahap gaban okkay!

Time mood baik



19 comments

Tuesday, August 19, 2008

Alis dah besar

Malam tadi, ok la.. petang semalam, my 2nd hero - Arif Husaini (atau lebih dikenali sebagai Alis**) telah memutuskan untuk tidak lagi memakai diapers.

Alis dah besar. Alis nak pakai penda.. (thats spender, OK..)

Malam tadi, selamat la tilam tu dilapik dgn waterproof bed pad.. and this morning, turn out, tak basah pun.. wohooo.. first try ni.. pagi tadi lepas abah dia tanya, baru dia nak pi toilet..

Pagi tadi, sebelum pi umah makcik, kitorang insist dia pakai diaper, tapi sekali lagi dia jawab

Alis dah besar. Alis taknak pakai keposh.. Alis nak pakai penda..

Kitorang kesiankan makcik je.. bocor karang.. heeee.. kalau kat umah sendiri lain la cite kan..

So, sebelum gerak pi ofis, sekali lagi kitorang ingatkan dia.. bagitau tok kalau nak kencing.. pegi tandas (ye, anak bujangku Amir panggil toilet sebagai TANDAS.. skema tak?)..

Hopefully Arif diaperless terus lepas ni.. dan CD2 yg ada itu boleh ku concentrate kepada Zeri sahaja.. amiin..

**Alis adalah nama yg disebut oleh Arif kepada dirinya sendiri.. we, somehow tak tau kenapa dia tak sebut at least Alif ke, in case payah sangat nak sebut huruf "R" itu.. instead, it become like what it is..

20 comments

Monday, July 14, 2008

Kate Moss

Satu petang yang hening.. ke malam? sorry.. mak tak ingat.. Arif came to me..

/tepuk bahu dulu..
"Bu.."
"ye.."
"Nak Kate Moss.."

Ha? Kate Moss? Aku pandang the other half.. sejak bila plak anak aku kenal super model ni?

"Nak apa?" I asked again.. with higher pitch, of course.
"Nak Kate Moss"

Biar betul..

"Ibu tak paham la dik.. Kate Moss tu org tau.."

Dan2 dia ajak aku pi dapur.. bukak peti sejuk..
"Ni, Kate Moss.."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Serius, aku rasa macam nak kena heart-attack time tu!


23 comments

Wednesday, July 09, 2008

Sabar

I was weng last night due to selsema.. (please excuse my rojak-ness).. tapi telinga ni still bley tangkap conversation antara hubby & anak2 terunanya..

Amir : Abah, nak susu milo..
Hubby : Kejap ek.. 10 minit.. abah baru naik ni.. sabar ek..
Arif : Amit, sabar Mit..

// ewah, pandai plak si bertuah ni.. kalau dia yg mintak susu, tak nyempat2..

later.. i dont know how long.. but I heard this..

Amir : Abah.. dah sabar dah..
Hubby: Ye.. ye.. abah buat susu..

walaupun aku tak berapa larat, tapi aku serius nak tergelak dengar ayat Amir tu.. FYI, masa tengah bersabar tu, depa layan Lightning McQueen dan rakan2 kat laptop..


10 comments

Thursday, April 17, 2008

Menyelit dan tersepit

Nak cite apa ek?

Malam tadi, lepas dah angkut, pimpin, dukung Husaini bertiga naik atas, macam biasa la borak2 satu family dalam bilik tido tu.. Zeri yg tak paham apa2, buat2 la dengar macam paham.. heeeee..

"Malam ni Amir tido dgn abah.. dah laaama Amir tak tido dgn abah.." ni sora hubby OK..

Amir mmg tido dgn aku kat bawah.. since Zeri dah start tido lasak ni.. aku dgn Zeri conquer area lantai gitu.. Since Amir sayangkan Zeri lebih sket dari Arif.. so dia pun decide nak tido dgn ibu + adik Zeri kat bawah despite of dgn abah + Arif kat atas katil yg empuk gebu itu..

"Arif tido bawah dengan ibu.." - sora hubby lagi..

Dan2 je, si Arif terus turun katil.. "Bu, nak tido ibu.. nak tido Zeri.." sora sedih yaamat.. macam bunyi kena halau dgn abah je.. keh keh keh.. Terus la dia dok menyelit kat aku..

M A S A L A H N Y A,

Zeri tengah nyusu time tu.. sambil baring.. abis, apa kesnya si Arif dok kat tengah2 ni? Hinsh.. Mulut bising plak tu..

"Nak tido ibu.. nak tido ibu.."

Zeri plak dah start tendang2 abang dia tu.. keh keh keh.. aku tak tau nak kategorikan situasi aku tu camne, boleh?

"Yang.. panggil balik la adik ni.. camne plak gayanya Zeri nak nyusu ni.."

"Dik, meh la tido dgn abah.."

Tapi dia tak pi.. merajuk la tu.. Agaknya dah rasa sakit kena kaki si Zeri, dia pi pindah tido kat hujung kaki aku.. alahai.. siannya dia.. siannya..

"Dik.. meh la.. tido dgn abah.."

Pergh, berdezup dia bangun.. keh keh keh.. lepas abis session Zeri nyusu, ingat nak panggil Arif turun.. tp dia sudah tido..

Sudahnya the whole night, tiap kali bangun, Zeri mesti ntah kat mana2.. ruang dah luas.. seronok la dia guling2!


22 comments

Monday, January 28, 2008

Ngantuk tahap gaban


Pictures courtesy of kak chik -)

Malam tadi dok layan AJL satu hal.. lepas tu si Arif plak takmo tido.. sugar rush!

Actually belah petang tu, Arif tido.. (ni ala2 flashback okkay).. then Amir pun join.. Azri? sukati-sukati dia je la kan.. Hehe.. Sekali Arif kena terajang dengan Zeri, bangun la member.. nangis2.. so, abah pujuk bawak pi jalan-jalan..

Tak lama lepas tu, Amir bangun.. dia pandang keliling.. lepas tu, dia pi naik atas.. then slow2 duduk balik kat sofa bed..

"Bu, abah mana?" Sebak weh anak bujang aku ni.. mulut dia ketar2 tanya.. ngeh ngeh ngeh..

"Abah pi beli barang.."

"Adik?" Pergh.. serius sebak anak bujang aku ni.. tone sora pun dah lain..

"Aaa.. adik ikut abah.. tadi dia nangis2.. so, abah pujuk dia bawak pi jalan.. Amir jangan nangis ek.."

Pergh.. selamat dia tak nangis.. dia ni kalau nangis, harus diteran2 macam Ziana Zain!

So, aku SMS hubby - "Beli la apa yg patut untuk anak bujang sorang tu.. Cebik2 dok tanya abah + adik.. Hehe.."

Nasib baik bila hubby balik, dia belikan belon + pam macam yg dok janji sejak semalam.. Pandai je laki aku kelentong..

"Tadi abah kejut Amir.. tapi Amir tak nak bangun" cet! Hati mau jaga weh!

p/s: congratulations to all AJL winners.. korang mmg deserve it! Dan2 malam tadi jugak hubby pi download video clip Itu Kamu.. heh!

14 comments