Cari Something?

Monday, July 07, 2014

Tepung Talam Beras dan Bengkang Tepung Beras

Lanjutan dari post tentang kuih Buah Melaka aka Onde-Onde tempoh hari, yang benarnya time buat tu, tepung pulut memang tinggal sikit. Usik-usik MOH suh belikan lagi tapi since dia ada hal, kuih aku dah siap, baru tepung nya mari.


Masa kemas-kemas, ya rabbi. TEPUNG BERAS yang dibeli. TEPUNG BERAS memang dah jadi tukun kat rumah ni. LOL. So, semedang dah macam kedai jual tepung beras, aku pun google la apa-apa resipi yang menggunapakai tepung beras ni.

Terjumpa 2 resipi yang aku kira agak mudah untuk newbie macam aku. Aku cut & paste untuk mudahkan cara pada masa akan datang. Kredit aku letakkan as per recipe ya.

Gambar-gambar kat blog asal memang tebabom. Aku punya? Tunggu buat dulu. Hahaha.


Kuih Tepung Talam Beras Istimewa
Oleh: Azie Kitchen
(Dalam 10 orang makan)

Bahan Lapisan Bawah:
1 cawan tepung beras & tepung gandum (Masukkan 3 sb penuh tepung gandum ke dalam cawan dan penuhkan selebihnya dengan tepung beras)
2 cawan air gula - seperti di bawah
Secalit kapur

Bahan Air Gula:
158 gram gula merah - 4 ketul gula merah saiz kecil
 3 sudu besar gula putih
 2 cawan air
1 helai daun pandan

Bahan Lapisan Atas:
1 1/2 cawan santan - guna 1 kotak santan dicampur dgn air
1/3 cawan tepung beras - (2 1/2 sudu besar).
1/2 sk garam


Cara cara:
Masak semua bahan untuk membuat air gula sehingga mendidih, angkat dan sejukkan. Sukat sebanyak 2 cawan air gula.

Satukan bahan lapisan bawah iaitu 1 cawan tepung, 2 cawan air gula di atas dan sedikit air kapur. Tapis ke dalam loyang yang digris dengan sedikit minyak. Saya guna loyang 10" jadi kuih agak nipis.

Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Dikukus lapisan bawah selama 20 minit. Sekiranya ada air atas kukusan, hendaklah buka penutup pengukus dan kukus lagi selama beberapa minit atau dilap dengan tisu dapur. Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.

Satukan kesemua bahan lapisan atas sehingga sebati dan tapiskan. Kemudian tuang perlahan lahan ke atas bahan  bawah supaya tidak berbuih. Kukus selama 15 minit lagi.

Sama seperti tadi, lapkan lah dengan kitchen towel. Atau buka penutup pengukus dan kukus selama beberapa minit tanpa penutup bagi mengeringkan air di permukaan.

Sejukkan kuih ini terlebih dahulu sehingga benar benar sejuk sebelum dipotong. Potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.

---------------------------------------------------------------------------------

Resipi kedua aku ambil dari Fiza's Cooking.


BENGKANG TEPUNG BERAS
Sumber : periuktanah.blogspot.com


Bahan-bahan:

300 gm tepung beras
150 gm gula pasir
1 sudu teh garam
1000 ml santan daripada sebiji kelapa
4 helai daun pandan dikisar halus- ramas dengan 1/2 cawan air dan dapatkan patinya
sedikit pewarna hijau

Cara membuatnya:


  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan gaul dengan whisk hingga sebati. (boleh juga campur semua bahan di dalam mangkuk lain dan kemudian tapis ke dalam periuk agar tidak berketul) Hidupkan api sederhana dan kacau sentiasa.
  2. Apabila bancuhan mula berketul, perlahankan api dan terus mengacau hingga hampir pekat.
  3. Angkat dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak atau margerin dan ratakan.
  4. Bakar pada suhu 300 darjah celsius selama 30 minit atau bahagian atasnya keperangan.
  5. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Seeloknya, masak di waktu malam untuk hidangan pagi.



No comments: