Cari Something?

Loading...

Thursday, May 16, 2013

Update



Point form sajalah. Kena buat cepat2 sementara cik Nisa tidur. Dia tidur bukannya lama.



  • Arif hilang 2 batang gigi dalam masa 2 hari berturut-turut. Rongak atas bawah. Aku nak amik gambar buat kenangan, dia tak bagi.
  • Zeri demam belah malam dah 2 hari. Tapi dia taknak makan ubat. Lap-lap saja dah turun suhunya. First day siap kombo muntah-muntah. Semalam takde angin takde ribut, demam lagi.
  • Cik Nisa masih belum ada gigi. 
  • Isnin lepas blackout. Merasa earth hour 2 jam. Nak pulak time tu memang tengah panas. Fuh! Nak terkelepai tangan aku mengipas cik Nisa. Alhamdulillah 2 jam je hoi.
  • Next year budak darjah 3 kena sekolah petang. Wuwuwuwuwu. Ingatkan next year senang, dua-dua sekolah sama time. Keluar rumah sekali harung je. Kena extend la jawabnya.

Akhir kata, SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang bergelar cikgu, pensyarah, ustaz, ustazah, pendidik etc walau di mana jua anda berada. 



Monday, May 13, 2013

Online Groceries Shopping @ Matruncit.MY

Ni sampai kat rumah pagi Sabtu lepas.



Gatal tangan nak buat groceries shopping online kaedahnya. Nak layan TESCO online, belum cover lagi area rumah aku. Makanya, kita try MatRuncit.MY. Cover the whole Semenanjung Malaysia dengan minimum shipping fee @ RM5.00. Kalau beli barang lebih RM200, free shipping.


Cumanya, dah namanya hantar by pos, takde la kita order pagi ni, 2 jam lepas tu sampai. Macam order yang tiba Sabtu pagi ni, aku buat hari Khamis petang. Apa yang aku beli?


IndoCafe Refill Pack. Munchy's Lexus Choc, Munchy's (lagi) dan lagi. Anak2 aku suka makan biskut Marie Munchy's. Memang produk Munchy's yang dok ada dalam shopping cart. All in all, untuk produk yang sama, kalau dibanding-banding, aku dapat jimat dekat RM3 beli kat MatRuncit.MY banding beli kat tempat lain.


Banyak lagi brand kat MatRuncit. Ayam Brand ada, Milo ada, Lipton, BOH, Indocafe. Hup Seng. Banyaklah.


So, kalau korang nak try, boleh register kat sini. By the way, ehem, jika tuan puan masukkan email address  -- azelina@gmail.com dalam ruangan sponsor, tuan puan akan dapat voucher bernilai RM2 yang boleh digunapakai untuk shopping ataupun untuk offset sedikit shipping fee (kalau beli less than RM200).

Selamat membeli dan membelah dompet.

Friday, May 10, 2013

Mothers' Day or Mother's Day

It's the latter :)

So, Dah Jumaat semula.

Semalam anak bujang no2 ada subjek Seni. Balik-balik dia bawak kad Selamat Hari Ibu. Saya sayang ibu. Hiasan? Ultraman 3 ekor dok fire-fire. Hahaha. Apakah motif benarnya?


Aku segarang Ultraman? Aku suka fire macam Ultraman?


Kita tinggalkan bab kad Selamat Hari Ibu. Kita ke subjek seterusnya. Nisa. Ya, dia dah ada bunga-bunga nak merangkak. Tapi jaaaarang sangat dia tunjuk. Anyway, hari ni dia kurang sihat. Aku bajet gigi pertamanya nak menunjukkan diri. Banyak tidur. So not her. Padahal selalunya jaga 2 jam, tidur tak sampai 1/2 jam. Cer cite macam mana aku nak masak rendang macam ni? Eh.


Dia mungkin kena kerja hujung minggu ini. Makanya aku raikan Selamat Hari Ibu dengan anak-anak sajalah nampaknya.


Selamat Hari Ibu!