Cari Something?

Loading...

Monday, January 21, 2013

Cara Kurangkan/Buang Angin Dalam Badan

Update on March 17th, 2013. 
Since ramai benar yang datang kat link ni, aku decide nak update untuk proper viewing. Basically ada 5 cara aku kongsikan dalam post ini untuk kurangkan/buang angin dalam badan. Hope it helps you.

--------------------------------

Alhamdulillah. Hari ni dah beransur sihat. Semalam, seharian aku menahan angin dalam perut. Cari kat google "makan mangga angin" yang keluar, Makan angin di Padang Besar, beli mangga. Ini OK lagi. sekali keluar mangga online. -____-


Moral of the story, tak semua buah kau boleh makan sebelum MAKAN. Yahahahha. Bajet nak serap nutrien buah dulu la ni. Sekali salah pilih buah :P

Cara #1 - Try makan Gaviscon
Mintak tolong dia urutkan sebab aku ni susah nak sendawa etc. Bila dia picit aku, dia yang sendawa. Transfer kaedahnya. Tak kurang jugak. Aku belasah Gaviscon. Tak tau la relevan ke tidak, yang pasti kat botol dia tulis - safe untuk orang yang pregnant (which is I am not) dan orang yang tengah breastfeed (which is I am). Telan sesudu besar. 2 jam lepas tu baru nak ada effect sket. Kiranya sebelum tu dah tak jadik nak masak lunch, aku dah boleh la nak berdiri-diri settlekan ikan kembung potong cili bawang + air asam. Still, masih bersarang lagi angin dalam perut.


Told dia, this is the worst. Aku makan cempedak tak hengat sebelum bersalinkan Amir dulu pun tak macam ni penangan dia. Rasa macam tak boleh nak berdiri tegak.

Cara #2 - Halia & Madu
Menjelang Maghrib, aku belasah pulak petua lagi satu - tumbuk halia ntah-berapa-inci, rendam dalam air panas. Letak madu 2 sudu :P Tu diaaaaaa.. Tak tau la pedas sebab bekas tumbuk cili padi ka, pedas halia tu ka.. Eiii.. kalau boleh elak, nak elak aku minum! Tu pun ntah apa kes buat sampai setengah mug. 5 kali telan baru abis. Meremang tengkuk aku ingatkan. Hahahaha. Still, belum diizinkan untuk kurang angin.


Cara #3 - Teh Halia
Aku tak try pulak petua teh halia. Sebab, knowing myself, teh itself memang buat aku berangin. Hahaha. Tapi tak tau la apa effect kalau dah campur halia. Anyway, aku memang tak try petua ni.


Cara #4 - Urut betis
Tetiba aku teringat yang aku selalu urut betis Nisa kalau dia kembung. Aku pun apply la kat diri sendiri. Tapi, being susah nak sendawa etc, still aku rasa takde effect. Mintak tolong dia lagi, tu diaaa. sendawa, sendawa, sendawa.


Cara #5 - Sapu losyen panas (in my case - BioTrim)
Malam tadi aku tido dengan bau BioTrim serata bilik. Mana taknya, bawah lutut + betis aku lumur. Kat perut lagi. Time nak susukan Nisa, aku naikkan skirt tutup area perut. Pijar weh masa awal-awal tu. Kena kat budak kangggg..

Sepanjang kes berangin tu, aku berhaaaarap sangat Nisa tak dapat. Tapi dia meragam jugak la tengah-tengah malam tadi. Cuak sei. Aku paling seriau dengan budak kembung. Dia  punya nangis macam tak boleh nak dipujuk-pujuk.


Anyway, tak tau la usaha yang mana berkesan, I am thankful that I am well today. Lesson learnt - JANGAN MAKAN MANGGA SEBELUM MAKAN. Thank you.

3 homo sapiens said something:

lia said...

adoyaiii kak... sy tau apa akak rasa sbb masa dlm pantang, saya bantai teh o boleh sy angin satu badan... Alhmdlh anak dara ok, legaaa sbb kalau dia kembung lg naya... end up mak paksa telan halia+lada hitam rebus... ok la sikit lepas 2...

cysev3n said...

lia,
lada hitam xde kat rumah. boleh? haha

june mohd said...

Seksa kan kalau kena serangan angin dalam badan?huhu...tengok member salah minum teh terus sendawa non stop huhu