Cari Something?

Sunday, March 05, 2017

Selamat Hari Jadi Pokok Serai!

Hohoho. 6/3/2017 genap setahun pokok serai ni ditanam kat belakang rumah. Malangnya gambar masa awal-awal tanam dah entah kat mana. Makanya, tengok sajalah gambar yang diambil masa 22/1/2017 yang lepas.


Dah tuai quite a few times jugak. Serai memang senang idup uols. Makanya tanamlah. Hahaha.

Wednesday, March 01, 2017

Pengalaman ke Klinik Kerajaan

Sedar tak sedar dah masuk bulan 3 tahun 2017 ni. Banyak benda nak tulis sampai tak tau nak start kat mana.

Anyway, I gave birth to another baby on Nov 16th 2016.  Masa dia 2 bulan hari tu, ada masalah nak dapatkan vac 5 serangkai yang tak campur dengan Hep B. Merata klinik aku call, siap ada yang suh datang on the same day with a price of RM200. Tu dia aih. Klinik last yang aku call, mencadangkan supaya aku ke klinik kerajaan.  Terima kasih banyak-banyak atas cadangan. Makanya aku terus google no fon klinik kerajaan yang terdekat.


To cut it short, aku dapat contact salah satu KKIA ni. Aku nak tau bilanya hari untuk vac. Sudahnya diorang bagi appointment terus suh datang minggu depannya. Hahaha. Terkejut mak.

Untuk 2nd timer ke KKIA, (before this aku pernah pergi masa pantang anak 1st kat Port Dickson), aku masih tercengang-cengang. Haha. Dasar betul la. Pi kaunter, diorang amikkan nombor. Then tunggulah kat tempat yang disediakan.


Tak lama pun tunggunya, no aku kena panggil. Memandangkan ni first time datang menyerah, banyak la soalan yang aku kena jawab. Then pindah bilik lain untuk jab, then pi lagi satu bilik untuk jumpa doc. Gedebuk gedebak sejam je. KUDOS klinik kerajaan! Oh, jangan lupa ya, FREE untuk rawatan bawah setahun.

Makanya untuk yang masih berkira-kira nak pi KKIA ni, bolehla try. Pengalaman aku pergi takat dah 2 kali ni, cantik-cantik aje. Kalau tak tau, tanya.  Looking forward untuk next appointment.


Daaa..

Wednesday, June 08, 2016

FreeMarket aka Pasar Percuma

Beberapa Sabtu lepas, bertempat di Bandar Seri Putra, julung-julung kalinya aku menceburkan diri dalam arena FreeMarket. Itupun join dengan kawan-kawan sekolah. Belum sampai seru nak gerak lone ranger.

Sebab last minute punya decision, sudahnya aku angkut bebeberapa pasang baju melayu Johor style. Ada 3 orang hero kan. Maka haruslah setiap kaler ada 3 pasang saiz yang berbeza. Ada oren, hijau lumut, coklat, biru turqoise dan juga kaler yang tidak dapat dinyatakan sebab aku buta nama kaler tersebut.

Sempat jugak rembat 3-4 helai gaun gymboree anak-anak dara.

Kawan-kawan yang lain bawak baju kurung lawa-lawa, baju budak-budak esp untuk girls, buku, seluar slack dan tak lupa juga baju-baju, seluar, kain tudung sekolah. Meriah OK.

Event started around 9.00am. Para VIP ie anak-anak yatim & ibu tunggal dapat priority ambil dulu. Later baru bukak untuk public.

Sambil mak-mak jaga barang, budak-budak boleh layan archery atau giant bubbles. Lunch or maybe brunch, sebab makan sebelum 11am. Lauk kambing OK. Terima kasih untuk organiser dan yang menyumbang makanan sedap.

Aku boleh katakan ni pengalaman pertama yang awesome. Ada rezeki masa & kesihatan, boleh join lagi pada masa depan, insyaALLAH.

Anyway, dah terlanjur cerita tentang FreeMarket, untuk yang berminat boleh usha poster bawah ni. Semoga bermanfaat!


Friday, June 03, 2016

New Addition to the Family

Hai Hai Hai. Lama tak jumpa kan? Alhamdulillah masih bernafas hingga ke saat ini.

Ada benda nak share ni...







Meet Happy. our new addition to the family. 8 months old. A great lipas catcher. Boleh katakan sejak dia ada, keluar je pintu rumah, bersepah lipas mati. Yang cukup sifat ada, yang berkecai pun boleh tahan.

Masa kenduri tempoh hari, sakan jugaklah cari hotel mana nak letakkan si hitam ni. Google, google, akhirnya berjodoh dengan Permata Pet House. Aku terjumpa iklan kat mudah. RM15 sehari jika owner bawa makanan. Pastu baca review orang yang pernah hantar pun OK, apa lagi.. ke situlah kitorang.

Time hantar tu, kami berpeluang main dengan beberapa ekor kucing owner pet house. Semua stok bulu karpet. Kira kalau aku ni Happy, mau down tengok kawan-kawan lain. Haha.

To cut the story short, dah quite a few times juga kami hantar ke situ. In fact, dah siap booking untuk transitkan Happy time raya nanti. Korang yang ada anak bulu dah booking ke?

Till then.

Wednesday, February 17, 2016

Makhluk Ciptaan ALLAH yang Comel

Post Kedua tahun 2016 :)

1. Weekend lepas, parents aku datang KL. Nak jadikan cerita, on Sunday, diorang balik ke kampung belah mak aku kat Jelebu. Tengok baruh yang baru lepas dibersihkan. Terkenang masa zaman aku kecik-kecik dulu pungut buah kat situ. Sekarang, banyak yang dah takde. Kampung tinggal, takde sapa yang jaga. Cumanya sekarang, kat rumah arwah mak long aku, dah ada orang sewa. So, pakcik dengan mak nego la dengan penyewa tu untuk tolong tengok-tengokkan baruh. Tak jauh pun, seberang jalan je.

2. Merasa la aku cabut-cabut rumput manja kat situ. Budak-budak semua tinggal dengan abah diorang. So aku free as a bird la kaedahnya. Hahahahaha. Abah dengan adik aku beria-ia tarik pokok rotan yang dok menjalar kat pokok-pokok lain. Sekali, tu diaa.. tercampak makhluk ALLAH ni kat atas tanah.

Nampak?





3.Elok je dia tergolek. Alhamdulillah, sarang still intact. Abah sangkutkan kat pagar mana yang ada tu, pastu letak si comel ni kat dalam. Rasanya memang dia sekor je penghuni dalam tu. Hopefully dia OK.



OKlah. Takat ni je larat nak taip. Till then.