Cari Something?

Khamis, Julai 31, 2008

Padan muka

"Siti*, makcik nak habaq ni.. pkl 3petang tadi susu dah abis. Makcik dok layan dia makan biskut cicah air sampai hang balik ni.."
Tu dia.. anak ibu.. dah makin besar, dah makan, minum banyak jugak.. Berpeluh OK?

Pasalnya all this while Zeri minum 2 X 4oz ja.. sekali la ni mau up 3 botol.. My fault, all this while aku dah comfort dgn amount tu, so aku pam dapat banyak tu jugak la.. 1 bagi makcik, 1 lagi frozenkan.. padan muka aku.. la ni dia dah minum 3, harus la aku dapat 3 jugak dan lebih.. Baru la dapat nak buat stok.. betul tak kawan-kawan? BETULLLLL.. sekali lagi, padan muka aku..

So, sejak awal minggu ni, aku baru tergerak nak makan halba la.. minum Milkmaid Tea la.. increase pumping session.. tp hasilnya, mmg la sedih.. despite of increased session, aku still dapat collect 2 botol jugak.. tu pun dah campur pump bila dah balik umah.. Eeee.. syahdu ooOooo tengok stock makin menyusut.. topupnya tarak!

Masa ni la aku pi browse balik posting2 yg inspiring kat SI, especially dari workingmum.. fuh.. Masuk minggu kedua baru nampak hasil.. makanya aku yg baru 2-3 hari ni, jangan la gedik nak patah semangat berbagai, OK?

Relaks Yan.. kalau kau masih belum dapat up ke production 3 botol sehari, kau still ada 20 hari+ utk mencuba.. Jangan stress. Kuatkan semangat. Nak master tak? Kalau nak, kerja keras sket..

/jangan org kata aku weng dah la.. cakap dgn diri sendiri..

/*Siti adalah nama aku pada makcik.. Dia tak tau nama sebenar aku sampai sekarang, despite of dah 4tahun + dia jaga anak2 aku..

14 comments

Tiada ulasan: