Cari Something?

Monday, November 03, 2008

Weekend in November

Jumaat lepas, setelah selesai sesi berkunjung ke TH, mak pun gesa-gesa la keluar kan.. tup2 colleague mak, cik Atie (atau lebih dikenali sebagai cik Ti kepada Husaini bertiga) telah melambai2 pada aku.. seraya aku pun stop la kat tempat dia melambai..

Kesahnya ada org jual CD Upin & Ipin..



apa lagi, terbang la sejumlah RM utk membeli CD2 itu..

Jadi, sepanjang 2 hari ini, mak sangat letih kerana PC di bilik kami di atas dan TV di bawah, asik menayangkan Upin & Ipin.. nak tengok Melodi pun tak dapat nyah!

Tak sudah terngiang-ngiang kat telinga mak ni sora si Ipin (actually sama je sora Upin & Ipin) "Betul Betul Betul" ya ampun..

Anyways, disebabkan penangan ke KLCC time hubby bukak booth hari tu, (FYI, kitorang mmg jarang jejak kaki kat sini sebenarnya.. boleh kira dengan sebelah tangan je pun..) my other half berhasrat utk membawa anak2 ke Aquaria..

Tak pasti la sebab apa, tapi Amir & Arif sibuk nak balik.. rimas kot.. ramai bebenar umat.. rombongan budak sekolah je ada 3-4 buah sekolah kot.. yg diorang excited pun tengok Nemo.. kah kah kah.. punya la besar Arapaima Gigas, stingray, yu berbagai.. tp Nemo yg kecik tu jugak menarik perhatian diorang.. sabar je kan..

Sudahnya masa kat Gift Shop, Zeri yg gedik2 terpa kat Nemo.. kitorang bagi macam2.. tp Nemo yg dipeluk tak hengat.. Amir & Arif decide nak bola yg berjurai2 tu.. apa ke namanya ntah..

Later, kami menjalankan sesi berjalan-jalan di taman.. tp sekejap je.. tak larat nak kejar diorang.. ibu & abah tak fit OK.

Zeri peluk Nemo



13 comments

No comments: