Cari Something?

Saturday, January 24, 2009

Tag yang Keji

I've been tagged by Mrs Noba.. yang telah ditag oleh Ms Lola yg aku percaya pemula tag ini.. wah, kawan2 aku dah jadik pelopor tag nowdays.. Kellass nyah!

Mengikut prosa Mrs Noba, keji di sini bermaksud 

apa benda yg zaman dolu2 yg pernah ko buat dan bila skang ni ko ingat2 balik membuatkan ko amat malu/geli mengenangkannya.

Lama jugak dok pikir, apakah benda2 keji yg pernah aku buat zaman2 silam.. pasal I dont have so many friends to geng with utk membuat benda2 keji secara berkumpulan.. Budak baik yang sangat low profile.. *shrug* nak muntah aku baca.. kah kah kah..


Anyways, here goes..

Kekejian #1
Dalam pada mengaku budak baik tu, aku termasuk dalam kumpulan yg memecah masuk lab Biologi semata-mata nak tengok apakah hint2 ujian trial experiment SPM.. percubaan tak berapa berjaya sebab technician lab dah letakkan rangka manusia kat pintu masuk lab.. (somehow aku lupa nama menatang ni.. I believe kitorang ada panggil dia something..) sume orang dok pakat lari lintang pukang sebab terkezut tahap gaban! kalau tak silap, time tu pun malam Jumaat.. ngengggg...


Kekejian #2
I have a very bad lowtone.. very very bad.. oklah, actually I'm worst @ singing.. Tp dalam pada kegilaan remaja terhadap KRU back in 1992, 1993 gitu.. aku tak terlepas mengumpul duit untuk membeli Walkman kat The Mall.. dan tentulah ada jugak proses pengumpulan duit utk membeli kaset KRU kan? Aku masih ingat betapa buruknya suara aku nyanyi lagu Janji Tinggal Janji.. Permulaan lagu tu kan sangat low tone.. 


Kekejian #3
masih berkisar tentang penyumbangan suara. Tapi kali ni berduet dengan Leen.. kitorang memekak dalam kelas prep malam nyanyi lagu Gemuruh. Tak pasti plak sapa yg perasan jadik Awie.. sapa yg perasan jadik Amy Search :P 


Kekejian #4
Konon2 aku ni antara penulis nota yg efisien.. satu hari, dalam kelas Sains, lepas buat eksperimen penentuan kelas darah, aku tak sempat nak tulis nota.. so, dalam ntah berapa line tu, aku tulis besar2 -- aku darah kumpulan B.. konon2 as a space utk nota yg sebenar.. satu hari, cikgu panggil aku.. nak pinjam buku nota aku untuk diberi kepada seorang pemain tenis sekolah sbb cik pemain ni dah tertinggal kelas kan.. sekali cikgu announce, 

Kelasss.. saya pinjam buku (sila masukkan nama aku) sbb nak bagi A baca.. tp dia tulis "Aku darah kumpulan B" je? 

Only then I knew, masa preggykan Amir, yg sebenarnya aku darah kumpulan A.. sengal punya eksperimen! 


Kekejian #5
Beg yg dihasilkan dalam kelas Kemahiran Hidup, bukan aku yg buat.. sebab aku mmg kayu tahap max nak gunakan mesit jahit.. uhuks.. kalau kena siapkan jugak2 dalam kelas, tak tau la apa rupa kesudahannya..


Kekejian #6
Ketika zaman keghairahan kegilaan terhadap IRC, aku dan kawan2 selalu jugak layan chatting ni.. dan part yg paling best mengantoikan nick org yg rupa2nya chatting dalam bilik komputer yg sama.. korang bayangkan aku tengah chatting dengan B, then kawan aku C pi round2 dalam bilik tu semata-mata nak tengok siapakah B.. lepas tu, bila dah dapat kenalpasti, mula la buat ayat2 ntah pape semata-mata nak tengok reaction B.. 




Ahh.. banyak pulak benda2 keji ni.. cukup2 la ye?


Nanti aku pikir sapa nak kena tag.. kalau bley takmo tag org yg dah kena tag.. cik Iszan, sila jangan merajuk dengan aku, OK? 


12 comments

No comments: