Cari Something?

Isnin, Februari 23, 2009

19

Aku serius nyaris terlupa hari ni ulang bulan Zeri yg ke-19.. ha ha ha.. tengok calendar, macam ada sesuatu.. tp tak tau apa ke benda.. 



He's 19 months today and still on EBM. Alhamdulillah.. 

Cerita pasal EBM, aih.. sejak dua menjak ni, aku nak cukupkan 8oz pun berchenta.. biasanya mmg kena double pumping la dengan Zeri.. untung sabut, dapat 4oz.. untung batu, 1oz.. ha ha ha ha.. gelak je la kan.. koser nak stress2..

Alhamdulillah he's OK with menyusu sambil ditemani pump.. cuma aku budget dia tak selesa jugak la bila botol Avent yg 4oz tu mengena perut dia yg gebu, bulat & comel itu.. dan biasanya time2 tu dia akan buat jelingan manja pada pump tu.. nasib dia tak terajang, dah cukup baik la pada aku.. 

La la la la la lalalalala.. just another 5 months Zeri!! sket je lagi.. sketttttttt je lagii..


Zeri, gambar diambil di tempat yg sama di mana abangnya Arif sedang merajuk.. 
once again, photo credits to k Ida..




14 comments

Tiada ulasan: