Cari Something?

Selasa, Februari 10, 2009

Siakap Stim

Last week, my other half bawak balik 2 ekor ikan siakap.. dia jugak la yg bersihkan.. kah kah kah.. walaupun tak terlangkup macam ikan keli ka.. ikan apa2 la yg cik Iszan dok sebut dalam postingnya baru2 ni.. tetaplah my other half yg bersihkan..

berkerut-kerut dahi aku dok ingat resepi yg MIL dok buat.. yg aku ingat 2 benda je.. aci?

resepi kat internet, bahan2 yg diorang guna extravaganza sangat.. aku ni kan masak basic2 je reti..

Cukup-cukup la membebel kan.. so, ni bahan-bahan yg aku guna

Benda untuk diricih
serai 2 batang
bawang putih 2 ulas
cili padi ikut kepedasan..
halia

Benda untuk diperah
3 biji limau kasturi :P

Benda untuk dipotong/dikerat
sebiji carrot
kobis bunga..

/kira aku masak 2-3 benda dalam satu.. lauk ada, sayur pun ada.. gitu..

Cara masak..

  1. Lumurkan ikan siakap tadi dengan planta, garam & sos tiram.. lumur2.. lumur2.. golek2 dalam loyang yg nak diguna time kukus..

  2. Lepas tu, aku tabur je sume benda yg aku ricih tadi..

  3. then aku siram dengan jus limau.. 

  4. last sekali aku tabur plak carrot & kobis bunga tu..  letak gula sket..

letak dalam kukus yg dah panas airnya.. lepas 15 minit kot, ready utk dimakan..



Verdict? suh tambah sayur lagi.. nak ratah tak cukup! Tapi conclusionnya, bley la aku masak lagi.. sbb takat campak2 tu, aku mmg terer :P

Nota kaki: Lupa plak nak bagitau.. hasil siakap ini rasanya masam & pedas.. tak sampai 3 rasa pun.. aku gagal utk identify rasa yg 1 lagi :P


14 comments

Tiada ulasan: