Cari Something?

Tuesday, March 31, 2009

Impak Earth Hour

Kepada cik Jua, saya ada amik gamba, tp tak tau la bilanya dapat nak tempek kat blog ni..


Dipetik dari Berita Harian

Guna tenaga jatuh 550MW semasa Earth Hour



KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerima kenyataan bahawa kempen "Earth Hour" bertujuan baik walaupun penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang berkuasa 40 watt setiap satu.

"Sementara penurunan kecil dalam permintaan akan menyebabkan sedikit kekurangan dalam hasil, kami menerima kenyataan bahawa kempen itu mempunyai tujuan yang baik," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, semasa tempoh sejam inisiatif pemeliharaan tenaga dari 8.30 malam hingga 9.30 malam Sabtu lalu, kakitangan TNB sentiasa berwaspada terhadap sebarang masalah operasi.

"Semuanya berjalan lancar dan kami mampu memberikan reaksi kepada permintaan yang sedikit rendah tanpa menimbulkan gangguan dalam operasi," katanya.

Che Khalib berkata, TNB tidak menyangka dengan sokongan dan penghargaan yang ditunjukkan oleh kebanyakan pelanggan terhadap kempen yang disertai masyarakat di seluruh dunia.

"Permintaan memuncak begitu cepat pada jam 9.30 malam mengikut pola permintaan yang biasa pada petang Sabtu," katanya. - Bernama


Nota kaki: Ayat "menerima kenyataan" tu macam pasrah je.. 


8 comments

No comments: