Dah masuk bulan baru. Bulan 4. 1/3 tahun. Takde public hols. Hahaha. Selamat la tunggu sampai 1st May ya.
Alhamdulillah, dapat balik ke JB hari Jumaat lepas. 3.30pm gitu dapat gerak. 9pm+ baru terpacak depan gate rumah parents. Berapa kali stop ntah, aku pun tak ingat. Hahaha. Biasa le gerabak dah panjang camni. Dulu-dulu time berdua je, 2.5hours boleh sampai. Pastu up sket jadi 3jam.. Pastu up lagi 4jam.. Sekarang? sendiri kira.
Rekodlah kali ini sebab tak ke mana. Memang perap dalam rumah je. Cadang nak pi Jusco Taman U pun kensel. Mujur budak2 tak ungkit. Aku la yang tak larat. Nisa ni batuk semula. Dah kebah 2-3 hari, start balik. Aku suspect sebab aku minum ais -____-. Air sejuk takpe, jangan ada AIS.
Merasa la kau.. dengar dia nangis-nangis time batuk. Selalunya time nak tidur tu la makin menjadi-jadi. Mintak la cepat baik. Keluar hingus pun tak kesah punya asalkan jangan tersimpan kat dalam. One thing, bila dia tak selesa, dia suka melentik-lentikkan badan. Badan boleh tahan semangat. Aku takut nau terlepas sebab dia menggeliat & melentik tu boleh tahan hard core.
Mujur dalam perjalanan balik semalam reda sket batuknya.
Semoga cepat sembuh Nisa. Dan jugak untuk anak-anak di luar sana yang sedang kurang sihat.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
4 days ago
2 comments:
cepat sembuh yer Nisa..bila pun tatau la nak leh tengok Nisa ni..heheh.. nani pun tengok di alam maya jer..
linda,
thank you for your doa. orenda takmo buat gathering dah. haha
Post a Comment