Cari Something?

Selasa, Julai 02, 2013

Bagaimanakah Nak Mula Tulis Blog

yang aku dah sawangkan entah berapa lama ni. Himpunan doa-doa yang terpampang tu semuanya schedule post. Itupun dah nak habis. Semedang button TAB & CTRL aku dah tercabut ni, bercintanya nak update blog.

Where do I start?

Well, kenduri belah lelaki aka adik aku dah selamat berlangsung 22/6 hari tu. Terima kasih kepada kawan-kawan twitter (yang dulunya kawan-kawan blog) yang datang memeriahkan majlis. Maaf kalau aku tak dapat nak sembang panjang. Jadi drebar keretapi 5 gerabak camnilah. Hahahaha.

Malam sebelum kenduri, aku kerjakan ini. Untuk dibagi-bagi pada tetamu belah sana kebanyakannya.

60 biji je pun. 

Gambar pengantin takde. Kahkahkah. Ada amik, tapi biasalah, bukan kamera sendiri. Kami satu family sedondon hijau hari tu. Yang perempuan pakai tudung color blocking pink somemore. Mak aku tak join. Dia  pakai earth color kaedahnya.


Ni sesambil tulis blog ni, aku tengah tunggu biskut dahlia sejuk. Sakan je dengarnya kan. Padahal nak bagi orang yo. Cupcake yang ada anak-anak makan, maka kenalah kita ganti dengan benda lain.


Anyway, puasa seminggu lagi, insya-ALLAH, dah abis ganti puasa tahun lepas? Heeeee.


Akhir kata, aku sudahi tulisan ini dengan...













Muka budak baru 10 bulan. Cepatlah jalan dik. Time raya ibu tak payah dukung sangat, OK?

1 ulasan:

Has berkata...

Has gigih ganti pose ni..kena buat straight!! dah mcm pose awal seminggu dari org dah ni.. ahaha