Cari Something?

Isnin, September 23, 2013

Satu Jam di Taman Tasik Titiwangsa

Semalam kami sekeluarga telah berjaya menjejakkan kaki ke Taman Tasik Titiwangsa.

Tu dia.. sejam je pun. Hahaha. Tu pun termasuk time makan aiskrim. Berjayalah kami bertujuh mengelilingi tasik disulami beberapa pitstop.

Anyway, sebelum pergi baru nak kalut cari kasut-kasut lama untuk Nisa tak jumpa, asal jumpa je tinggal sebelah. Apakah? Makanya aku dan dia gilir-gilir dukung cik adik tu. Tapi aku dukung guna sling. Kahkahkah. Ngelat. Tak daya aku nak dukung. Mau tanggal lengan kiri aku ni kang..

Ramai jugak umat manusia kat sana. Kami je la pakat2 baru first time pergi. Enjoyla gambar. Memang aku la tukang amik, sebab aku yang sokmo di kedudukan paling last dalam ramai-ramai. Hnsh. Hnsh.

Dah 7 tahun kot kasut ni tak guna. Mujur la kaki tak kembang sangat.


Berhenti minum untuk kali yang entah ke berapa.

Kesayangan(s).



1 ulasan:

lia berkata...

Apa kabar anak dara akak yg berdua 2... Lama xdgr cerita...