Cari Something?

Monday, November 18, 2013

Arissa Hannani is 4

Alhamdulillah, anak dara yang sulung dah cecah 4 tahun hari ni. Means, hampir 4 tahun jugaklah aku jadi SAHM.


Dari pagi dok tanya bila nak buat kek dia. Sabar ye anak bertuah, petang-petang nanti ibu kerjakan, insya-ALLAH. Abang-abang request Red Velvet on behalf. Banyak cantik, time korang boleh je pilih sendiri. Sudahnya seperti yang boleh diagak, NaniNani mintak choc cheese cupcake. Yay! Sukanyaaa aku.


Ibu doakan Arissa Hannani (dia bahasakan diri dia Aca) membesar jadi anak yang solehah. Taat pada perintah ALLAH dan ajaran Rasulullah SAW. Taat pada ibu dengan abah. Takmo gaduh-gaduh sangat dengan abang-abang. Jadi kakak yang paling best untuk Nisa. Ibu saaaayang Ca.


3 comments:

lia said...

hepi besday Aca... acik lia aminkan doa ibu awak, itu jer hadiah yg mampu acik bagi...

Zety Zin said...

Happy belated birthday Nani Nani!

Semoga termakbul segala doa ibu :)

cysev3n said...

thank you aunties :)