Aku salah seorang mangsa.
Recently sejak dah bergigi, makin menjadi-jadi cik Nisa punya aktiviti mengetap. Tapi kali ni siap jadi infection pulak.
Mastitis namanya. Sakit. Sangat. Pada. Aku.
Pagi semalam, badan dah rasa tak best. Kaki dah sejuk-sejuk. Lepas anak bujang balik dari KAFA, terus pi klinik. Syukurlah klinik yang kitorang biasa pergi tu, time tu doc perempuan on duty. Kalau tak, haruslah kita ke klinik lain pula.
Doc kata benda ni biasa kena untuk ibu-ibu yang sedang susukan bayi 3 bulan ke bawah.
Yaaa doc. Anak saya dah setahun+.
Sekarang ni, selagi ibu tu menyusukan anak, chances untuk kena memang ada walaupun anak tu dah 3-4 tahun. Amik kau.
Puan kerja?
Tak.
Kalau kerja memang kita kena bagi MC.
Hahahahaha. Meh la MC tu doc. Saya nak framekan. LOL
Anyway, aku tak pernah kena mastitis ni. Bengkak susu tu aku rasa normal untuk perempuan-perempuan yang baru lepas bersalin. 2-3 hari lepas bersalin biasanya.
So, I am on antibiotics now. Doakan aku cepat sihat dan boleh berbakti semula kepada keluarga. Sebab antara remedynya adalah bed rested. Lepak baring-baring katanya :)
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
1 hour ago
No comments:
Post a Comment