Cuti sekolah baru sahaja bermula. Tapi untuk anak-anak aku, dah mula lebih awal. Setakat Rabu minggu lepas, kelas-kelas darjah lain pun dah mula combine sebab ramai sangat tak datang. Makanya masa hari keputusan UPSR diumumkan tu, kami dah gerak balik kampung.
Tapi tak lama la. Ahad dah balik semula ke KL sebab anakanda istimewa kami ada ujian dari Isnin sampai Rabu. Ya, macam yang aku pernah mention, cutinya tak sama macam abang-abang. The thing is, dia pandai mintak taknak pergi sekolah kalau tengok abang-abang ada kat rumah. So, semedang dia tengah exam ni, kena la mintak abang-abang nyorok kat mana-mana bilik. As if diorang kat sekolah. Lepas Zeri dah pergi, baru boleh keluar bilik. Thank you Amir & Arif.
Jadual cuti sekolah kali ni -- nak bawak anak-anak pergi jalan-jalan di Cameron Highlands (lagi.....) then attend kenduri kahwin MakCu diorang di Port Dickson. Then, bagi chance lepak kejap sebelum Amir dan Arif disunatkan. Aku cakap sapa tak nangis, dia HERO. Hahaha. We'll see. We'll see.
Then balance cuti sekolah tu, tengoklah kalau dapat diselitkan untuk balik ke JB ke? Ni je la time yang ada kalau nak berlama-lama. Bak kata Arif, kalau setakat balik 3 hari, penat duduk dalam kereta pun tak hilang lagi dah nak kena balik. Statement... macam dia yang drive!
Cari Something?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment