SIMS aka Skim Insurans Murid Sekolah SPAD ni skim perlindungan insurans kemalanagan berkelompok takaful untuk pelajar sekolah dari pra sampailah ke Tingkatan 6 yang bersekolah di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran DAN menaiki bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Semenanjung dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah & Sarawak.
Yang penting, perlindungan ini tiada bayaran premium tahunan. Skim ni ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Apakah perlindungannya?
jika terjadi kemalangan yang melibatkan kematian dan kecederaan semasa naik bas sekolah
perlindungan meliputi perjalanan menaiki bas sekolah untuk aktiviti-aktiviti luar -- rombongan, lawatan sambil belajar dan sebarang kurikulum yang disahkan oleh pihak sekolah.
Kat mana nak daftar ni?
Boleh layari http://www.spad.gov.my/sbcs/registration . Daftar sekali je ok.
Boleh klik untuk besarkan. Silalah..
Macam mana nak semak status bas sekolah anak saya?
Pergi ke laman web http://www.spad.gov.my/sbcs atau muat turun aplikasi pintar mySPAD - ada untuk iOS dan Android.
Yang bestnya, siap ada senarai pengusaha bas yang berdaftar siap dengan no telefon lagi. Klik sini -- http://www.spad.gov.my/sbcs/search/bus/7935 Just pilih negeri dan daerah and tadaaaaa. .Senarai adalah tepat sehingga 13 Januari 2014.
No comments:
Post a Comment