Cari Something?

Wednesday, June 25, 2014

Gangguan Bekalan Air TIDAK BERJADUAL di Wilayah Gombak

Nampak tak? Nampak tak perkataan TIDAK BERJADUAL tu?

Dah beberapa hari aku perasan time nak dekat-dekat Maghrib, air slow sangat. Syukur malam ni siap masak dan makan sebelum Maghrib sebab nak basuh pinggan cepat-cepat. LOL.


Salah satu hari yang takde air tu, kesannya ada kerja-kerja pembaikan paip. Hari ni, malam ni takde air, rupa-rupanya..


Tadaaaaa..

Untuk makluman, masalah gangguan di kawasan tuan/puan adalah disebabkan oleh kekurangan air mentah dari Sungai Selangor yang menyebabkan pengeluaran air terawat di loji SSP3 terpaksa dikurangkan. Situasi ini telah menyebabkan paras air pada kolam imbangan menurun dari paras normal. Pada masa yang sama, permintaan air terawat yang tinggi dari biasa oleh pengguna-pengguna kerana musim panas juga telah menyumbangkan kepada gangguan bekalan air ini.

Ada 197 kawasan uols.

Nak check sama ada kawasan korang yang di Wilayah Gombak ni termasuk atau tidak, silalah ke https://www.facebook.com/notes/811063708906840/

Kalau nak catu, katakanlah nak catu. Tidaklah kami terpinga-pinga pusing pili sampai abis, airnya takde.


No comments: