Gitu.
Pernah buat dulu. Tapi tak simpan resipinya. Nah, aku kongsikan kat sini siap-siap. Untuk rujukan diri sendiri pada masa akan datang jugak.
Aku google dan tercampak ke sini. SecubitGaram dan kisahnya resipi tersebut datang dari E-na Lovely Kitchen dan kemudiannya ada di Yatie Memories. Sekarang ada kat Apa-Apa Je pulak. Hahaha.
Let's jump to the recipe, okay?
BUAH MELAKA PANCAWARNA
resipi : Ena@LovelyKitchen
sumber : YatieMemories & K.Nor
Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
sehelai daun pandan
Pewarna hijau, kuning dan merah ~ k.nor hanya buat 1 warna jer (hijau)
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
sedikit garam
Cara memasak :
- Gula Melaka di potong kiub kecil.
- Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
- Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
- Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
- Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah. -- aku skip
- Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
- Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
- Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
- Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
- Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
- Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
- Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!
TIPS
- Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
- Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
- Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
- Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
- Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...
Actually masa buat tadi, tengok2 kaler Green Apple sudah expired bulan 2 lepas daaaa.. Nampak sangat kannnnn selalu sangat guna. Selongkar-selongkar, yang ada merah dengan kuning je. So buah melaka kitorang berwarna kuning telur kaedahnya.
No comments:
Post a Comment