Cari Something?

Rabu, Mac 01, 2017

Pengalaman ke Klinik Kerajaan

Sedar tak sedar dah masuk bulan 3 tahun 2017 ni. Banyak benda nak tulis sampai tak tau nak start kat mana.

Anyway, I gave birth to another baby on Nov 16th 2016.  Masa dia 2 bulan hari tu, ada masalah nak dapatkan vac 5 serangkai yang tak campur dengan Hep B. Merata klinik aku call, siap ada yang suh datang on the same day with a price of RM200. Tu dia aih. Klinik last yang aku call, mencadangkan supaya aku ke klinik kerajaan.  Terima kasih banyak-banyak atas cadangan. Makanya aku terus google no fon klinik kerajaan yang terdekat.


To cut it short, aku dapat contact salah satu KKIA ni. Aku nak tau bilanya hari untuk vac. Sudahnya diorang bagi appointment terus suh datang minggu depannya. Hahaha. Terkejut mak.

Untuk 2nd timer ke KKIA, (before this aku pernah pergi masa pantang anak 1st kat Port Dickson), aku masih tercengang-cengang. Haha. Dasar betul la. Pi kaunter, diorang amikkan nombor. Then tunggulah kat tempat yang disediakan.


Tak lama pun tunggunya, no aku kena panggil. Memandangkan ni first time datang menyerah, banyak la soalan yang aku kena jawab. Then pindah bilik lain untuk jab, then pi lagi satu bilik untuk jumpa doc. Gedebuk gedebak sejam je. KUDOS klinik kerajaan! Oh, jangan lupa ya, FREE untuk rawatan bawah setahun.

Makanya untuk yang masih berkira-kira nak pi KKIA ni, bolehla try. Pengalaman aku pergi takat dah 2 kali ni, cantik-cantik aje. Kalau tak tau, tanya.  Looking forward untuk next appointment.


Daaa..

Tiada ulasan: