Cari Something?

Wednesday, December 29, 2004

Tsunami victims@Kota Kuala Muda

More on tsunami victims. This time from Kuala Muda. C&P from email, edited a few. For more info, you may contact me personally. My email address is available on the right side.

Kalau banjir, yang paling penting sekali ialah makanan untuk mereka survive dua tiga hari sementara menunggu banjir reda. Bila dah surut, alhamdullillah semuanya kembali seperti sedia kala, tapi bagi mangsa Tsunami ini, ianya amat berbeza. Rumah mereka hancur dipukul gelombang, bagi majoriti mereka tidak ada apa yang tinggal melainkan kain sehelai sepinggang.

Kerana itu, saya merasakan keutamaan mereka ialah kain dan pakaian, sementara makanan dan minuman, daripada pemerhatian kami, insyaallah lebih dari mencukupi. Itu yang saya rasakan; rupanya tidak!!

Kerana semua orang sama fikiran dengan saya agaknya, maka boleh dilihat dalam gambar di bawah ini, kain baju sumbangan orang bertindan-tindan; macam pasar malam. Sebenarnya, dalam survey ringkas saya petang tadi; berikut adalah barang keperluan lain yang tidak diberi perhatian oleh kebanyakan pemberi sumbangan; iaitu
Pampers Budak (sangat-sangat diperlukan),
Susu Budak,
baju kasut sekolah dan lain-lain peralatan persekolahan yang sudah hilang ditelan gelombang.


Lihatlah dalam gambar ini ibu-ibu dan anak-anak kecil dalam dukungan dan kanak-kanak sekolah yang hilang barang-barang keperluan; bantuan untuk golongan ini rasanya kurang diberi keutamaan oleh para penyumbang. Selain itu, ada juga special request untuk kain tuala dan juga ubat dan berus gigi; adalah dirasakan dua benda ini pun kurang diberi perhatian oleh kebanyakan orang.

Maka itu, jika tuan-tuan dan puan-puan ditakdirkan ada sedikit wang yang agak berlebihan, tambah-tambah pula musim bonus sekarang, maka tolonglah kumpulkan sesama rakan-rakan, sila dapatkan barang-barang di atas, kemudian ambillah cuti kecemasan barang sehari, datanglah sendiri ke sini untuk sampaikan sendiri.

Oh ya, kain telekung sejadah kain pelikat batik kopiah pun bagi sesetengah orang juga mungkin perkara utama, tapi terpulanglah. Sumbanglah apa yang terdaya.

Tidak susah sangat kalau nak ke sana, kalau dari Penang, exit di Tol Sungai Petani Selatan berdekatan Hotel Park Avenue. Selepas bayar tol, selepas traffic light, terus ke depan sehingga bertemu dengan Simpang 3, kemudian ambik simpang ke kiri menuju ke Tikam Batu. Sampai di Tikam Batu, dekat traffic lite, ambik ke kanan menuju ke Pekan Kota Kuala Muda ikut signboard bertulis Pantai Merdeka, 15 minit selepas itu insyaallah sampailah ke sana.

3 comments

No comments: