Cari Something?

Tuesday, August 19, 2008

Alis dah besar

Malam tadi, ok la.. petang semalam, my 2nd hero - Arif Husaini (atau lebih dikenali sebagai Alis**) telah memutuskan untuk tidak lagi memakai diapers.

Alis dah besar. Alis nak pakai penda.. (thats spender, OK..)

Malam tadi, selamat la tilam tu dilapik dgn waterproof bed pad.. and this morning, turn out, tak basah pun.. wohooo.. first try ni.. pagi tadi lepas abah dia tanya, baru dia nak pi toilet..

Pagi tadi, sebelum pi umah makcik, kitorang insist dia pakai diaper, tapi sekali lagi dia jawab

Alis dah besar. Alis taknak pakai keposh.. Alis nak pakai penda..

Kitorang kesiankan makcik je.. bocor karang.. heeee.. kalau kat umah sendiri lain la cite kan..

So, sebelum gerak pi ofis, sekali lagi kitorang ingatkan dia.. bagitau tok kalau nak kencing.. pegi tandas (ye, anak bujangku Amir panggil toilet sebagai TANDAS.. skema tak?)..

Hopefully Arif diaperless terus lepas ni.. dan CD2 yg ada itu boleh ku concentrate kepada Zeri sahaja.. amiin..

**Alis adalah nama yg disebut oleh Arif kepada dirinya sendiri.. we, somehow tak tau kenapa dia tak sebut at least Alif ke, in case payah sangat nak sebut huruf "R" itu.. instead, it become like what it is..

20 comments

No comments: