Cari Something?

Selasa, September 23, 2008

Hati Sebak

I love the idea of staying at home. Tp dalam kegelapan malam tadi, masa dok diskas dgn my other half.. aku upkan 1 topik..

I kesian la kat makcik yang.. Kalau I dah duduk umah.. dia dah takde punca pendapatan.. (mak mmg skema)

Its time to think about yourself.
Dah lama sangat you mengadap benda yang sama.. Once you let it go, you will feel free..

hubby kata.. "benda" yang dimaksudkan adalah kerja mak kat ofis dan benda2 yang bersangkutan dengannya..

Dalam gelap malam tu jugak la, air mata aku menitik.. aku tahan jangan sampai tersedu.. aku tak sampai hati.. betapa aku tak suka nak buat hati orang jadik sedih.. aku tau makcik rapat sangat dengan budak2 ni.. dia start jaga Amir since Amir 6 bulan.. la ni anak aku dah 4tahun+ dah pun.. Arif? lagi la.. sejak 2 bulan.. not to mention about Zeri..

There was once.. sanak sedara dia kat kampung suh balik.. rehat.. dia kata

Aku tak boleh nak berpisah dengan Amit dan adik2 dia.. budak2 ni rapat dengan aku.. si Amit bukan nak dengan orang lain.. adik2 dia pun sama..

La ni dia tak berapa sihat.. Aku dok tunggu bila dia nak cakap -- "makcik dah tak larat nak jaga anak2 hang.." You see, kalau boleh, aku nak tunggu sampai dia yg ready nak let go..

Sebak la hati ni.. tak tau la apasal aku emo sangat.. PMS kah?

Nota kaki: Aku mmg tak suka bab2 berpisah ni.. kalau hati dah sakit ke apa ke, lain kes. Zaman aku sekolah kat KL, parents kat JB, tiap kali aku balik, mesti aku nangis.. dalam bas, dalam ketapi dok sedu2.. ngeh ngeh ngeh.. dah keje, takde la nangis sangat.. sbb er, sbb my other half ada kat KL.. tp sebak tu masih ada time peluk2 cium dgn mak aku..


33 comments

Tiada ulasan: