Cari Something?

Khamis, Oktober 23, 2008

L A P A R

Mak kat umah.

Mak SANGAT lapar.

Me, being a non-drive person (ada ke vocab ni? lantaklah!) mengharapkan servis2 penghantaran makanan di Malaysia ini.

My 1st attempt was 1300 13 1300.. 4 minit 23 saat mak bercakap. utk register nombor phone + alamat.. alkisahnya, tiada penghantaran di kawasan umah mak ni..

"Sorry ye miss.. walaupun Bdr Tasik Selatan ni glamer, kami masih belum ada buat sebarang penghantaran di situ.."

APA? aku macam terngiang-ngiang je tengok mamat delivery McD tu kat area sini..





setengah jam melayan kekecewaan, aku try call 1300 88 2525.. 2 minit 35 saat lepas register no fon + alamat, aku dapat place order..

"Wah, glamer tempat cik ni.. siap ada lagu.."

Aku yg tengah lapar, blur kejap.. tetiba teringat lagu cinta bandar tasik selatan.. hiks..

TAPI sayang, mereka tak hantar dessert.. meleleh je air liur tengok menu kat website diorang.. (ye, aku order guna phone.. tp mata tengok website.. ngeh ngeh ngeh).. agak2, kalau kita kata kita mengidam, depa akan hantar jugak tak?

Dah la.. nak tunggu mamat delivery ni sampai.. 45 minit weh.. jangan aku kejung kebulur by then sudah!


22 comments

Tiada ulasan: