Cari Something?

Monday, November 10, 2008

Melecet

Kaki saya melecet.. kejadian seperti ini seolah-olah satu kelaziman apabila saya memakai kasut baru.. sudahnya, hari ini, saya mengambil salah satu stokin yg ada kat dalam bilik stor, dan memakainya seolah-olah seperti bandage di bahagian tumit dan sekitarnya..

Nasib la kan.. daripada takde.. kah kah kah..

Apapun, jika anda tidak mahu menjadi seperti saya, boleh amalkan petua2 ini..

  1. Pakai stokin

  2. Sapu lilin di kawasan kasut yang nak makan / menggigit tumit (bukan tumit sebenarnya.. ala, korang tau la kat mana..)

    dan akhir sekali

  3. gigit kasut tu.. sebetulnya, saya tak pasti bagaimanakah caranya utk menggigit kasut.. tapi kalau nak buat, buat lah di tempat yg tersembunyi..

Untuk kasut2 terdahulu, saya pernah cuba 2 petua yg teratas.. hasilnya, stokin saya koyak di kawasan yang melecet (stokin yg digunakan bukanlah seperti yang dimention dalam paragraph paling atas).. manakala cara yg kedua mmg tak jalan jugak.. tak pasti lah sama ada saya perlu menghabiskan sebatang lilin untuk tujuan tersebut ataupun tidak..

Saya masih memikirkan sama ada perlukah saya meneruskan cara yg ke-3.. Kawan2 di ofis kata, cara itu hanya berkesan jika kita BELUM memakai kasut itu lagi..

Nampaknya, saya akan memakai stokin seperti bandage utk beberapa hari yg mendatang sehingga keadaan benar-benar pulih.


22 comments

No comments: