Cari Something?

Selasa, Januari 20, 2009

Bubur tepung

Dah lama tak buat enty yg ada label Masak-Masak :P

Sejak dua menjak hormon aku menggila nak makan benda2 manis, makanya weekend baru ni aku selamat membuat bubur tepung.. Bubur apa? bubur tepungggg.. aku tak tau apa ke namanya.. tp tu la nama yg mak aku sebut sejak zaman berzaman..

Aku dah cari gambar kat google image.. tp takde yg seswai.. perhaps nama dia lain kot.. bahan2 sempoi je..

  • Tepung gandum, 
  • garam, 
  • air secukup rasa,
  • gula melaka, 
  • santan, 
  • dan daun pandan kalau ada :P aku ni masak koboi je..

Ni cara nak buat..

  1. Cairkan gula melaka.. dah cair, tapis, ketepikan..

  2. Amik periuk kosong.. isi air separuh.. panaskan atas api..

  3. Amik tepung gandum sebanyak mana yg agak2 larat nak makan.. letak garam sket.. bubuh air sket2.. bagi dia ala2 kenyal macam korang buat cekodok pisang ke apa ke.. aku pun tak reti nak budget, tp korang bley test dengan sudu.. kaut sket, bila jatuhkan balik tu, cantik tak? kalau dia jatuh cun je.. dah cukup la tu.. kalau tak jatuh2, tambah la air lagi.. 

  4. Cek air dalam periuk tadi.. kalau dah mendidih, time ni la korang bley start masukkan tepung tadi.. kot nak besar2, kaut besar2.. tp aku prefer guna sudu kecik.. saiz tepung yg aku kaut dalam 1/2 sudu kecik.. ala2 bite size.. kot besar2 karang, tersengkang kat tekak, jangan salahkan aku.. so, korang kaut, jatuhkan dalam periuk.. kaut lagi.. dan lagi dan lagi..

  5. Dah abis sume tepung masuk dalam periuk, kacau2.. biasanya tepung tadi tak melekat la antara satu sama lain.. dah rasa2 puas hati tepung tu dah masak, matikan api.. tuang air dia masuk dalam sinki.. agak2 la air tinggal paras2 tepung tu je..

  6. Masukkan gula yg dicairkan tadi.. then masukkan santan.. kuah dia jangan bagi pekat sangat.. korang pepandai la agak.. Nak manis, letak gula lebih.. dan dah jadik habit aku jugak letak garam takat hujung2 jari dalam bubur.. sukati la nak ikut ke idak.. kekeke..

  7. Kacau sampai menggelegak..

    Dah siappp...




23 comments

Tiada ulasan: