Yg sebetulnya, bukan setakat a moment.. tp 40 minit.. itu lah masa yg aku habiskan kat stesen monorel Bukit Nanas petang tadi.. Dah lama tak mengomel pasal monorel kan.. dekat sebulan+ la jugak.. kah kah kah..
Aku sepatutnya dah bley agak ada benda yg tak kena sbb time aku berjalan ke stesen tu, takde monorel yg lalu lalang.. suppose ada la dalam 6.35pm or something like that.. sampai je kat stesen, berjela-jela line orang beratur.. tak pastilah sama ada diorang nak beli tiket, ataupun tiket ada problem.. whatever..
bila aku naik atas, org yg dok tunggu/beratur, macam suam2 kuku je.. siap ada yg melepak2 kat kerusi.. aih, mereka ni tak teruja nak balik ke? jumpa family tersayang.. anak2?
eh? apakah yg telah terjadi? /aku berkata dalam hati..
Sekali, dalam 6.46pm, monorel dari arah KL Sentral melintas di landasan sebelah sana.. dengan menarik sebuah monorel di belakangnya.. argh! Ada monorel rosak! ntah tahun bila la aku nak tercangak-cangak kat sini..
Later, 6.52pm, ada satu monorel melintas di hadapan tempat kitorang dok tunggu.. tp sangat penuh OK.. aku selaku orang ke-3 yg dok menunggu pun tak mampu nak meloloskan diri..
Ingatkan dah OK.. tp itulah dia.. lepas 3 minit berlalu.. 10 minit berlalu.. takde monorel yg lalu lagi.. tapi landasan seberang sana sampai 2-3 monorel dok lalu..
Tiba-tiba, monorel yg menarik monorel tadi melintas pulak kat depan kitorang.. agaknya diorang ni buat pusingan melawat semua stesen kaedahnya.. mmg takde extra landasan la gamaknya nak meletakkan monorel yg rosak ini..
To cut it short, aku sampai kat Hang Tuah pkl 7.26pm.. gedebuk gedebak, sampai rumah 7.55pm.. Nasib baik Isyak masuk lambat..
Nota kaki: Nasib pump aku tak patah riuk dalam sesi himpitan tahap gaban.. serius aku seriau..
12 comments
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago
No comments:
Post a Comment