Cari Something?

Tuesday, January 20, 2009

Things I Cant Stand

Setelah menjelajah beberapa blog malam tadi.. ternampak nick aku disebut di blog Mrs Noba utk tag ini.. sementelah dah kena sound dengan my other half (mungkin sbb dia dah tak tahan dengan ini)


"sudah-sudah la tu yang.."


so, aku pun tutup PC dan tutup lampu.. dalam kegelapan malam, aku scribble dalam notes handset benda2 yg aku rasa tak tahan.. sbb aku rasa takley nak tido.. ikutkan nak blog on the spot.. tp sbb dah kena sound.. maka hasrat itu dipendam jauh2 ke dalam kalbu..

OK.. here goes..

  1. Asap rokok

    Aku serius takley tahan dengan asap rokok.. kalau tengah lunch ke.. apa ke, idung aku bley terkenyit2 terbau asap rokok (sila jangan bayangkan idung Ratatouille).. Thus, adalah menjadi harapan aku yg sangat besar supaya Husaini semua tidak merokok sejajar dengan apa yg ditunjukkan oleh atuk-atuk mereka, abah mereka dan sebahagian besar pakcik-pakcik mereka.. Please dont get me wrong, aku masih bley berkawan dengan org yg smoking asalkan dia tak smoke depan aku.. heeee..


  2. Budak merengek tak tentu pasal

    Call me whatever, tp aku serius tak tahan dengan bunyi budak merengek.. dah tanya, tp takmo cakap.. dok mumbling berbagai.. eeeee.. the best thing yg aku buat, walk out.. tinggalkan scene tu utk org lain take care.. kalau tak, confirm aku menyinga.. aummm.. bak kata cik Iszan :P


  3. Orang cakap kuat2 kat dalam LRT

    As if sume orang dalam LRT minat nak dengar apa yg dia cakap.. very the turn off! And yes, banyak kali jugak la aku encounter orang dok mengumpat org kat depan2 kita.. kadang2 pasal adik sendiri la.. ipar duai la.. mentua la.. kalau korang, nak buat camne? buat2 tak dengar? nak pindah dok berdiri tempat lain? 


  4. Sinki yang berisi

    Time aku masak, aku mmg takley tengok sinki berisi.. so sementara tunggu cili yg ditumis masak ke apa ke, aku basuh apa yg patut dalam sinki tu.. kiranya most of the time, lepas org makan, sinki mmg kosong utk diisi dengan pinggan2 kotor berbagai.. b4 pergi kerja, aku make sure sinki aku kosong.. so aku tak stress bila balik keje..


  5. My self yg bad temper

    Aku tak suka org marah2.. tp aku sendiri senang nak marah.. so this one thing mmg aku tak tahan.. how I wish kesabaran itu boleh dibeli!


  6. High scores game kena clear

    Enough said :P

Rata2 dah ramai yg Mrs Noba tag.. tp saya dengan berbesar hati mengetag 

  • cik Iszan
  • Madam Za
  • Rizza
  • cik Arnie
  • cik Sufira

sila buat.. jangan tak buat :)


10 comments

No comments: