Cari Something?

Khamis, Februari 05, 2009

Geli-geli

Suatu malam yg masih muda.. tatkala aku bersantai di atas katil bersama MOH** (bukan MUH, harap maklum), tetiba kakiku rasa geli2..

aku pandang di hujung kaki.. korang rasa aku nampak apa? 


























Arif sedang seronok menggeletek kakiku.. 

Dik, ibu geli la.. jangan la..

Aih, tak makan saman..

Yang, dia mmg macam tu.. lagi kita cakap, lagi dia buat.. cuba you tahan kejap.. nanti dia bosan, dia stop..

MOH bersuara..

Ha? Tahan?

Aku cuba menahan.. tapi tak daya.. so aku sound lagi..


"DIK! SUDAH LAAA.. KARANG IBU ADA TINDAKAN REFLEKS KARANG.. SAPA SUSAH?"


kesahnya, tiap kali aku sound, dia akan meng-apa-tu? meng neutralkan graph, dan the whole process will resumed from the beginning..

2-3 kali dia buat macam tu.. sabar je la.. gelak2 plak tu.. aku pun tak paham pasal selama ni MOH je yg jadik mangsa..

it was very torturing OK!

















dan2 semalam, aku nampak Zeri geletek2 kaki dia plak.. pandai marah! rasakan hukum karma itu!

Nota kaki: MOH dalam cerita di atas ialah My Other Half. aku makin malas nak taip dari sehari ke sehari..


15 comments

Tiada ulasan: