Cari Something?

Selasa, Mac 10, 2009

Cerita Yang Tertinggal

Sebetulnya, kunjungan aku ke Kerteh, telah dipanjangkan dengan mengunjungi rumah Efi.. ni la roommate aku kat UTM dulu.. bpa lama? 2 tahun.. lepas tu dia tegar nak duduk dalam, sedangkan aku dah diperintahkan utk duduk di rumah saja.. umah parents sepelaung je.. kasik peluang la pada org2 yg jauh utk duduk dalam asrama..

Pagi2 masa kitorang tersangkut di Ampang lagi, aku dah dapat SMS dari dia.. bagitau alamat.. aku simpan bebaik.. 


5 hours+ later, kami sampai kat bumi Terengganu.. jalan, jalan.. berhenti kejap kat Taman Rekreasi Bakau Tinggi.. konon nak bagi sedara mara dari PD catch-up.. sekali Amir nak berak plak.. potong stim betul.. hua hua hua..

Jalan, jalan.. bila dah masuk je area2 yg berkenaan, adik ipar aku bersuara..

"Acik duduk kat Rantau Laut.. bukan belah Rantau Bukit"

Ha haha.. masa tu aku rasa macam sesuatu di situ.. aku belek SMS..  macam sama je.. dah la b4 tu mata aku naik juling jangan bagi terlepas Mesra Mall (landmark dalam cerita ini)..

Bila dah sampai, 1st thing aku tengok, nama jalan.. kekekeke.. confirm satu tempat!! lain lorong je..





To cut it short, aku berjaya jumpa Efi kat umahnya.. after 4 years, right? it was a beautiful Sunday evening.. kami dijamu mee rebus.. (meh resepi).. anak2 aku buat umah dia ngalahkan rumah sendiri, OK? jangan kau serik, sudah! abis sume table runner ke laut..

Hmm.. benda2 ni mengenangkan aku pada kawan-kawan yg lain.. you know who you are.. sedar tak korang yg kita dah kawan hampir 13 tahun?



5 comments

Tiada ulasan: