Cari Something?

Jumaat, Mac 27, 2009

Kalaulah reti..

Baru2 ni ketika dalam LRT, saya tersandar kelesuan di pintu yg hanya terbukak di Chan Sow Lin & Bandar Tasik Selatan.. maklum la, perut belum begitu menonjol utk mendapatkan tempat duduk secara voluntarily..


Depan saya ada 2 orang budak sekolah berbangsa Cina sedang bercakap antara satu sama lain.. Tiba-tiba, tak semena-mena, saya terdengar sorang lagi bercakap berhampiran dengan saya.. kawan diorang la ni.. borak2 di kejauhan gitu..



Tapi, tak tau kenapa, nak jugak berpaling.. eh, nama yg tertulis kat label baju dia, Melayu.. tp cakap Cina takde bunyi Melayu langsung.. wah.. dalam hati, seronoknya boleh cakap / terror dalam bahasa ke-3.. fluent pulak tu.. 




Time tu terus la berangan kejap.. bestnya la kalau aku reti cakap Cina ke.. cakap Arab ke.. sah2 kalau baca Quran tu tak payah nak layan2 tafsir dah.. heeeee.. solat pun bley la bertambah khusyuk gamaknya.. 


9 comments

Tiada ulasan: