Cari Something?

Thursday, March 05, 2009

Siri Bercakap dengan Jin Merajuk

Pagi tadi, saya siapkan 2 keping roti utk santapan sarapan Amir.. Saya bawakan ke atas, ala2 breakfast in bed gitu.. (kalah layanan kat my other half :P)

Bila dia dah siap mandi dan berpakaian, dia pun mencapai sekeping roti.. makan.. makan.. dan makan.. sekali Zeri bangun..

Dia pandang je abang dia makan.. Nak join 2 kaki la tu..





Amir, Zeri nak sikit tu..


Amir pun mencubit sedikit roti, menjadi cebisan sebesar setengah ruas ibu jari (??) (jari kita ye.. bukan besar jari Amir) dan diberikan kepada Zeri..




Zeri amik, dan letak di atas lantai.. matanya memandang ke bawah, dan kelopak matanya diangkat sedikit.. argh, letih aku nak describe! Senang cakap, dia jeling ala2 Arif merajuk tu la.. sila rujuk di sini utk gambaran yg lebih jelas.. Tapi dalam gambar ni Arif buat pandangan kosong kan.. ni mata hitam tu naik ke atas sket.. ala2 jelingan tajam.. (yeah.. cukup la aku bagi explanation.. I'm sucks to the max)


Tak cukup diletakkan, jari telunjuk halusnya menjentik cebisan roti itu jauh-jauh.. Aii, marah betul nampak?




Kesahnya, tak main la cebis2.. Zeri nak semua!



11 comments

No comments: