Cari Something?

Tuesday, May 26, 2009

Phishing Tak Sudah-Sudah : Updated with Tips


Kawan-kawan mengetahui bahawa blog saya adalah antara blog yg picture-less.. hahahaha.. TAPI, kali ni terover rajin plak nak tunjuk kes phishing yg saya suka2 terjah link nya pagi ni..

Selalunya, 2 step saja tau.. tapi kali ni siap ada 3 step.. canggih bebenar la tu kaedahnya.. hmmmphh..

Taknak cakap banyak.. layan je gambar-gambar kat bawah ni..


Page Login.. sebijik kannnn.. macam biasa, saya suka guna ID : mangkuk, password : hayun.. kalau tetiba dia rajin nak prompt kata password tak cukup panjang, tambah je 123..


Lepas tu, bley plak dia suruh kita tunggu 3 minit.. amboi boi boiii.. sampai mati takkan sampai code ni ye tuan-tuan dan puan-puan.. TAPI, saya tak pasti la kalau kita masukkan userid + password yg betul, sama ada mmg betul2 sampai ke idak.. heeee.. yg ni mmg menyeramkan!


Ayat final screen.. macam bagus..


Semua gambar di atas boleh diklik utk paparan yg lebih menyerlah..

Nota penting: Sila jangan login menggunakan pautan dalam email.. TOLONG LAH!


Tips untuk menyelamatkan diri dari ditipu penyangak internet-banking
  • Pastikan laman utk anda login mempunyai https di hadapan URL.. not just a regular http..

  • Pastikan ada "mangga kunci".. mangga ini, bila diklik akan memaparkan sijil (certificate) yg mengesahkan laman yg anda kunjungi adalah selamat. Ia biasanya akan tunjukkan kepada anda, berapa bit encryption laman yg sedang anda kunjungi, siapakah yg mengeluarkan sijil tersebut, dan tarikh sah sijil berkenaan.

    Mangga kunci ni, kalau kat Google Chrome, dia ada kat address bar.. kalau kat Mozilla Firefox, dia ada di bahagian bawah kanan..

    Mangga kunci yg saya maksudkan. Paparan ini menggunakan Google Chrome

12 comments:

mamaDhea said...

mmg ngeri.. :)

Unknown said...

ilmu ni..

saya pun seriau aje bab phishing ni

Dils said...

That is scary. Thanks for showing... at least lagi berjaga2.

cysev3n said...

Sya,
serius, kalau dapat TAC tu, mmg nangis kot.. ha ha ha..

Mast,
lepas dah try, report phishing je email tu.

Dils,
my pleasure.. macam2 orang buat nak idup sekarang ni..

IntanSham said...

huhuhuuuu...takut sehhhhh

MLCB said...

Rasa cam nak jadi nelayan jugak lah. Hehe.

Nur said...

cik yan,
camno nk tau mana yg betul mana yg phish?

lg satu (sorry lari tajuk),
sy nk bkk akaun maybank, tp betul ke kena maintain RM75 utk insuran setiap bln?confuse nih!

cysev3n said...

cik Intan,
berhati-hatilah di internet-raya.. ha ha ha..

MLCB,
ingatkan sapa la tadi.. Lyna rupanya.. hihi..

cik Nur,
sentiasa perhatikan ada "mangga kunci" ke idak.. check sama ada http tu, ada https atau pun tidak.. insurans? alamak.. saya bukak dulu sbb atas dasar kompeni bayar gaji, takde la pulak syarat2 camtu.. insurans apa tapinya?

Mommy Harith Hannah said...

Cik Yan,
Superb infosharing! hehehe.
Sendiri nak try tak berani. Begitu rupanya outcome nya. huhu.

i.heart.health.beauty.happiness said...

saya pun dulu active gunakan jgk online banking nih.. nie kes malas nak g bank lah ni..tapi bila dgr mcm2 kes jadi takut plak..skrg seboleh2 nya saya elakkan guna online..rasa selamat walaupun terpaksa kuar rumah

mamaDhea said...

mekaseyy utk tips itu.. ;)

cysev3n said...

cik arnie,
try dengan userid + passwrd yg hampeh mmg bley je.. kekeke..

mama hafiy,
yeah.. bab2 $$$ ni mmg kena extra careful.. nak mencarinya lama, nak abiskannya kejappppp..