Cari Something?

Friday, June 05, 2009

Dera, Dera, Dera

Hari ni kita cite pasal kes dera, inspired by MHI pagi tadi.. 


Well, in my family, mmg ada kes dera.. done by our servant to my younger sibling.. 

Its not physical, it was mentally. Kena kurung dalam bilik air, tak bukak lampu.. ditemani lipas. Apapun yg paling penting, kegiatan dera ini terbongkar dalam masa yg agak cepat.. Walaupun begitu, impaknya terkesan sehingga beberapa tahun.. alhamdulillah tak berlarutan sampai ke tua.. 

Ha, benda dah lepas.. jangan dikenang.. nanti merana, rosak badan :P


Anyways, kes dera kat Malaysia ni makin meningkat saban tahun.. statistic menunjukkan kes terbanyak ada di Selangor (with er, proportion kepada jumlah kependudukan yg ramai gitu..).. and mostly, mangsa dera adalah kanak-kanak perempuan..

Antara simptom-simptom budak yg kena dera, dia takut bila dipegang, (ni macam molested pun ada), dan.. dan.. argh, tak ingat la pulak.. ada 2-3 lagi yg Dr tetamu MHI tu sharekan tadi..


Nak tanya jugak la korang, have you ever been in any kind of situation yg bley dipanggil dera?

Dan, jika anda ada ternampak sebarang kejadian yg bley diklasifikasikan sebagai dera, sila telefon talian NUR 15999.

-----------------------------



16 comments:

MN said...

erm, aku kena dera dgn anak boleh?
depa suh aku dokong 2-2 sekaligus!!! adehhhh...patah pinggang :P

FAM said...

CY, xsangka adik u kena. nasib baik selamat dh. ish..memang hangin la tgk bdk kena dera nih. kesian sgt

mamaorg said...

alamak cy, aku ni kat uma mmg suara pitching tinggi siap ada bunyi sound effect. tapi aku tak dera anak. anak aku pulak mmg jenis nangis2 loud speaker wei. aku bimbang jiran igt aku dera anak je wei. ish risau!

*nak2 time aku tgh masak menggoreng, sorang nak dukung, sorang tgh picit tempat air yg luar fridge sambil buat banjir atas lantai (nyesal aku beli fridge gitu) dan sorang tgh main mesin basuh (buka tutup yg belah atas tu) tit tot tit tot bunyi mesin aku stop.mana aku x hangien..napas sesak je selalu.ada gate kat atas pun kalu kunci dorang panjat.

MS said...

alamak CY, yer ker u'r sibling kena mcm tu? kejamnya. masa tu u all kecik ker? eee...ngerilah dengar benda2 mcm nie. seingat saya, kitorang masa kecik, kena hantar kat nursery. masa saya dah 5 tahun, baru dpt adik no. 2, that time dah pandai cakap. baru parent berani hantar rumah orang & amik maid. (maid lari sebab haku tarik rambut dia :)) ).

jadinya, aku memang manjang pantau orang yang jaga adik2 haku tue. nasib baik takder apa2.

MS said...

*pembetulan, bukan *kitorang* tapi *saya*

JaNnAh said...

x sanggup... & x suka la dengar citer dera2 nih.. ngeri..

CiKaYu said...

CY,
my husband is with JKM which is everyday he'll received this kind of cases. and the latest was last nite, 7 yrs old boy been abused by his own stepmother...jiran dia report. mcm2 lagi...so sad kan malaysia ada case cma gini....

Crazee Choc's said...

takut la bab dera2 ni... ingatan untuk saya juga.. supaya banyak bersabar dengan kerenah anak2...

ada sorang caller tu cerita fasal kawan ke sape tah yg anak 16 orang tu.... kan dia kata tak elok pukul2anak sangat. Ni pun ingatan untuk saya yang kadang kala geram.. kucubit je hakimi tu

Nanak said...

cy, my cousin's doter..mati di dera oleh maid dr indon..motif pun tak diketahui..yg paling menyayat hati, itulah satu2nya anak dia..then at the same year, her husband meninggal sbb sakit..(still young ok..)

cysev3n said...

MN,
bley la mintak Mr Noba call 15999.. kah kah kah..

MD,
yep.. alhamdulillah dapat discover cepat2.. yg sedih, orang kita, OK?

Kin,
aku pun pitching tinggi.. ni la tengah berusaha utk merendahkan sedikit pitching itu..

MS,
sejak bila kau bersaya-saya ni? ha ha ha.. yep, kecik lagi.. time tu yg tua2 pi sekolah.. so dia je la yg tinggal kat umah..

Umi Nawfal,
sapa la yg sukakan keganasan..

CikAyu,
mujur ada jiran yg prihatin.. kalau yg buat donno je? tak ke tunggu polis bawak body bag je?

cik Marisa,
yep.. i heard that too.. 16 orang anak OK.. 16!!!..

Nanak,
your case lagi sayu.. because it happened in your family.. amik legal action tak?

IntanSham said...

hishhh..siannya adik hang CY... nasib baik x berlarutan kan. Tu laa bila dengo kisah penderaan nih, jadik takut nak amik maid sbb selali jugak dengo kes maid mendera-dera nih...

knv said...

oh mendera mental yang tak tahan tu.

:(

cysev3n said...

cik Intan,
alhamdulillah..

k Ana,
mental tak nampak, ye dak?

Lin Chalo said...

Tetibe teringat budak yg kene sepak terajang oleh maid dlm youtube tu.. hish.. weng habis!

Mommy Harith Hannah said...

Saya pon kena dera sebijik cam MN. Dua2 mintak dokong serentak. Si abg siap demand, nak dokong belakang. :p

cysev3n said...

Mrs H,
oh.. saya tak tengok yg tu.. tak sanggup mata ni nak kena dera dengan perlakuan yang macam tu..

cik Arnie,
kekeke.. kalau mak macam tu, terpeleot terus la.. sorang 20 kg, sorang 13 kg.. sorang 10 kg..