Cari Something?

Wednesday, June 10, 2009

Pelakon Rahsia, Shukery Hashim Meninggal

Taken from Utusan Malaya.

Shukery Hashim meninggal dunia

10/06/2009 2:08pm

KUALA LUMPUR 10 Jun _ Pelakon lelaki terkenal, Shukery Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pukul 1.15 tengah hari tadi.

Allahyarham yang berusia 55 tahun meninggal dunia selepas menderita sakit barah pankreas. - Utusan


From Berita Harian

Shukery Hashim meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Pelakon filem dan drama, Shukery Hashim, 55 meninggal dunia kerana barah pankreas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Shukery dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu untuk rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan selama enam jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu.

Isterinya, Faridah Md Desa berkata walaupun pembedahan itu tidak mampu membantu penyakitnya, namun doktor menasihatkannya untuk menjalani sesi kemoterapi di HUKM.

Shukery, 55, berasal dari Langkawi, memulakan kerjaya lakonan menerusi drama radio pada 1975 di RTM dan televisyen pada 1987.

Antara filem lakonan beliau ialah Rahsia, Syahadat, Ujang, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan terbaru Shh...Dia Datang.

Antara anugerah yang dimenangi beliau ialah Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 1995.

Jenazah Shukery dibawa ke rumahnya sebelum dikebumikan di Taman Watan, Ampang.






Nota kaki: Al-fatihah. Guess last tengok dia kat TV, cerita Cinta Untuk Ain. I can remember him correctly in Rahsia. (somehow, sometimes confused kejap dengan Misteri Rumah Tua..) Takziah kepada familynya.

4 comments:

Ayu said...

Al-Fatihah.

DariNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali.

Akan tiba gilaran kita, hari ini atau esok belum tentu.

ainie aziz said...

Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.

IntanSham said...

innalillahiwainnalillahirojiun.. AlFatihah...

jua said...

Al-Fatihah

i suka betol lakonan arwah. Semua mantap & lawak. especially bila arwah cakap lorat utara.