http://apapaje.blogspot.com
____________________________
Kepada yang berkenaan,
Puan,
Meminta kebenaran mengakses blog anda
Merujuk kepada perkara di atas, saya, CY3.5 ingin memohon akses ke blog anda. Saya perasan anda adalah pengunjung Apa-Apa Je™ menerusi feedjit.com. Akan tetapi, bila saya cuba terjah blog anda, hanya keluar pernyataan
This blog is open to invited readers only.
It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.
2. Memandangkan saya tidak tahu cara lain untuk menghubungi puan, sudi apalah kiranya menjemput saya ke blog anda menerusi email saya yang jarang² dipublish untuk tatapan ramai ini.
Harap jangan segan² untuk menambah alamat email azelina(AT)gmail(DOT)com ke dalam senarai invited readers (dengan izin.. eh, ingat kau ada kat dalam dewan rakyat?) anda.
3. Saya harap permohonan tulus ikhlas daripada saya ini dipertimbangkan.
4. Akhir kata, maafkan saya atas kehadiran surat yang tidak menepati piawai surat rasmi ini. Format ini pun saya cilok dari cikpuan Jua satu ketika dulu. Hihihi..
Sekian, terima kasih.
17 comments:
Pergh... kalau mcm ini la rupa surat rasmi ko, ko mungkin boleh menjadi pekerja contoh di tempat kerja aku. :P
Fuhhh.....
er...CY, saya ke tu? blog saya ke? er...tgh confuse ni sebab blog tak glamour pun sebenarnya
Ms L,
format pun cilok orang punya.. contoh lah sangat.. ngeee..
Jane Doe,
fuh kanan fuh kiri :P
Ummu Auni Afif,
glamer tak glamer, adalah sesuatu yg subjektif.. hihihi.. silalah add saya, kalau sudi :)
er CY, blog lama ada, susuhorlicks.blogspot. kalau CY berkenan baca, bolehlah e-mail saya untuk masuk authorised readers. hehe. my blog very vulgar :P, sebab tu restricted readers je yg boleh baca
wow.. sgt formal.. :P curik email CY, pastu hntr sampah byk2.. muahahahhaha!!!!
(gelak jahat :P)
cpm intro me to ur blog. i follow & link u …no hal kan!
wah wah wah...agak2 kalo aku nak dapat surat rasmi gini drp ko, aku kena privatekanlah aku nyer blog yer?
ni macam surat mintak keje pun ada gaya nih!
Ummu Auni,
thanks for trusting me for being one of your blog readers :)
QM,
tu bukan jahat lagi dah.. dah tahap keji.. tau? kekeke..
a-as,
takde hal punya :) thanks a lot :)
MN,
kau private blog, tak ajak aku, mmg la sangat kann.. heee..
patut ar aku macam pernah baca je ayat-ayat dan format diatas. terkenang aku kenangan aku hantar surat rasmi kat ko cy.
bagus la surat rasmi ko.. rase2 kite buat surat camni eh? baru org terbuka hati nak invite kite kan?
nk copy paste gak la format nih... hehehe
dah macam cikgu bahasa melayu je pn CY nih...hehehe
kompem leh dapat A1 BM nie! :P
ait?? apsal dah dihitamkan??? muahahauuhauhauhauuahhua!!! -->>(semakin keji kan?) :P
tapi still boleh nampak jugak.. wink wink!!
don't worry lah.. kitaorg takkan buat apa2 pon ngan email CY tu.. saja kepochi jek.. :P
Jua,
itu le pasal.. gigih i cari kat blog you :P
Diana,
aku tengah takde keje time tulis surat ni.. kekeke..
honeylanz,
agak² oooii.. bukan betul pun.. date pun takde :P
abrahyn,
masuk exam, confirm kena pangkah.. byk perkataan tak seswai :P
arnie,
er.. er.. hihihi..
QM,
saja.. nak suh orang highlight :P
Post a Comment