Cari Something?

Thursday, October 01, 2009

Apo Ko Bondo Tu?



Tabung Haji bayar bonus interim RM465 juta: PM


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan Tabung Haji membayar bonus interim 2.25 peratus bagi setengah tahun pertama 2009, membabitkan pembayaran RM465 juta.

Ia akan dikreditkan ke akaun 4.7 juta pendeposit pada 5 Oktober ini.

Pembayaran bonus interim setengah tahun itu adalah julung kali dilakukan oleh Tabung Haji.



Bonus interim setengah tahun? Apa ke benda la interim ni.. ngeee.. harap² saya layak menerimanya..


Nota kaki: Tak sabar plak tunggu 5 Oktober :P

9 comments:

Anonymous said...

bayaran bonus berperingkat kut. hehhee..

Zaila Mohamad said...

eeeee apa tu?? alaaa tada akaun ngan TH lagi..
btw, selamat hari raya cik yan;)

Erna said...

weee?? serius?? harapnya aku jugak dapat lerrr. Aisey!! duit raya bebudak tak sempat2 lagi nak pi masukkan ke tabung haji. Agaknya kalau aku masukkan today di kira jugak ke bonus itu? ahaks!!

nana said...

kalau syarikat, bonus interim is bonus syarikat yg wajib dibayar utk appreciate employees (kalau tk silap lah). hehe.

~ As ~ said...

wahhhh makcik kayo la...
nak gi cek akaun ni...

KS said...

bonus interim maksudnya sebahagian/separuh. bukan first and final bonus. lepas ni akan ada lagi payment :)

cysev3n said...

Has,
nasib takde dalam soalan SPM :P

zaila,
bukak la satu.. senang.. tak payah pening² nak bayar zakat bagai.. selamat hari raya 2u too :)

Erna,
ngeee.. rasanya dah tak kira kot.. kalau tak mana dia dapat amaun 465 juta tu..

Nana,
wajib tu aku suka dengar.. hahaha..

As,
sabar.. lepas 5/10 ye :)

KS,
vadevas explanation you KS! I lap you!

SMM said...

kalau separuh tahun 2.25%, kali dua 4.5%, maknanya kurang berbanding tahun lepas kan? (mcm tak bersyukur je bunyi ;p)

KS said...

takdela vadevass mana.. tapi term interim bonus tu adalah umpama 'makanan harian' bila kerja kat tmpt i neh :P