Cari Something?

Friday, February 12, 2010

Kisah 3oz Expressed Breast Milk

Umum sedia maklum bahawa bayi yang ingin diajar menggunakan botol ketika minum EBM (expressed breastmilk) mungkin boleh menerima EBM tersebut apabila ibu tiada di kawasan berhampiran.. (pergh, ayatt..)


Jumaat lepas, masa aku pergi mesyuarat berhubung tadika Amir & Arif, aku tinggalkan 3oz EBM untuk Arissa. Freshly expressed lagi di sebelah pagi.. MIL pun dah sedia maklum cara-cara nak handle, i.e. rendam dalam air sederhana panas sebelum diberikan kepada Arissa.



Meeting yang aku sangkakan bermula pada pukul 2.30 petang, sebenarnya bermula dalam pukul 3pm. Menjelang 4pm, dah mula engorged.. Haaa.. takkan nak bawak pump pi meeting.. Ngee.. terjah ikut mana nak pi pump dalam dewan tu..


Nasib baik pakai disposable breast pad by Pureen (tetiba iklan).. kalau tak...


Masa tea break, aku call MIL.. "Sedap je dia tido.." amboii boii.. kalau dengan ibu, most of the time nak berjaga je.. bley?


Anyway, meeting akhirnya tamat tak lama lepas azan Asar berkumandang. Cepat2 aku call dia untuk jemput aku balik


Guess what? Arissa tengah dok senyum2 je dengan MIL yg masih sedaya upaya nak bagi dia EBM. Sket pun tak luak. Nampak sangat dia sanggup tak minum selagi ibu belum balik.. Nasib baik takde nangis-nangis.. Tapi sebab dah dipanaskan, dengan berat hati, terpaksa la buang EBM tu.. 3oz nok... EBM adalah benda FREE yang bley timbulkan rasa ralat untuk dibuang. Serius cakap ni.



Macam tau2 je ibu SAHM ek.. Ini macam ada sket hal la kalau ibu nak kuar beronggeng :P

11 comments:

CiKaYu said...

mmg terasa ralat kan kalau nak buang EBM tu...

l i e y n said...

daripada memudaratkan anak dara tu, baik buang je....nnt pump lagi dan lagi....

Diver Mom said...

oh.. sayangnya... tak pa lah, nak buat cmne,,,

DNNA said...

arissa memang seorang baby yang sungguh bijak dan penyabar!! :)

aku pun cukup frust kalau balik keja tgk maid baru panaskan EBM (padahal dah pesan kalau aku dah nak balik,takyah panaskan).

Sebabnya anakanda memang takmo EBM tatkala ibunya berada di rumah.

Bila aku tanya maid napa dia panaskan EBM? Maid aku cakap, 'tadi fawwaz nangis2, puan'.Alih2 aku balik tgk dia ok jer. sengih2 lagi, hahaha. Lepas tu terus datang kat aku nak nyusu, heh heh .. (Bukan dia kira ibu dia bau asyemmm setelah pulang kerja ;p)

Bijak sungguh budak2 sekarang ni kan...

FAM said...

ahha..ariisa mmg sama mcm dania. selagi xdpt nenen, rela tak susu. itu pasal dulu2 ke mana pegi mmg kena bwk dia, xblh tgl walau sekejap. and yes, benda free yg 1 ni kalau kena buang rasa sedih sgt2!

Along said...

OMG, kalau Along dah nangis dah time tuang EBM dalam sinki...Along dah la jenis susah nak pam susu, nak mencarik masa lagi...so bila dpt tu taklah brp banyak, dalam 3 oz..tapi itu kira bangga jugak la..selagi ada, ye tak?

Ms Lola said...

ya! tak tahu kenapa...

Unknown said...

saya hampir terkedu haritu sebab peti ais tak tutp rapat satu malam.. puas incik suami pujuk.. nasib baik ealyie ajar simpan je balik.. kalau tidak meraaauuunngggg... betul... EBM adalah benda Free paling MAHAL

IntanSham said...

fuhhhh... mak kalo renung EBM yg nak dibuang sbb dah panaskan tp anak x nak minum, rasa sayuuuuu bangat... tapi kalo buang FM kakak yg x abih minum, x rasa ralat pulak.. apakahhh?????

cts said...

haha.benda free yg ralat nak dibung...i like statement tu...

cts said...

di buang..sorry typo error