Cari Something?

Thursday, March 04, 2010

Berjumpa Dengan Pakar Ear/Nose/Throat (ENT)


Semasa anda membaca posting ini (bergantung kepada masa anda baca la kan), kami sedang berada di Bangi (atau masih). Di An-Nur secara umumnya (ke, secara spesifik?) Hahaha..


Sementelah anak bujang yang hensem dan comel itu masih belum menuturkan perkataan kecuali "abah", maka kami telah sepakat untuk membawanya bertemu ENT.


Dah 2 tahun 7 bulan nok.. Ujian tak rasmi menggunakan iPhone - bukak game yang dia suka main, tapi iPhone disorokkan, tidak berjaya membawa dia ke iPhone yang dimaksudkan. (Tak agak-agak nak sebut jugak iPhone.. macam la kau je yang ada).. Sapa la yang tak risau..


Agak musykil jugak la sebab kalau dia tak dengar, camne plak dia bley sebut "abah"?.. Sesuatu di situ..


Semoga pertemuan dengan ENT bakal memberitahu kami permasalahan sebenar yang melanda anak bujang yang hensem dan comel itu.



13 comments:

Unknown said...

harap semuanya ok.

FAM said...

aah..hopefully nothing to worry.

Queenin Murni said...

hmm.. btol gak tu, how can he figure out abah kalau tak dpt dgr.. mebe dia just lmbt sikit kot pertuturannya.

but, good move there. better check.

Anonymous said...

has bc kol 3.20 pm
ke dah balik rmh?

harap semua ok..

l i e y n said...

mcm mana kalau dia tgk TV..ada specific ad yg dia suka n alert bila azan berkumandang?
my handsome boy mmg speech delay gak...telinga dah check ngan pakar, dah bwk jumpa psychiatrist, dah bwk pegi occupational therapist , semuanya ok...skrg dlm progress jumpa speech therapist fortnightly. so far, after pegi school (b4 this nenek yg jaga), dah byk progress dia...dah selalu nak ajuk apa yg kita ckp tapi yg peliknya, words biasa e.g makan, susu taknak plak yang disebut...dia tau "star world", "AXN", "glee", "sapy, goooo!" (upin ipin), n few other words... i'll do my best to teach him to learn more significant words...sekarang still on diaper sbb tak nak ckp kalau nak weewee atau poo....doa pun jgn lupa..saya selalu cite pasal dia dlm my other blog

:Nana: said...

hope everything is ok wif ur Zeri.. take care!

KS said...

insyaAllah semuanya ok :)

my officemate ada anak kembar yg bulan sembilan ni masuk umur 4 tahun still tak pandai cakap juga..

tapi dia bawak pi speech therapy, dr tu kata ok cuma lambat sikit.

MommyCT said...

takpe...check je just to make sure everythings ok. kalau takde pape then maybe need more time.

I interfere my son lambat sikit...at 5 baru terapi.

MN said...

insyaAllah semua ok nyah...

Akak Ratu said...

nasib kita serupa la CY... adam akak pun doc Ar kat annur dah suggestkan akak jumpa speech theraphy coz adam dah nk msk 3yrs tis year masih tak leh ckp... yg dia bole ckp babah, bu, bik, lo.ie, dog, cat, dan uh ek ak uk cam gitu jer la... lg lak dia ex-prem so doc kata shld go for thorough check-up... aduhhh gerun akak CY

IntanSham said...

harap semuanya ok CY... ada sorang my friend anak dia 4 thn lebih baru blh bercakap & amazingly, bila blh bercakap tu mmg trus fluent, xde pelat2 nih.. agaknya dia absorb semua words masa dia x bercakap tu kot..

cysev3n said...

ladies,
esok mak update noo..

Fid said...

eni apdet???