Cari Something?

Sunday, March 21, 2010

Bubur Sum Sum

Hari ni aku belajar bikin bubur sumsum. One thing pasal belajar dengan MIL, takde sukat2 berapa gram, berapa kati, berapa inci. Yang ada, berapa cawan, berapa sudu & semestinya, "dah cukup rasa" ke tidak. Weee..


Sapa teringin nak try, here goes. Sukatan kat bawah ni dapat dalam 30-40 bekas dadih yang kecik molek, depends berapa banyak korang bubuh kat dalam setiap bekas DAN tahap pekat sebatian (?).


Bahan-bahan
3 cawan tepung beras cap teratai (gila precise :P)
6 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
10 cawan santan
Daun pandan sesuka hati

Cara masak
Memang sempoi. Kacau je atas api. Once nak start pekat, kacau laju2. Bajet macam tangan nak tertanggal, tambah air panas. Kacau lagi. Ulang bab kacau-tangan nak tertanggal-masuk air panas ni sampai korang rasa, "wah, finally tangan dah tak rasa macam nak tercabut.. Smooth & silky je sebatian ni." TAPI bukan tahap cair ye puan2. Keadaannya adalah likat & terkawal gitu.

Matikan api. Kaut & letak dalam bekas dadih. Part ni sila buat cepat2. Kalau ada helper lagi bagus. Pasal, dah beku dalam periuk karang, satu hal plak.

Bajet dah sejuk, simbah dengan air gula melaka.

Amacam? Senang tak? Haha.


Sedia untuk dingap!

Nota kaki baru update @ 1315hrs: A friend which I called sepupu kat dalam FB kata -
ada org panggil lompat tikam. org jawa mmg panggey sum sum. majlis mkn bubur sum sum ni biasanya di buat sehari atau 2 hari lepas abis kenduri, jamu org kg yg sama2 rewang masa kenduri. nama sum sum tu katanya untuk mengembalikan sum sum tulang yg penat wat keje masa kenduri tu la... yg diceritakan la. biasanya org buat dgn gula merah je, tp gula melaka lagi sedap.

19 comments:

rina said...

cantiknya... rasa pn mesti sedap tu

DNNA said...

Ahaaaaaa ...

Mak sukak !!!!

Ini adalah desert favourite kami enam beradik dari kecik sampailah sekarang ...

Ibu aku cakap asal bubur sumsum ni dari Jawa ... Aku tatau betul ke idak ..

Yang penting, dia adalah sungguh yummeehhh di tekakku ...

Kah kah kah

KS said...

i sukak puding ni. (ke bubur?)

taruk air gula byk2.. mmg sodappp!

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

saye mmg tgh mengadap recipe je skang nie...dh tue je yg i boley buat mengisi mase lapang selain tido n tgk tv! haahahah

Fid said...

wow wow aku nak aku nak
apa kes ko nih??kihkihkih
pos le aku sikit wehh hahaha

Mommy Harith Hannah said...

Saya suka baca "asal usul bubur sum sum" yang kawan akak comment kat FB tue. Tak mau tepek di sini kah? Ngeee... :P

cysev3n said...

rina-san,
memang sedap.. the sum sum itself bergegar ok.. haha..

Dian,
kawan aku pun cakap macam tu.. (kawan kat FB)

KS,
orang sini panggil bubur.. i follow je..

Verde,
kalau suka manis, try la.. buat sket je la.. pasal dia tak berapa tahan lama (MIL cakap).. dalam 2 hari je gitu..

Fid,
ah ko.. otai campak2 sure lagi canggih bikin benda ni..

arnie,
smalam tulis benda ni ikut mobile.. sengal sket nak C&P.. sat lagi akak update :D

C!kpuanmuda® said...

i tau! i tau! sebab MIL i pun orang jawa :D

sejukkan dalam fridge.. heaven. sejuk di tekak :p

~Umi.Sufira~ said...

Cik Yan, gelak guling2 rasa baca Cik Yan tulis banyak kali kacau sampai tangan nak tertanggal tuh..ekekeke...

Akak Ratu said...

wahhh sedapnya tgk gambar tu... harus kena try buat ni... tq cy for the recipe

Siti Zaiton said...

lompat tikam kalu org kelantan punya ada pulut, tepung & kepala santan..makan ngan air gula kabung.. yg tu tak leh makan sejuk..tak best..

Unknown said...

komen saya same ngan komen siti zaiton tu. lompat tikam ade aksesori lain2 lagik... dh dok kat johor ni baru kenal ngan sumsum. punnnn sedap, boleh ilangkan rendu nk mkn lompat tikam.

cysev3n said...

cpm,
surprisingly, i blaja dengan MIL yang bukan jawa.. heee..

US,
serius nok.. mak rasa macam nak pi berurut :P

AR,
resepi yang macam bukan resepi.. hehehe..

k Eton & LS,
tu pasal kat FB, cik farah225 kata bubur sum2 ni dia lompat je.. tak tikam :P

Ms Lola said...

aku mati2 ingat ni bubur savory. ingatkan ada guna tulang belulang bagaiiiii.. rupa-rupanya dessert!!!

cysev3n said...

Ms L,
kalau dah ada tulang belulang ni, aku pun agak ngeri nak makan.. maklum le, rabun :P

my said...

ah ah ah. mak memang sukak entry resepi skang ni. maklumlah, harus meningkatkan skil keperempuanan gitu.

minum petang asik bantai samosa frozen, popia frozen, karipap frozen, pau frozen, cekodok bilis - haihh, ni pekena sumsum harus mabeles la skil memasakku. kahkahkah!

m-i-o

Unknown said...

saya memang suka makan bubur sum-sum ni. makan sejuk-sejuk yang baru keluar dari fridge tu sangatlah best.

biasanya mak saya (mak ye... bukan saya... hehe) buat bubur sum-sum ni untuk berbuka masa bulan puasa. heaven!

IntanSham said...

blh tak kalo aku sondol2 manje mak aku suh buat...kahkahkahhhh... btw, masakan ibu kan heaven kankankannnn... ;P

knv said...

SEPULUH cawan santannnnn??? ya rabbi patutlah sedap banget. bahaya untuk kesihatan ropenya hahahahhaha!

ish tang nak ngacau yang hampeh tu.