Cari Something?

Saturday, March 20, 2010

Sudah Selesai

Majlis Maulidur-Rasul di masjid malam tadi. Majlis diserikan dengan kehadiran Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan beserta isteri dan putera-putera. Apa kes skema sangat aku ni.. ingat buat karangan?


To cut it short, antara tentatif program adalah majlis cukur jambul, marhaban and such. There were 13 babies yang terlibat sama. One of them, adalah our darling Arissa Hannani.. weeeee..



Argh, letih plak taip camni.. mak buat point form aci?

  • Si dia lengkap pakai baju Melayu + sampin. "Seumur hidup 2 kali je ni yang.." Yeah, I hope so :P oh, warna itulah lebih kurang kaler baju Melayunya.. Sapa yang bajet tak dapat translate ayat tersebut, sila komen.. Nanti aku prosakan..


  • I wore a baju (or may we called it a dress?) which was bought 2 years ago.. 3 bulan lepas bersalinkan Zeri, to be precise. Serius tak pernah pakai. In fact petang smalam baru tanggalkan price tag :P


  • Arissa? Pakai gaun putih kain tingkat2.. aku tak tau apa ke term nak guna.. tapi, tetaplah orang tanya "lelaki ke perempuan?" or, "perempuan ke?" apakah? There was one time I overheard,


    "Lelaki ke perempuan tu?"
    "Kau ni.. dia dah pakai gaun macam cinderella lagi kau nak tanya.."

    Oh, conversation itu adalah antara 2 orang budak lelaki umur dalam 9-10 tahun gamaknya..

Majlis adalah untuk orang lelaki sahaja.. yeah right, mak2 yang letih berjuang beranak, dapat tengok dari kejauhan saja.. ngaaa.. we were lucky Arissa bekerjasama.. si dia siap rehearsal nak dukung & pegang Arissa ni.. sebab, masa memula dia dok cebik2.. balik2 nak dengan aku.. balik2 nak dengan aku.. haih.. Syukur Alhamdulillah masa majlis dah nak mula, she seemed so comfortable dengan abah.. macam nak tido pun ada..

Selain Yang diPertuan Besar, antara yang berpeluang* (?) menggunting rambut Arissa, adalah 2 orang putera baginda dan juga Tan Sri Isa Samad. (*berpeluang? apakah? sila cadangkan vocab yang sesuai.. terima kasih.)





Gambar takde ye puan-puan.. aku tak bawak handset.. kamera memanglah takde.. ahahAHhahAHaha.. tersemat jauh dalam memori saja la harapnya..

12 comments:

The Owner said...

Bertuah tu Arissa...bukan calang2 org gunting rambut Arissa..Yang diPertuan Besar and 2 putera..kecik2 dah jumpa putera raja ye Arissa...:)

selalu jugak jadi mcm tu masa my daughter, Fatin dulu...dah pakai gown bagai, pink pulak tu lagi, ada gak tanye lelaki ke perempuan..:)

bila yg 2nd, Hariz..org dok kata perempuan ke ni..girl ye...tapi takpe, saya senyum je la...:)

MN said...

alaaaaa..gambar secoet pun tak dak ka???

ida shazrina said...

sayangnye yan, tak amik gambar.. bukan senang nak dpt vip gunting rambut..hehehe

Masayu Ahmad said...

saya faham situasi ibu beranak empat

ibu beranak tiga ini pun, tang ambil gambar dah tak ada dalam list..kalau ada pun senarai terakhir..;D

maya amir said...

perghh best tu yan.. anak sorang pompuan, disukur jambulkan oleh yang pertuan besar,..perghh pesal laa tak amek gmbr..hehehe

NeroEcha said...

Awat gambar takde ..dpt gambar bunga telor jer ler gitu ekk

IntanSham said...

alahhh...baru nak request gambo arissa versi cinderella tu.. ;)

cysev3n said...

ladies, mak tunggu gambar dari photographer bertugas sajalah kaedahnya.

NabilaHouse said...

wah.. best nyer.. bertuah anak kau Yan.. nnti tempek gambar ek.. cam ne plak leh join skali cukur jambul by VVIP tu??

MS said...

aku suka n faham point no 1 haha

apa pun sila laa tunjuk gaun cinderella arissa mak de le ngidam bb girl

DNNA said...

Mak ada idea ...

Apa kata ko pakaikan balik si comel lote Arissa tu dengan baju cinderella bertingkat dia lepas tu ko tepek gambarnya ...

Harus gumbira dan puas hati semua ibu2 di sini (termasuk mak ni haaa) ...

He he he ...

cysev3n said...

kome, takde la tahap cinderella pun. Haha. Budak tu mmg exaggerate bagai.