Cari Something?

Rabu, Disember 19, 2012

Asyik Kauuuu Je yang Kena

Korang pernah tak rasa apahal asyik aku je yang kena buat keje? Si polan tu relaks je kot. Asal ada task baru, kau jugak yang kena hadap. Asal ada je yang baru, kau jugakk.. Haha.

Well, kalau aku ni sebagai mak dianalogikan sebagai boss, time mintak tolong anak-anak pun of course aku akan selalu mintak tolong yang reliable. Yang mana, kau bagi arahan sekali je, dah boleh execute, rather than yang dah bergerak nak execute, pastu datang balik kat kau dan bertanya, "kat mana benda tu tadi?" walhal dah sebut dengan jelas dan terang.


Just like lepas lunch tadi, lepas no4 makan, aku mintak salah sorang abangnya tolong buangkan sisa makanan dalam bakul sampah & letakkan pinggan kotor ke dalam sinki.

Abang tu menjawab, "asyik A je. Ibu suruh la A pulak yang buat."

Wahahaha. Memang kesian. Tapi A yang lagi sorang tu, kau mintak tolong kemas sisa makanan tu dalam tong sampah, silap-silap kau yang kena menambah kerja sebab sisa tak masuk betul-betul dalam tong.


Kan dua kali kerja namanya tu?


Maka, er, aku pun tak tau apa moral aku nak sampaikan. Mungkin pasrah je la kalau asyik korangggg je yang kena buat keje.

Enough said.

Tiada ulasan: